Rayyan meninggalkan isterinya sebentar lalu keluar ke ruang tamu.Rayyan menelefon P.A nya Puan Indah.
"Kak,tolong bagitau Khai yang saya nak dia cari Asyraf.Di mana dia,dan di mana dia tinggal sekarang.Kalau ada apa-apa masalah call saya.Thanks kak,Assalamualaikum".Kata Rayyan.
Rayyan pergi ke dapur untuk sediakan bubur bagi isterinya.Rayyan tersenyum apabila terkenang kembali saat-saat dia bersama Syafa dulu ketika di dapur.
"Haihh,dekat dapur pon sayang boleh amik hati abang! ".Kata Rayyan seorang diri.
*****
Syafa terjaga dari lenanya kerana terkejut mendengar bunyi seperti ada peperangan kuali di dapur.Syafa turun ke dapur dan dia dapati suaminya sedang terlompat-lompat seorang diri seperti orang gila.Syafa tergelak melihat Rayyan.
"Awak ??masak???".Tanya Syafa terkejut apabila melihat Rayyan menuangkan minyak ke dalam kuali sambil terlompat-lompat kerana sakit akan percikan minyak.
"Adudududuh, sakitnya! Macam mana ni?Aduduy sakit!".Jerit Rayyan seperti kanak-kanak yang ingin menangis.Cengeng!
Syafa tergelak kecil apabila mendengar Rayyan berkata sebegitu."Manjanya!".Kata Syafa lalu mendekati suaminya itu.
Rayyan terkejut mendengar isterinya berkata begitu."Sampai hati kutuk abang.Hmm,tau laa abang tak pandai masak!Merajuk dengan sayang!".Rayyan sudah buat perangai manjanya.Syafa tergelak apabila Rayyan berkata begitu.
"Alololo ,manjanya awak! Nak merajuk pulak dengan kita, kita cubit baru tau!".Sakat Syafa sambil mencubit lengan Rayyan.
Rayyan hanya membuat muka minta simpati.Dia kenyit-kenyitkan matanya beberapa kali.Muncungnya panjang seperti muncung itik.Syafa sudah tertawan dengan wajah suaminya.
'Haihh,boleh pulak dia buat muka comel macam ni!!!!! aku gigit baru tau! Bibir dia..alololo geramnya aku!'.Jerit Syafa di dalam hatinya.Syafa sudah tidak waras.
"Awak ni! Janganla manja sangat, saya gigit nanti baru tau".Kata Syafa lalu menunjukkan giginya yang putih bersih.Rayyan sudah tersengeh-sengeh.
Rayyan meraba-raba muka isterinya."Sayang okey??Sakit tak??sakit dekat mana?Doktor cakap sayang stres, abang risau tau hmm".Kata Rayyan,dia risaukan kesihatan isterinya.
Syafa hanya tersenyum comel."Sayang okey!".Jawab Syafa.Terbeliak mata Rayyan apabila mendengar Syafa membahasakan dirinya SAYANG.
Syafa sudah malu-malu kucing.Syafa mengusap lembut pipi suaminya."Haihh, kenapa ni?Terkejut ke?hehehe".Kata Syafa.Rayyan sudah cair."Haah,abang terkejut.Hehe thanks sayang!".Ucap Rayyan lalu menghadiahkan satu ciuman pada dahi isterinya.
Syafa sudah tergelak.Syafa sudah tidak terkata.Dia mengambil keputusan untuk memasak bubur.Rayyan hanya memerhatikan isterinya sambil tersenyum.
*****
Setelah siap memasak,Syafa menghidangkannya di meja makan. Rayyan hanya memerhatikan sahaja gelagat isterinya.
"Awak,berangan apa?Saya dah masak ni,jom makan".Kata Syafa selamba.
Rayyan terkejut apabila isterinya sudah tidak membahasakan dirinya SAYANG.Rayyan hampa seketika."Hmmm".Jawab Rayyan ringkas.
'Marah la tu,aku tak bahasakan diri aku SAYANG.Aku bukan apa,aku pon tak tau apa yang aku buat ni betul ke tak.Aku pon malas nak fikir pasal Asyraf ,lelaki yang entah apa-apa tu.Aku cuma nak tengok , betulkah Rayyan sayangkan dia?Ataupun sebaliknya'.Bebel Syafa di dalam hatinya.Keluhan berat di lepaskan .
*****
Selepas makan,Rayyan mengambil keputusan untuk berehat di ruang tamu.Dia pening kepala memikirkan masalah rumah tangganya.
'Dah dapat kawin dengan kekasih hati ,tapi tak macam yang aku inginkan.Aku nak rumah tangga aku bahagia,bukannya macam ni.Hmm'.Rayyan mengeluh .Mukanya resah sahaja.
Syafa sedar yang dia sudah mengecewakan hati Rayyan."Hmm,aku ada plan!".Kata Syafa seorang diri.Syafa duduk diruang tamu di sebelah Rayyan.
"Rayyan, apa kata kita pergi jalan-jalan jom! Saya bosanla,hmm".Pujuk Syafa sambil membuat muka comelnya.Rayyan mengalihkan pandangannya kepada isterinya.
"Boleh! Tak kisah pergi mana,tapi ada syarat".Kata Rayyan tegas.Syafa sudah blur."Syarat apa??".Tanya Syafa."Sayang kene bahasakan diri sayang sebagai SAYANG dan panggil suami awak yang handsome ni ABANG, faham .Kalau sayang langgar syarat, abang cium sayang tau?".Kata Rayyan menerangkan syarat-syarat yang ingin ditujukan kepada Syafa.
"Ooooooo okey!".Jawab Syafa lalu menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kiri Rayyan lalu berlari menaiki tangga."Abang! Kita pergi IOI city mall ehh! Sayang siap jap!".Jerit Syafa semasa berlari menaiki tangga .
Rayyan sudah tidak keruan.Dia rasa seperti ada kejutan elektrik di pipi kiringa.Matanya bulat menonjol dan hatinya berbunga-bunga mekar apabila dicium oleh isteri tersayang.
"Sayang buat abang gila!!! ".Jerit Rayyan satu rumah.Syafa terkejut dan tergelak kuat.Sakit perutnya kerana terlampau banyak gelak.
*****
Mereka jalan bersama-sama.Syafa tergelak apabila Rayyan membuat lawak."Ahahahahahahaha aduduhh sakit perut saya!".Kata Syafa."Aipp, bukan saya,SAYANG".Kata Rayyan sambil tersengeh."Nak kene cium dengan abang ke???hehe ,kejar sayang!".Kata Rayyan lalu mengejar isterinya.
Syafa sudah lari lintang pukang .Jeritan Syafa agak menarik perhatian orang lain."Ahhh! Ahhh! Jangan laa!!!okey okey, Sayang! Abang,janganla macam ni!!!".Jerit Syafa sambil berlari-lari seperti kanak-kanak riang.
"Aduhh,sayang! Jangan jerit kuat sangat ,nanti orang marah".Kata Rayyan,dia masih tidak berputus asa untuk mengejar isterinya.
Syafa menoleh sebentar ke arah Rayyan."Kesah apa aku!"Jawab Syafa sambil tergelak besar.Rayyan sudah geram dengan isterinya.Tiba-tiba Rayyan terlanggar dinding lalu terduduk di atas lantai.
"Abang!!!!.....
Aduduyyy, langgar dinding pulak mamat ni,
Ahahaha,nak tau apa jadi? Next part yow!
Keep reading, stay vote&comment
Follow my story^^
BUBYEE^^
YOU ARE READING
Kau Aku Punya...
RandomKAU AKU PUNYA... mengisahkan tentang persahabatan yang mulanya bermula dengan pergaduhan seterusnya persahabatan dan wujudnya percintaan antara Rayyan Aiman dan Syafa Lina.Percintaan mereka terganggu apabila munculnya Asyraf dan Rasya yang ingin m...