Part 31

6.6K 225 7
                                    

"Rayyan,nak tanya something boleh?".Tanya Syafa sambil memandang tepat kearah Rayyan.

"Apa dia?".Tanya Rayyan hairan.Tiba-tiba je minah ni~

"Kenapa sanggup ganti tempat Asyraf?".Tanya Syafa sayu.

"Balik karang kita cerita ehh,sekarang ni abang  nak makan.Abang janji,balik nanti abang  cerita".Kata Rayyan lalu menghabiskan air minumannya dan berlalu ke cashier.

"Ehh,tak habiskan makanan dulu ker?".Tanya Syafa.

"Owh,abang dah kenyang".Kata Rayyan lalu pergi.

'Tadi beriya makan.Takkan dah kenyang kut.Takkan tak ada selera sebab aku tanya soalan  tadi??alamak,kesiannya dia,mesti dia lapar lagi'.Omel Syafa didalam hatinya.Salah dia juga,tanya soalan tak kene tempat.

Rayyan kembali kearah Syafa."jom balik".Kata Rayyan lalu berjalan beriringan dengan Syafa.

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

"Malam ni,kita tidur rumah mak abang or rumah Syafa?".Tanya Rayyan setelah tiba dihadapan pintu rumahnya.

"Rumah sayala".Jawab Syafa pendek lalu keluar dari perut kereta dan membuka pagar untuk masuk kedalam rumah.

Rayyan menempatkan keretanya dihadapan  rumah Syafa.Rayyan keluar dari keretanya dan mengambil beg bajunya dibonet kereta.

Rayyan sudah pun memaklumkan kepada emaknya yang dia mungkin tidak bermalam dirumah emaknya.Bagi mak Jah,tidak mengapa kerana rumah mereka bersebelahan.

Rayyan melangkah masuk kedalam rumah itu.Kelihatan Syafa sedang membuat air didapur.

Rayyan melihat disetiap sudut rumah itu.Kemas dan bersih.Tersenyum Rayyan apabila memerhatikan keadaan rumah itu.

"Kenapa senyum?".Tanya Syafa pelik sambil meletakkan satu gelas air susu diatas meja.

"Senyum pon tak boleh ker??".Tanya Rayyan pula.

"Boleh,minumlah air tu".Kata Syafa sambil duduk disofa yang bersebelahan dengan Rayyan.

"Syafa nak abang cerita sekarang ker?".Tanya Rayyan perlahan.Dia dalam keletihan yang teramat.Dalam fikirannya hanya ingin bersama katil dan mimpi yang indah pada waktu ini.

Syafa kasihan melihat wajah suaminya yang lesu kerana amat letih.

"Ermm,awak cerita esok jer la.Pergilah naik atas tidur dulu.Tadi dah mandikan.Basuh kaki dulu tau".Kata Syafa lalu mengambil gelas kosong yang habis isinya dan dibawa kedapur untuk dibasuh.

"Okey".Kata Rayyan lalu mengambil beg bajunya dan dibawa naik ke tingkat atas.

Syafa naik ketingkat atas untuk masuk kebiliknya.Dia terkejut melihat Rayyan yang sudahpun tertidur ditepi pintu luar biliknya.

"Laa,kenapa tidur kat sini??takkan segan nak masuk bilik aku kot".Kata Syafa lalu membuka pintu biliknya dan meletakkan beg baju Rayyan didalam almarinya.

Syafa menyiapkan tempat tidur untuk Rayyan diatas katilnya.Jadi,malam ini dia akan tidur di bilik Fana.

Kemudian Syafa mengejutkan Rayyan."Rayyan,bangun.Pergi tidur atas katil tu".Kata Syafa lalu memapah Rayyan yang masih mamai.

"Ehh ehh,nak basuh kaki dulu".Kata Rayyan lalu mengalihkan arahnya kebilik air.

Syafa masih setia memapah Rayyan.Semasa didalam bilik air,Syafa membuka paip air dan membasuhkan kedua belah kaki Rayyan.

"Thanks basuhkan kaki abang".Kata Rayyan sambil tersenyum memandang isterinya.

"Most welcome".Jawab Syafa lalu memapah Rayyan ke katil.Syafa menyelimutkan suaminya itu.

"Night,sweetdream".Kata Rayyan kepada Syafa sambil kedua belah matanya terpejam.

"Okey,night".Jawab Syafa lalu bangun untuk masuk kebilik sebelah.

"Isteri abang nak tidur dekat mana tu?".Tanya Rayyan hairan apabila melihat Syafa ingin keluar dari bilik itu.

"Saya tidur bilik sebelah,kalau ada apa-apa panggil jer".Kata Syafa lalu pergi.Terus segar mata Rayyan apabila mendengar Syafa berkata yang dia akan tidur bilik sebelah.Apa salahnya tidur sebilik....

Malam mereka suami isteri tidak seperti sepasang suami isteri yang lain.Seorang dibilik sebelah dan seorang lagi disebelah.Masing-masing tidak dapat memejamkan mata.Masih segar diingatan ketika waktu mereka diijabkabulkan.

Masing-masing memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan mereka.Bernikah tanpa ada rasa dasar cinta atau sebaliknya???entahlah...

Akhirnya masing-masing lena diikuti mimpi yang indah-indah.

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

Pagi yang indah,Syafa sudah pun terlebih dahulu bangun awal lagi untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya.

"Morning.......

Hye guys!!!
So,tomorrow skolh laaa...tido awl laa
Haha lol
Bubye,nightworld,sweetdreams,hope jumpe dlm mimpi okey:)
Hehe byebye..takecare skolh esok!

Kau Aku Punya...Where stories live. Discover now