Rayyan memusingkan badannya menghadap Syafa.Dia mengelap pipi Syafa yang dibasahi air mata." Kenapa ni sayang? Janganlah sedih, abang kan ada".Pujuk Rayyan lalu memeluk erat isterinya.
"Tak nak ABANG, nak HUBBY".Jawab Syafa sambil mengesat air mata.Rayyan tersengeh apabila mendengar isterinya berkata begitu.
"Alolo meh sini sayang hubby meh!".Pujuk Rayyan lagi.Dia tidak akan berputus asa untuk menceriakan semula bidadari kesayangannya itu.
"Apa saja untuk sayang! ".Kata Rayyan.Syafa sudah tergelak kecil akan gelagat suaminya yang mencuit hati itu."Hubby, jom masuk bilik,kita solat sama-sama".Pinta Syafa sambil memegang kedua-dua belah pipi Rayyan.
"Jom makmum ku sayang".Ucap Rayyan .Syafa sudah tersenyum seperti kera sumbang."Baik suamiku Imamku".Jawab Syafa sambil memegang erat tangan suaminya.
*****
Syafa duduk di atas katil manakala Rayyan pula duduk di hujung katil sambil meneliti skrin telefon bimbitnya."Hubby,tadi ada orang call hubby!"."Nama dia Encik Zul tak silap sayang".Kata Syafa dengan semangat sekali.Seperti kanak-kanak!
Rayyan memandang isterinya."Dia call untuk apa sayang?".Tanya Rayyan sambil mendail nombor telefon emaknya.
"Dia nak abang cakap dengan abang! Tapi abang tidur, so sayang suruh dia call lain kali".Jawab Syafa sambil membetulkan rambutnya yang kusut.
"Owh, ini mesti nak cakap pasal wasiat arwah ayah.Nantilah abang jumpa dia".Kata Rayyan selamba.
Syafa pelik."Wasiat??".Tanya Syafa."Iye sayang! Wasiat arwah ayah.Menurut wasiat,abang kene kahwin dahulu baru dapat tahu apa wasiat sebenar yang diarahkan oleh arwah pada abang".Terang Rayyan.
"Oooo,nanti jangan lupa call peguam tu tau.Kesian dia tunggu abang ".Ucap Syafa lalu beredar dari bilik itu.
Pantas sekali Rayyan menarik lengan Syafa."Sayang nak pergi mana??".Tanya Rayyan sambil memegang telefon bimbit pada tangan kirinya.
Belum sempat Syafa menjawab,Rayyan mengangkat panggilan dari emaknya."Kejap ye sayang".Kata Rayyan lalu meninggalkan isterinya.
"Assalamualaikum mak, haa tu lah.Rayyan tengah siaplah ni.Syafa pon ada ni haa.Lagi 20minit kami sampai.Alaa rumah bukan jauh pon,sebelah saja.Haa okey okey".Rayyan mematikan telefonnya dan menarik lembut tangan isterinya.
"Jom kita pergi jumpa mak.Mak nak bincang pasal persandingan kita minggu depan!".Kata Rayyan pada isterinya.Syafa terkejut seketika.Dia lupa yang dia sudah pun bernikah dengan Rayyan dan belum lagi merasai duduk diatas pelamin sempena hari perkahwinannya baru-baru ini.
"Haa,okey okey! Sayang siap kejap ye abang!".Jawab Syafa lalu kebilik sebelah untuk menukar pakaian.
****
"Assalamualaikum mak!".Rayyan memberi salam lalu masuk kedalam rumah emaknya bersama isteri tersayang.
"Waalaikumsalam! Haaa anak menantu mak dah sampai! Mari masuk ,mak dah sediakan makan malam untuk kita bertiga".Kata Mak Jah lalu menarik menantunya ke meja makan.
"Mak ni, jumpa je menantu mak ,anak mak ni tinggalkan macam tu je hmmm".Kata Rayyan sambil memeluk tubuh .
"Alah anak mak ni merajuk pulak! Tak payahlah buat perangai Rayyan, tak malu ke depan isteri ini? Haishhh meh sini mak kiss!".Pujuk mak jah sambil menepuk-nepuk lengan anaknya.
Mereka tertawa apabila mak jah kata begitu.Bergurau dengan keluarga sendiri tak salah.Mereka duduk dimeja makan untuk makan malam bersama-sama.
"Jom makan!".Ucap Rayyan setelah membaca doa makan.Mereka makan sambil bersembang bersama-sama.Topik utama perbincangan mereka adalah tentang hari persandingan.
"Haaa,mak nak bagitau ni.Korang berdua punya hari persandingan minggu depan tau.Mak dan berbincang dengan Umi Sara dan lain-lain.Pasal pakaian Rayyan tu jangan risau.Mak dah selesaikan semua.Mak nak tanya ni,korang dah bersedia ke nak naik pelamin??".Kata-kata Mak jah membuatkan pasangan suami isteri ini terkaku seketika.
"Emm dah!".Jawab mereka berdua serentak.Dengar sahaja jawapan dari mereka,Mak jah terus tersenyum lebar."Alhamdulillah".Ucap Mak jah.Kini hatinya senang dan tidak kusut lagi.Dia takut mereka tidak bersedia kerana mereka bernikah pon secara mengejut.
"Haa lagi satu, mak harap sangat kamu berdua akan hidup seperti suami isteri yang lain,dan dapat zuriat,bahagia ke anak cucu ,insya allah".Kata-kata Mak jah membuatkan Syafa sayu seketika.
Tiba-tiba Syafa terkenangkan nasibnya yang kahwin tanpa calon yang sepatutnya.Mungkin ini sudah ditakdirkan oleh yang maha esa.Dan inilah jodohnya.Jodohnya dengan Rayyan Aiman Bin Danish Iman jejaka yang pernah diminatinya suatu ketika dahulu.
"Mak! Rayyan tak sabar nak naik pelamin! Hehehe".Kata Rayyan memecah kesunyian.Mak jah dan Syafa sudah tertawa.
"Amboy gatalnya anak mak ni! ".Kata-kata Mak jah telah membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak.
Habis sahaja makan malam,mereka berborak seketika dan kemudian pulang ke rumah.Malam ini,Syafa masih berdegil untuk tidur berasingan bilik dengan Rayyan.Katanya belum sedia.
Rayyan hanya mengiakan sahaja kehendak isteri kesayangannya.Dia sanggup tunggu walau beribu tahun demi isterinya yang tersayang.Terbukti hidup mereka tidak seperti suami isteri yang lain.
Support me untuk habiskan cerita ini yaa!!
Nak tau apa jadi? Keep waiting for next part yaa!
Love u guys! And happy new year..
YOU ARE READING
Kau Aku Punya...
RandomKAU AKU PUNYA... mengisahkan tentang persahabatan yang mulanya bermula dengan pergaduhan seterusnya persahabatan dan wujudnya percintaan antara Rayyan Aiman dan Syafa Lina.Percintaan mereka terganggu apabila munculnya Asyraf dan Rasya yang ingin m...