BAB 26

1.5K 153 10
                                    

Aku memegang hujung baju kardigan aku. Mata merenung ke jalan. Faha di sebelah aku memeluk bahu aku. Masih cuba untuk menenangkan diri aku. 

"Awak ada nampak muka dia?"

Aku menggeleng. Soalan tu dah berapa kali terpacul keluar daripada mulut polis bantuan. Dan banyak kali jugalah aku menggeleng. Sumpah aku memang tak nampak mukanya. Aku tak nak ingat langsung. Trauma. Aku benci. Aku tak suka. Aku jijik. Hampir sahaja aku kena rogol. Sentuhan dia masih terasa. 

Ya Allah.

Aku perlukan Dani sangat-sangat.

Aku tak tahulah sekarang pukul berapa. Dah nak masuk subuh agaknya. Apa yang Faha cerita, selepas pintu berjaya dibuka lelaki itu terus sahaja lari keluar. Masing-masing tak sempat nak menghalang. Aku tak tahu lelaki itu lari ke mana. Yang pasti lelaki itu masih ada diluar sana. Masih boleh buat benda yang sama kat aku macam tadi.

Sekarang kami berada di pondok polis bantuan. Laporkan apa yang terjadi. Terpampang mukanya yang terkejut semasa Faha bercerita. Dalam otak aku sekarang ni aku nak Dani. Aku perlukan Dani sangat-sangat.

Beberapa minit kemudian, polis bantuan itu memanggil aku. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, tiba-tiba ada kereta masuk ke pagar. Kereta itu berhenti secara mengejut di tepi pondok polis bantuan. 

Nampak sahaja gerangan yang keluar daripada kereta, terus aku menerpa dan memeluk tubuh sasa itu. Aku menangis. Tangan mencengkam baju belakangnya.

Dani sedaya upaya memujuk aku.

"Terima kasih encik call saya." kata Dani. 

Aku rasa selamat dalam pelukan Dani. Aku sangat takut. Dani menekup mukaku dan mengesat air mataku. 

"Sayang masuk kereta dulu." Dani membisik.

Aku mengangguk sekali lalu pergi ke arah penumpang di sebelah pemandu. Dani membukakan kereta dan aku masuk. 

Faha dan Farah melambai aku. Dani ada bercakap sesuatu dengan polis bantuan tadi. Kemudian, dia pergi pula ke arah Faha dan Farah. Aku tak tahu Dani cakap apa tapi mereka hanya mengangguk berkali-kali.

Usai selesai, Dani masuk pula ke dalam kereta. Tali pinggang aku Dani tarik. 

"Kita bermalam kat hotel dulu okey?" soal Dani.

Aku hanya mengiyakan. Aku nak keluar dari sini sekejap. Sehari pun jadilah. Memang sekarang ni aku sehelai sepinggang. Langsung tak bawak apa-apa. Aku tak tahu bagaimana Dani meminta izin polis bantuan tu. 

Sepanjang perjalanan Dani tidak lepas memegang tangan aku. Aku tak nak tidur. Bila aku menutup mata, asyik terbayang bagaimana tindakan lelaki itu. Macam mana kalau aku tidur dan di sebelah aku bukan Dani? Tapi lelaki itu. Macam mana kalau lelaki tu buat benda yang sama kat aku?

"Sayang, jangan fikir lagi. Abang ada kat sini. I am always by your side. Always." 

Air mata aku gugur lagi apabila Dani cakap begitu. hilang semua perasaan marah dan merajuk aku terhadapnya. Terima kasih ya Allah kau kurniakan jodoh aku begini.

***************

Aku membuka mata. Ada tangan lain di pinggang aku. Automatik aku teringat lelaki itu. Jantung aku berdegup laju. Takut mula menerpa dalam diri. Tangan aku ingin menolak tangan itu.

"Sayang, it's me. It's okay." 

Suara garau Dani menerpa ke dalam gegendang telingaku. Lantas aku memusingkan badan menghadapnya. Tangan aku naik memegang pipinya. Dani mencium tapak tanganku.

"Abang?"

"Yes. Abang. It's me." Dani senyum.

"Abang." Air mata aku jatuh.

Pantas Dani merangkul tubuh kecilku.

"Sayang takut. Sayang takut sangat. Lelaki tu-" tersedu-sedan aku bercakap.

"Shhhhhhh. It's okay. Lelaki tu tak akan kacau sayang lagi. It's okay. Abang ada kat sini. Abang sentiasa dengan sayang." Dani menggosok belakang badanku.

"Tak. Ab- abang.. tinggalkan sayang.. Abang de... dengan Teacher... Abang dengan Teacher Kirana." Tangan aku mengesat air mata aku yang turun laju.

"Tak sayang. Tak akan. Abang tak dengan Kirana. Abang dengan sayang. Abang minta maaf okey. Abang sentiasa dengan sayang." Dani mengucup lembut ubun-ubunku. 

Aku menolak perlahan tubuh Dani lalu aku duduk. Masih menangis. Aku memeluk lutut aku. 

"Abang tipu.. Abang tipu... Hari tu abang kat rumah dengan Teacher. Abang tipu sayang." Aku menekup muka aku.

"Sayang....." Dani memegang dagu aku memaksa untuk aku memandangnya. Ibu jarinya menyapu air mata aku yang turun dari kedua-dua belah air mata aku. Lembut sekali.

"Sebab ni lah sayang block nombor abang, sayang tak jawab call abang ya?" Dani senyum lembut.

Aku tidak menjawab. Tangan Dani turun lalu memegang kedua-dua tangan aku pula. Dia mengucup tangan aku.

"Abang minta maaf sangat-sangat abang tak beritahu sayang dan biarkan sayang macam ni. Waktu tu Mat ada dengan abang. Abang tak berbaju sebab Mat tumpahkan air kat baju abang. Macam budak-budak kan?" Dani gelak kecil.

Sedikit-sebanyak aku lega sikit dengar penjelasan daripada Dani. Hilang sikit amukan dan marah aku terhadapnya. 

"Jangan nangis okey. You are always mine sayang. Always." Dani mengucup dahi aku dengan lembut. Lama. 

Oh Tuhan, limpahkanlah rezeki dan keberaktanMu kepada suamiku. 

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now