BAB 14

1.2K 124 1
                                    

Aku memegang dada aku. Berdebar. Aku cuba untuk bertenang. Pakai selendang pun menggigil tangan aku. Fuh, fuh.

"Siap dah?" 

Dani yang berada di belakangku menyoal. Terpampang wajahnya di cermin. Aku berpaling.

"Berdebar lah. Takut!"

Dani gelak. "Abang pasti sayang dapat naik pentas punya. Sayang kan pandai. Confirm!"

Semakin Dani cakap macam tu, semakin aku berdebar. Semua orang letak harapan tinggi kat aku, cakap yang aku pasti dapat banyak A dalam result SPM. Siapa tahu aku punya berdebar ni alahai. Menggigil satu badan. Benda tu makin bagi aku tekanan.

Macam mana kalau aku tak dapat naik pentas? Dani kecewa ke? Dani marah ke? Dani sedih ke?"

Dani memegang bahu aku.

"Dengar ni."

Aku memandang dalam matanya. 

"Dapat naik pentas atau pun tak, tu tak penting. Asalkan sayang dah buat yang terbaik. Sayang dah usaha sehabis baik. Sayang dah doa. Sekarang ni tawakal dan redha okey."

Bencilah macam ni!

"Suami siapalah ni pandai berkata-kata macam ni?!" aku mencubit pipinya.

"Mestilah suami Suria Nashifa."

Kami gelak. 

"Jom." ajak Dani.

Kami pun sama-sama pergi ke kereta Dani. Bersiap sedia untuk ke sekolah. Ambil result SPM ataupun tidak, aku masih kerja di koperasi. Waktu untuk pengumuman result adalah pukul 11. Lambat lagi tapi masa berlalu sangat pantas ya. 

Kurang daripada 10 minit, kami pun sampai ke sekolah. Baru sahaja aku ingin membuka pintu keretanya, Dani memegang tanganku. Aku menoleh.

"Jangan nervous sangat. Kalau ada apa-apa, panggil je abang." 

Aku senyum lalu mengangguk. Belum sempat aku panggil dia dah terpacak depan muka aku agaknya nanti. Dah lah suka curi-curi masuk koperasi. Bukan ada beli apa-apa. Nak tengok muka aku je padahal.

"Baiklah abangku sayang. Dah, nanti lambat kang." kata aku. Sempat mata melilau sekeliling. Line clear, barulah aku cium tangan Dani.

Aku lambai ke arah Dani. Kemudian aku menapak ke koperasi. Kunci koperasi dikeluarkan dari beg. Seperti biasa, aku buka lampu dan kipas. Pagi-pagi dah kena menyapu. Kalau tak nanti bos marah. Bosnya mestilah Fikri. Kesayangan sungguh walaupun dah habis sekolah. Cikgu Hamizah pun menawarkan dia untuk kerja koperasi. 

Pagi macam ni memang lah tiada orang. Tapi kalau tiba-tiba orang datang tu ha maksudnya tka lain tak bukan nak ponteng kelas ni. Mesti cakap kat cikgu nak pergi tandas, pastu tiba-tiba ada kat koperasi. Tak baik tau tipu cikgu. 

Sedang aku menyapu, Teacher Kirana menapak masuk. Aku senyum ke arahnya.

"Nervous?" soal Teacher Kirana.

Teacher, soalan apa tu? Mestilah! 

Aku mengangguk sekali. 

"Jangan risau." 

Baiklah Teacher. Aku rasa semua orang cakap macam tu kat aku. Suruh jangan risau. Aku memang tak risau. Jantung aku ni yang risau. Masih berdebar.

"Oh ya, Dani minta tolong saya fotostatkan benda ni." 

Aku meletakkan penyapu di dalam stor dan mendekati Teacher Kirana. Teacher Kirana menghulurkan aku sebuah buku. Buku latihan Matematik. Aku mengambilnya lalu aku meletakkannya di mesin fotostat. 

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now