Kematian ibu dan ayahku telah merubah seluruh hidupku. Kebahagiaan seakan-akan lenyap dari hidup aku. Senyuman yang selalu menjadi peneman dibibir telah luntur.
Orang ramai menatap simpati. Ada juga yang memberi kata-kata semangat tapi kenapa itu langsung tidak membantu semangatkan hidup aku?
Aku terus mendapat pandangan simpati setiap hari,sama ada di college mahupun di kejiranan rumah. Semuanya adalah simpati sehinggalah pandangan itu berubah. Mereka mula memandang aku jijik apabila gambar aku bersama lelaki pada setiap malam tersebar.
Entah bagaimana dan bila gambar tu diambil,aku tak tahu. Tapi yang aku tahu ialah semua gambar tu bukan palsu. Semua itu betul.
Memang aku selalu berjumpa lelaki pada malam hari tapi itu bukan kehendak aku. Itu semua kehendak bapa saudara aku, Karim, yang sentiasa memaksa aku jadi pemuas nafsu kawan-kawannya hanya untuk sejumlah wang. Tapi aku sumpah,aku tak pernah biarkan lelaki-lelaki tu sentuh aku.
Sejak hari itu,aku dipanggil 'sugar baby' oleh semua orang di kolej dengan gambar aku terpapar disetiap sudut kolej.
Andai mereka tahu betapa penatnya aku berlari setiap malam untuk lepas dari lelaki-lelaki yang dipenuhi nafsu. Bahkan berlari sahaja tidak cukup bagi aku kerana aku harus menghadap lelaki bertopengkan iblis yang siap untuk menghukum mangsanya dengan kayu ditangan.
Apa mereka bisa tahu betapa tersiksanya setiap kali kayu itu menyentuh kulitku? Apa mereka juga bisa tahu betapa takutnya aku dikurung didalam bilik yang sempit dan gelap tanpa sedikit cahaya itu? Aku harus tidur dengan perut yang kelaparan diatas lantai yang dingin. Membayangkannya saja bisa membuatku merinding.
Disiksa,dipaksa,dipukul bahkan semua hutangnya aku terus tanggung. Kau tahu betapa penatnya harus belajar sambil bekerja setiap hari?
💮💮💮
Matahari baru sahaja terbit dan aku telah siap dengan bahan-bahan yang akan menjadi sarapan pagi untuk aku dan paksu. Eh salah,sarapan untuk Paksu dan bekal untukku makan dalam perjalanan ke kolej.
Aku berangkat dengan pakaian serba hitam dan juga sedikit make up dimuka.
Aku bukanlah gadis yang gemar bermakeup,aku terpaksa memakainya untuk menutup kesan-kesan lebam pada wajah aku.
(Pakaian Aisyah)
Inilah aku,Aisyah Humairah,gadis malang yang tak berguna.
Dia sangat popular dikolej lamanya di Canada kerana kecantikan yang dapat dari ibu yang merupakan seorang fashionista dan kebijaksanaan yang diambil daripada ayah.
Bahkan bajunya juga dijahit sendiri oleh ibunya sendiri. Namun sekarang tiada lagi yang akan menjahit baju untuknya.
💮💮💮
Kolej. Kehidupan di kolej pasti sangat menyeronokkan bagi orang lain tapi bukan bagi gadis yang berpakaian serba hitam dengan topi hitam yang menutupi wajah, iaitu aku,yang sedang berjalan menuju ke kelas.
Aku hanya boleh mengeluh setiap kali memasuki kawasan kolej ESI(excellent,smart and intelligent) kerana pandangan pelajar-pelajar lain setiap kali melihat kearah ku. Bukan pandangan kagum tapi pandangan menyampah dan jijik.
"Hey guys. Tengok siapa yang sampai. Our 'sugar baby' "ucap seorang gadis.
Inilah The Queen's,gadis popular di kolej ESI yang dianggotai oleh Emilia (leader),Sherry dan Anna.
"Wow. Look at you. You look terrible. Ganas ke kau main malam tadi."ucap dia lagi.
Aku hanya berjalan tanpa menghiraukan mereka. Semua sindiran yang dilemparkan terlalu sering kedengaran di telingaku, jadi aku menganggapnya angin yang lalu sahaja.
💮💮💮
"Aisyah,tunggu aku!"
Aku melambai kearah gadis yang berlari ke arahku sambil memanggil nama aku.
"Awalnya kau datang. Kau naik apa? Kak Sya cakap kau takde dekat rumah masa dia datang jemput kau. Jangan cakap kau jalan kaki lagi."
Inilah Safi Safuhah,sahabat baik serta keluarga bagi aku. Kami telah bersama sejak dari kecil memandangkan ibu bapa kitorang saling kenal dan berkawan baik.
Ayah aku dan ayah Safi menjalankan bisnes fesyen bersama-sama dimana isteri mereka adalah pereka dan model pada permulaan bisnes mereka. Lama kelamaan bisnes mereka mula maju dan banyak produk terkenal telah mereka keluarkan. Kebanyakan model berjaya juga daripada syarikat mereka.
Setelah kematian ibu dan ayah,saham ayah yang ada dalam syarikat yang mereka bina tertulis nama aku dan seharusnya aku yang menjadi penerus namun semuanya telah dirampas oleh Karim. Saham syarikat ayah juga telah dijual olehnya. Baju yang direka sendiri oleh ibunya adalah satu-satunya harta yang tinggal untuk aku lepaskan rindu.
Ayah Safi telah beberapa kali memohon kepada mahkamah untuk memindahkan hak jagaan aku kepadanya kerana dia sangat mengenali perangai adik kepada isteri kawan baiknya itu namun ditolak kerana Karim mempunyai alasan yang kuat untuk mendapat hak jagaan aku memandangkan dia adalah bapa saudara aku.
Setelah kes hak jagaan aku tamat,ayah dan ibu Safi terpaksa terbang ke Canada kerana bisnes mereka di negara tersebut.
Safi dan kakaknya, Alanda Safina lah yang menjaga aku sementara ibu bapa mereka ke luar negara begitu juga sepupu mereka, Alisya Kayla. Alisya telah tinggal bersama keluarga Safi sejak kecil kerana keluarganya telah meninggal dunia.
Walaupun ibu bapa Safi dan Alanda jauh di Canada,mereka tetap membantu aku membayar yuran kolej setelah nama aku dipadam dari daftar biasiswa kerana dituduh menggoda pensyarah disitu.
FLASHBACK
"Gosip tentang awak dah tersebar diseluruh kolej kita. Awak bernasib baik berita ni belum sampai kepada Dato'Dani. Biasiswa awak boleh ditarik balik. Atau yang lebih teruk,awak boleh dibuang sekolah."ucap Prof Salim, salah seorang pensyarah di Kolej ESI.
"Maafkan saya prof tapi semua tu tak betul."
"Saya tak peduli gosip tu betul atau tak! Yang penting sekarang ni,semua ni boleh rosakkan prestasi kolej ESI! Apa saya nak jawab dengan Dato Dani nanti?!"
Aku hanya menunduk.
"Saya akan bagi awak pilihan. Pilihan ni akan tentukan nasib awak sama ada biasiswa awak ditarik balik atau tak"katanya lagi.
"P..p..pilihan apa?"
•
•
•Tbc
YOU ARE READING
KEBAHAGIAAN BUAT GADIS MALANG
Spiritual"Aisyah....tak layak untuk bahagia ke?" - AISYAH HUMAIRAH "Kau adalah segala-galanya bagi aku." - ALHANDI IRFAN "Kebahagiaan Aisyah adalah kebahagiaan kami." - ALANDA,ALISYA,SAFI "Jom jalankan misi 'kebahagian buat gadis malang'!!"- DATIN SOFIE, DAT...