BAB 2

2K 148 13
                                    

"Okay, tengok muka surat sebelah pula."

Aku selak buku latihan Fizik di depan aku. Tak sangka kan. Hari gerko pun sempat lagi pelajar. Dan lebih menariknya kelas aku je pula tu yang belajar! Sebab sunyi gila blok sebelah. Kelas aku pun tingkat 4. Rasa macam kena abai pula.

"Cikgu, semua dah pergi dah cikgu." Aimie merungut.

"Ye ke? Bukan awak mula pukul 9 ke?" Cikgu Azizah menyoal.

Haih, aku syak kat parking kereta bawah depan surau tu, gerai kelas aku je yang sunyi tak sediakan apa-apa lagi. Pukul 9 mula apanya? Cikgu Azizah semangat betul nak mengajar. Tak ramai sekarang ni bawa buku. Tengoklah meja kumpulan aku. Rasyidah kat sebelah sibuk betulkan tudung pastu pakai vaseline. Syuhadah berangan. Atiqah menguap. Peho pun berangan.

"Ala, sikit lagi ni je. Buat muka surat ni." kata Cikgu Azizah.

Baiklah cikgu. Demi cikgu, saya buat. Walaupun saya tak sabar nak berniaga. Aku mula buat apa yang Cikgu Azizah suruh. Sempat juga kami bersembang. Cikgu Azizah pun tak kisah sangat.

"Aku tengok tadi ramai gila pakai make-up." Rasyidah memecahkan kesunyian di meja kumpulan aku.

"Tak wei, kenapa pula tahun ni nak marah? Tahun-tahun sebelum ni lekkk je." aku bersuara. Sungguh tidak adil.

"Siap kena SSDM pula tu. Semua kena." Atiqah menggeleng.

Betul. Tibehhh kena SSDM. Lantak lah ada nama aku ke tak. Bukan salah aku. Padahal malam sebelumnya cakap bolrh je. Tiba-tiba hari ni nak mengamuk pula kata tak boleh. Aku maghoh!

"Eh, ayam kita pada siapa?"

"Zatul."

Aku menoleh belakang. Fuh, beria juga Zatul. Banyak bawa barang. Hari ni kelas kita orang jual ayam cucuk dan juga jacket potato. Bro, ayam cucuk sentiasa dihati okay! Sedap, murah dan menyelerakan. Dengan crunchy dan crispy, fuh fuh fuh.

Teringat ayam cucuk, tepat pula loceng berbunyi. Aku siap sedia mengemas. Nampak tak, belajar sekejap je. Tak apalah asalkan sekejap. Dapat tambah ilmu sikit.

"Jom gerak!" Cikgu Azizah menjerit sedikit. Terserlah keterujaan pada raut wajah Cikgu Azizah. Kami sekelas gelak.

Aku turun tangga dan lalu di dewan. Tersusun meja-meja di dewan. Di tengah-tengah pula tersusun beberapa kerusi. Tempat untuk ibu bapa jumpa dengan cikgu-cikgu. Tak nak susahkan ibu bapa nak turun tangga katanya. Bagus betul.

"Ba!"

Automatik tangan aku naik pukul empunya yang mengejutkan aku.

"Aduh!" Auni mengaduh kesakitan.

Haaa tu makan dia suka terkejutkan orang. Tengok muka Auni teringat Raif. Setakat ni aku langsung tak menimbulkan nama Raif apabila bersama Auni. Auni pun tak cakap apa-apa. Auni okay ke? Auni menangis ke? Auni tahu ke?

"Eh, kau pun belajar ke tadi?" aku menyoal.

"Ya, wei! Akaun pula tu." Nabila mengadu.

Wah, kelas 5 Bestari pun belajar juga rupanya! Aku memandang baju Auni dan Nabila. Warna ungu. Cantik!

"Kau jual ayam cucuk kan? Nanti aku singgah. Bagi percuma tau." kata Auni.

"Meme kita orang bagi lidi je lah percuma. Sedap je." Peho mencelah.

Kami sama-sama gelak. Kami lalu di hadapan bilik guru. Kus semangat aku! Pintu pertama bilik guru, Dani sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Peho tiba-tiba menyiku perut aku beberapa kali. Aku berdehem.

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now