"Dapat mana?"
Aku berpaling ke arah Dani. Aku memonyokkan muka. Dani mendekati.
"Kenapa?"
Terus aku melompat ke arah katil dan menekupkan muka di bantal. Aku tak tahu nak rasa apa lepas aku semak keputusan UPU. Gembira? Sedih? Semua tak ada. Apa-apa yang aku mohon semasa UPU bukan yang aku nak.
Bahasa mudahnya aku tiada cita-cita langsung. Tak tahu nak jadi apa. Aku lebih kepada follow the flow. Redha.
Dani duduk di birai katil dan gosok belakang badan aku. Dia memegang tangan aku. Aku memandang ke arahnya. Masin betul mulut aku. Memang aku terperap dengan Dani, disebabkan PKP.
Ya, ada covid gitu. Sekolah tutup. Aku pun bosan duduk rumah dan menghadap muka Dani 24 jam. Tak boleh keluar rumah. Argh, bosan lah! Aku ingatkan nak bersuka ria sebab cuti lama sebelum sambung universiti. Tiba-tiba PKP. Haih.
Lebih bosan lagi bila kat rumah Dani yang berada di Kuala Lumpur. Rumah besar tapi duduk berdua. Nak keluar tak boleh, nak nangis lah macam ni. Aku bukannya home person. Aku ni kalau boleh setiap hari nak keluar rumah. Jalan-jalan naik kereta ambil angin malam pun jadi. Itu pun boleh buat aku seronok, tak bosan.
Dah tiba-tiba PKP, nak keluar memang kena saman lah.
Aku pusingkan badan dan mendaratkan kepala aku di riba Dani. Dani senyum kecil lalu mengusap ubun-ubun aku.
"Orang duduk rumah makin gemuk, sayang terbalik pula makin kurus." Dani bersuara.
Aku senyum. Girl, orang cakap kita makin kurus siapa je tak suka ha??
Jari-jemari Dani mengurut dahi aku. Aku semakin terbuai. Mata memberat. Rasa nak tidur pula sedap orang urut macam ni.
"Jangan tidur, nak masuk maghrib."
Aku mengecilkan mata. Tahu-tahu je aku nak tidur.
"Sayang dapat diploma." kata aku sambil mengiringkan badan. Tangan sasa Dani rehat di bahu aku.
"Serius?!"
Aku mengangguk.
"Tahniah sayang." Dani mengucup berkali-kali pipi aku.
Aku berkerut.
"Abang tak marah?"
Dani pula yang berkerut. "Kenapa pula abang nak marah?"
"Ye la, kan diploma. Orang cakap kat situ orang-orang yang..."
"Aippp." Dani mencubit pipi aku sebelum aku menghabiskan ayat.
"Jangan dengar cakap orang macam tu. Itu namanya orang yang tak boleh tengok orang lain berjaya. Kita buang orang yang macam tu."
Diam.
"Asasi, matrik, diploma, tingkatan 6 atau apa sekalipun, semua sama je sayang. Rezeki sayang dapat diploma. Setiap orang perjalanannya lain-lain. Kita hidup ni bukan nak berlumba. Bukannya siapa cepat dia dapat. It's okay sayang dapat diploma. Sayang dapat apa-apa pun abang tetap bangga. Yang penting, kita cari ilmu ni sebab Allah."
Auuuuwwwwwww, I wanna cryyyyyyyyyy.
Tangan aku naik mengusap pipinya. Dia ni makin duduk rumah makin sweet talker. Siapa je tak cair? "Abang ni kan, suak buat sayang terharu cepat."
Kata-kata dia tadi memang ada betulnya. Terbina sikit semangat aku.
"Sayang dapat course apa?"
"Makmal perubatan. UITM."
"Seriuslah?!"
Terkejut aku dengan jeritan dia.
"OMG, isteri Dani Amsyar akan kerja kat hospital. I am very proud of you my wife!" Dani mengucup pipi aku lagi.
Aku ketawa. "Lambat lagi."
Dani gelak kecil.
"Dah jom siap-siap solat maghrib."
"Baik suamiku."
***************
Arrghhhhh burn burn burn. Otak aku nak meletup. Aku tak sangka pula stress waktu universiti sampai macam ni sekali. Baru semester 1. Ada lagi 5 semester. Alahai.
Aku mengiringkan badan dan pandang susuk tubuh belakang Dani yang menghadap laptop. Dia pun semenjak ni sibuk juga sebab persediaan anak muridnya yang nak SPM. Sekolah masih tutup. Jadi, caranya ialah Dani selalu buat kelas online.
Tak tahulah nak menyesal ke apa tapi ODL ni tak best. Aku tak berpeluang nak masuk universiti. Nama bidang makmal tapi belajar kat rumah. Lawak apakah ini. Baru sahaja tadi UITM keluarkana arahan yang kos aku balik ke kampus. Itu pun akhir bulan 12. Lambat lagi.
Dan sekarang aku stress menghadap assignment, kuiz, test. Semua secara tiba-tiba. Aku mengeluh panjang.
Nak keluar rumah boleh tapi perlu ikut SOP yang ditetapkan. Pakai topeng, hand sanitizer. Dah lama juga aku tak keluar rumah. Minggu depan cuti pertengan sem. Aku cuti, tapi Dani tak cuti. Cuti aku pun assignment tak boleh bawa bincang betul. Nak kejar apa entah!
Mata tertangkap dengan Dani yang menyandarkan badannya di kerusi. Kasihan pula. Aku bangun lalu keluar daripada bilik kerjanya. Aku menghala ke dapur. Buah epal di bakul aku kupas dan potongnya kecil. Aku keluarkan juga jus oren dari peti sejuk. Setelah selesai, cepat-cepat aku kembali ke bilik kerja Dani.
Sepanjang aku kelas, test dan buat assignment, semuanya di bilik kerja Dani. Katanya tenang sikit tengok muka aku. Dah kami saling berhadapan. Ingat aku boleh fokus ke bila dia kat depan aku?
Aku buka pintu menggunakan bahu aku. Mulut mengunyah epal yang aku potong tadi. Aku sengetkan kepala. Dani merehatkan kepalanya di meja. Tidur ke?
Aku mendekati lalu meletakkan perlahan pinggan berisi epal dan cawan yang berisi jus oren.
Tangan naik mengusap belakang leher Dani. Dani membuka matanya sedikit.
"Tidur ke?" aku menyoal.
"Penat." Dani merangkul badanku. Pipinya melekap di bahagian abdomen aku.
"Sayang bawa epal dengan air oren."
Dani mengangguk perlahan. "Suap."
Aku mencubit pipinya. Waktu macam ni pun ada je peluangnya. Aku menolak badannya sedikit lalu ambil epal di pinggan. Aku menyuapkan ke dalam mulutnya. Dani mengunyah sambil senyum memandang aku.
Dah kenapa pula sneyum-senyum ni?
"Nak apa-apa ke senyum amcam tu?" aku mengangkat kening.
"Saja." Dani sengih.
Aku berkerut. Bahaya betul. Senyum Dani dah lah banyak makna.
"Sayang banyak lagi ke assignment?"
Aku mengangguk. Mata terarah ke laptop aku yang terbuka dengan beberapa gumpalan kertas dihadapan leptop. Ingat budak makmal tiada assignement ke ha. Dengan tutorialnya lagi. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Nak tahu tak, sayang kena masuk kolej bulan 12 nanti."
Dani menjauhkan muka dan memandang aku dengan wajah yang terkejut. Kemudian dia buat muka sedih.
"Alaaaaaaaaaaaa."
Panjang sungguh ala dia. Aku ketawa. "Sekejap je lah. Sebulan lebih gitu. Bulan 2 balik."
"Sekejap macam tu? Lama gila!"
Aku ketawa lagi lalu mengusap rambutnya.
"Sayang tak pergi tak boleh ke?"
"Mana boleh. Pensyarah pun cakap lebih baik pergi. Nak biasakan kat makmal."
Dani diam. Nampak sangat sedih tu bila aku nak pergi.
Serentak phone aku bunyi. Phone aku betul-betul hadapan aku dan Dani. Kami menoleh. Aku mengangkat kening. Nombor tak dikenali.
Aku tak mengangkat. Dani pun biar je. Kemudian, phone menjadi senyap.
"Siapa?"
"Entah. Scammer kut."
![](https://img.wattpad.com/cover/281800728-288-k190284.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...