"See? Usaha awak berbayar. Tahniah!" Dani bersorak untuk aku. Aku senyum.
"Thank you."
Tak henti-henti orang mengucapkan tahniah kepadaku. Ada juga junior-junior yang ingin bergambar denganku. Ah, rindunya nanti kat dia orang ni.
"Tengok result sikit." Dani berdiri dekat dengan aku.
Aku tunjukkan result aku kepadanya. Walaupun 5A je tapi sumpah aku gembira sangat-sangat. Alahamdulillah 5A dan 4B. Subjek kegemaran iaitu Matematik mestilah A+. Itulah benda pertama yang Dani akan tengok dulu.
"Hadiah. Saya dapat Matematik A+ tu." kata aku.
Dani senyum.
"Jom cikgu ambil gambar. Cikgu ni dah lah suka jual mahal." Peho mencelah.
Aku setuju dengan Peho. Nak bergambar pun susah. Memang jual mahal sungguh. Dani berada di tengah, aku di kanan dan Peho di kiri. Beberapa gambar diambil.
"Okey, tepi. Aku nak berdua je dengan Cikgu Amsyar." Aku menolak badan Peho. Peho mencebik. Aku gelak.
Jarang tau nak ambil gambar berdua dengan dia kat sekolah. Waktu ada majlis macam ni boleh lah jadikan alasan. Takkan tetiba kat kelas nak ambil gambar berdua kut. Apa tak gila ke tu? Zamir yang berada di depan kami sebut satu dua tiga.
Macam-macam gaya ni aku buat. Senyum tak hilang dari bibir. Ambil gambar dengan suami, siapa je tak suka.
************
Aku tekan perut aku. Penat gelak tengok Zamir dan Fuad bergaduh. Suruh susun meja je pun dalam koperasi. Macam nak berperang je.
"Kau pun gelak je. Tolong lah sini." kata Zamir.
Aku menjeling dia. "Sorry, aku kan ex sekolah ni. Kau lah buat." aku melawan.
Sebentar lagi ada majlis kecil pula dalam koperasi ni. Cikgu Hamizah saja nak buat. Untuk kita orang katanya. Cikgu-cikgu lain pun dijemput. Aku pun tak tahu bila Cikgu Hamizah rancang. Aku tahu pun lepas ambil result tadi.
Dalam beberapa minit cikgu-cikgu pun masuk. Cikgu Azahari, Cikgu Hanim, Teacher Kirana. Ada juga junior-junior kesayangan aku, sebab ni pun dikira majlis untuk ahli koperasi. Tak lupa juga Dani. Mestilah dia beria. Dia menapak je dalam koperasi dia dah pandang aku dulu dengan senyuman candynya.
Aku duduk berdekatan dengan kaunter, manakala cikgu-cikgu pula duduk disekeliling meja. Doa makan dipimpin oleh Dani. Merdu je bunyinya bila aku dengar. Angau cinta betul aku ni.
Usai selesai berdoa, aku membiarkan yang lain ambil makanan dulu. Target aku cuma kek yang berada di tengah-tengah meja tu. Blueberry cheesecake wei. Aku nak tu je.
Mata menangkap Teacher Kirana dan Dani yang duduk sebelah menyebelah. Abaikan Su. Dia orang tiada apa-apa. Terkenang semula pagi tadi bila Teacher Kirana cakap pasal Dani. Serius aku tak tahu. Haih. Terasa dahaga aku bangun dan menghampiri sebelah Dani. Baru sahaja aku nak ambil cawan kertas, Dani sudah mengambilnya terlebih dahulu dan memberikan kepada aku. Aku menyambutnya.
Aku tuang air yang berada di jag besar. Baru sahaja aku nak pergi, Dani enepuk perlahan kerusi kosong yang berada di sebelahnya. Aku melilau sekeliling. Tak apa ke? Lagi pun semua macam tak kisah je.
Lambat-lambat aku mengehempaskan punggung di kerusi bersebelahan Dani.
"Tak makan ke?" Dani berbisik.
Aku menggeleng. "Kenyang."
"Ke diet?"
Aku mengecilkan mata. "Kenyang lah. Tiada masa nak diet."
Dani ketawa.
"Suria sambung IPG ke?"
Soalan Cikgu Hanim yang tiba-tiba membuat aku terbatuk. Terkejut aku.
"Nampaknya begitulah." jawab aku sambil senyum kecil.
"Bagus juga awak mohon IPG. Dah menjanjikan yang awak akan dapat kerja. Betul tak kak?"
Dan cikgu-cikgu semua masuk ke topik pasal IPG. Aku tak nak pun. Orang sebelah aku ni paksa aku masa aku nak isi UPU. Menyibuk tau dia. Tak mampu nak lawan aku pun tunaikan je lah. Belum lagi dengan membebel dia. Setiap malam dia asyik membebel.
Dani menolak pinggan yang berisi kek ke arah aku. Aku memandang dia.
"Makanlah."
Aku senyum. "Thank you." Garfu diambil dan aku mencuit sedikit kek. Aku suap ke dalam mulut. Ya Allah nikmat betul.
"Apa lah khabar Hawa."
Tangan aku terhenti. Aku tidak mendongak. Masing-masing diam. Aku tak tahu cikgu siapa yang tanya soalan tu.
"Entah lah. Masing-masing tak tahu. Dah lama juga tak dengar khabar dia."
Aku menguyah perlahan. Memang Cikgu Hawa menghilang ke? Mata aku menjeling ke sebelah. Dani seperti tidak terkesan dengan soalan tu. Dani tahu ke yang aku tak tahu?
"Baik sangat Hawa tu dulu. Terkenang kat dia."
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Kirana baru lagi kan kat sini?"
"Tiadalah baru sangat, hehehe."
Aku mengangguk. Betul, betul. Oh, lupa aku nak minta ampun kat Teacher Kirana sebab Bahasa Inggeris aku tak dapat A. Mampu B sahaja. Ni kalau Sir Asik tahu, haih lagilah kena bebel. Maafkan saya Sir Asik!
"Tu Cikgu Amsyar tu. Suka betul saya tengok awak berdua. Tengok tu baju sedondon. Jodoh ke ni?"
Cikgu Hanim kan, memang suka jodohkan orang ea kalau jumpa siapa-siapa depan mata dia. Hari tu Dani dengan Cikgu Hawa. Sekarang, Dani dengan Teacher Kirana pula. Lepas ni siapa pula? Baju sedondon? Aku menoleh ke arah mereka. Aku pandang mereka saling berganti. Dua-dua berpakaian warna hitam. Aku pandang pula baju aku. Warna hijau tua. Memang jauhlah nak sedondon dengan Dani.
"Dia ni? Tak nak saya."
"I pun tak nak okey."
Mereka saling mengejek. Rasa tersisih sekejap.
"Akak tahu tak dulu dia ni nerd sangat. Cermin mata pun besar tau."
Ni aku tak suka ni bila Teacher Kirana buka pasal zaman dulu bersama Dani.
"Tu dulu, sekarang dah tak. Dulu you kan suka nangis." Dani melawan.
Ramai-ramai gelak, kecuali aku. Aku hanya pandang kek di pinggan depan aku. Terkenang lagi zaman dulu dia orang. Aku mampu mendengar sahaja. Mencelah, tiba-tiba sesat pula.
"Kahwin je lah kau orang berdua ni. Single kan?"
Sepi lagi. Masing-masing memandang Dani. Aku pun sama. Menunggu jawapan Dani.
Dani senyum dan menggeleng.
"HA?!" Bergegar koperasi dengan jeritan semua. Bukan cikgu-cikgu je yang jerit. Ada juga junior-junior aku yang menjerit.
"Actually..." Dani mengambil tangan sebelah aku lalu mengangkat.
"Ini lah isteri saya."
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...