Syafa memusingkan badannya dan..."Arghhhh!!!!!!".Jerit Syafa dan Rayyan serentak.
Syafa memejamkan matanya lama.Rayyan nyaris pukul Syafa.
"Aku ingat pencuri mana!Rupanya kau!Kau buat apa dalam rumah aku haaa???!!!!!".Jerit Rayyan kuat.
Syafa hanya mendiamkan dirinya.Dengan jarinya yang masih mengeluarkan darah yang banyak.Syafa terduduk dilantai.Dia takut dan terkejut akan jeritan Rayyan tadi.Syafa sudah mengalirkan air mata sambil memeluk tubuhnya.
Rayyan masih lagi terjerit-jerit marahkan Syafa.Mak Jah yang terdengar akan jeritan Rayyan terus menuju kedapur ingin mengetahui apa yang berlaku.
Mak Jah terkejut melihat Rayyan yang sedang memarahi Syafa sambil memegang kayu golf.Mak Jah cuba meredakan Rayyan tetapi tidak berjaya.Mak jah pergi kearah Syafa yang sedang menangis sambil menutup telinganya.Seperti kanak-kanak yang terlampau takut dimarahi,pendek cerita fobia akan dimarahi.
Syafa terus memeluk Mak Jah erat.Rayyan sudah mula reda.Dia meletakkan kembali kayu golf yang diambilnya sebentar tadi ditempatnya semula.
Rayyan berlalu keruang tamu berseorngan.Mak jah masih lagi memeluk Syafa yang memangis teresak-esak.
"Syafa,ni Mak Jah ni Syafa.Syafa jangan takut ehh.Meh sini mak Jah pujuk".Pujuk mak jah lembut.
©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©
Selepas beberapa minit,Syafa sudah pun bangkit dalam ketakutannya sebentar tadi.Syafa duduk dimeja makan bersama mak Jah.
"Syafa,mak Jah nak tanya sikit boleh??".Tanya mak Jah.
"Tanyala.Syafa jawab".Kata Syafa.
"Ermm Syafa ada fobia ker??".Tanya mak jah sambil mengusap lembut rambut Syafa yang sedia panjang dan ikal.
Syafa menganggukkan kepalanya."Ha ah.Syafa ada fobia sejak kecil lagi.Syafa tak boleh dengar orang marah sambil menjerit-jerit".Jawab Syafa tenang.
"Macam mana Syafa boleh fobia fasal tu???".Tanya mak jah lagi ingin mengetahui.
"Masa tu umur Syafa 5tahun.Rumah setia yang Syafa tinggal tu,pernah kena rompak.Dua orang perompak tak silap Syafa.Masa tu Syafa dengan sorang budak lelaki tengah basuh pinggan dekat dapur.Kitorang tak perasan yang ada dua orang perompak dekat belakang kitorang.Perompak tu tiba-tiba bergaduh dekat belakang kitorang.Syafa dengan budak lelaki tu pun pusing kebelakang dan perompak tu tarik tangan Syafa dekat dengan badan dia.Perompak tu acukan pistol dekat kepala Syafa.Syafa dengan budak lelaki tu dah nangis.Takut sangat masa tu.Tiba-tiba perompak tu bergaduh lagi.Gaduh sesama perompak.Syafa pon senyap jer la.Dah lama lepastu tu,dorang bawak Syafa dekat ruang tamu.Time tu,polis semua dah kepung rumah tu.Syafa takut sebab dia jadikan Syafa mangsa tebusan.Dia marah semua orang yang ada dekat dalam rumah tu sebab call polis.Terjerit-jerit.Syafa takut masa dia jerit sebab,pistol dia tu.Takut dia tertekan,habis la Syafa.Tak jumpala Syafa dengan mak jah".Terang Syafa panjang lebar.
Mak jah hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Masa perompak tu hampir tembak kepala Syafa,polis tembak bahu dia dulu.Lepastu,budak lelaki yang basuh pinggan sama-sama dengan Syafa tu terus pergi Syafa.Syafa peluk dia.Hehe.Budak-budak tak fikir apa lagi time tu".Sambung Syafa lagi.
"Owhh.Syukur alhamdulillah Syafa selamat.Habistu,perompak tu mati tak??".Tanya Mak jah.
"Tak.Dua-dua hidup lagi.Ada dalam penjara Subang".Jawab Syafa tenang.Dalam hati masih takut lagi.
"Okeyy.Mak jah faham.Patutla Syafa sampai menangis-nangis masa Rayyan marah Syafa tadi".Kata Mak jah.Dia rasa bersalah kerana meninggalkan Syafa berseorangan didapur terlalu lama.
"Tak perla Mak jah.Rayyan terkejut kot.Maybe dia ingatkan Syafa ni pencuri".Kata Syafa.
"Mak jah minta maaf sangat-sangat sebab tinggalkan Syafa dekat dapur berseorangan".Kata Mak jah kesal.
"Syafa tak apa-apa la.Mak jah tak salah".Jawab Syafa sambil tersenyum.
"Mak jah,Syafa balik dulu la yer.Nanti Syafa nak keluar kejap".Kata Syafa meminta diri.
"Haa.okey.Jaga diri ya.Assalamualaikum".Mak jah sempat membelai rambut Syafa.
"Waalaikumsalam.Terima kasih Mak jah".Syafa menyalam mak Jah.Syafa terus keluar dari rumah itu dan pulang kerumah nya.Lukanya pada jari itu tidak diketahui Mak jah.Syafa hanya menahan kesakitannya.
***************************************************
Rayyan yang mendengar Syafa meminta izin untuk pulang,terus masuk kebilik.
'Aku dah dengar semuanya Syafa '.Kata Rayyan didalam hatinya.
'Aduh...macam mana ni....'.Kata Rayyan resah.
'Okey,tadi dia kata dia nak keluar,yesss!aku nak ikut dia!'.Rayyan terua menukar bajunya dan meminta izin maknya untuk keluar.
Rayyan duduk didalam keretannya.Kelihatan Syafa sedang membuka pintu pagar rumahnya.Rayyan hanya mengikuti Syafa.Akhirnya mereka berhenti di IOI CITY MALL.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Syafa keluar dari perut keretanya.Dia terus berjalan ke arah pintu masuk. Rayyan yang sedar akan ada sebuah kereta yang laju meluncur kearah Syafa terus berlari kearah Syafa.
"Syafa!!!!!!!!....
Ehem hemm...
Suspen tak?????
Hahaha saja buat suspen!
Apa jadi dekat Syafa???
Adakah Rayyan sempaat menolong Syafa???
Ohhh no!!!
Ada kereta nak langgar Syafa!!!!!
#saksikan part seterusnya
#keep reading,vote,comment
#follow me
#bye
YOU ARE READING
Kau Aku Punya...
RandomKAU AKU PUNYA... mengisahkan tentang persahabatan yang mulanya bermula dengan pergaduhan seterusnya persahabatan dan wujudnya percintaan antara Rayyan Aiman dan Syafa Lina.Percintaan mereka terganggu apabila munculnya Asyraf dan Rasya yang ingin m...