BAB 4

1.7K 143 6
                                    

Aku menangis. Segala frame gambar yang sudah jatuh dan pecah aku biarkan. Darah menitik dari tangan aku juga aku biarkan. Aku dah tak tahu lagi macam mana aku nak halang dia. Aku dah penat. Hampir putus asa.

Dani diam. Dia mempamerkan raut wajah kesal.

"I'm sorry."

Usai menghabiskan ayat tu, lantas dia berpaling. Aku terpempan. Setapak aku ke hadapan, Dani terus keluar.

"Dani!!"

Aku membuka mata. Badan ditegakkan secara mengejut. Nafas aku menjadi tidak teratur. Terasa tersekat di celah kerongkong.

"Suria." suara garau Dani seperti baru bangun tidur memasuki gegendang telingaku.

Aku pandang dia. Tiba-tiba badan aku menggigil. Tubuh terasa sejuk. Aku meletakkan tangan sebelahku di dada. Jantung berdegup kencang. Sakit. Perit. Aku mengambil nafas dengan sedaya upaya. Oh my gosh. Panic attack.

"Hey, it's okay. I'm here." Dani memegang pipi aku. Dahi kami berlaga.

"Ingat abang ajar dulu. Take your time. Just breath."

Aku menutup mata. Mengingat semula teknik pernafasan yang Dani pernah ajar. Aku tarik nafas, tahan, dan hembus. Banyak kali aku buat begitu. Lama-kelamaan nafas aku teratur semula.

Mimpi ngeri. Mimpi paling seram. Bukan sekali aku mimpi macam tu. Sejak aku bangun daripada koma, mimpi begitu sering datang. Nampak macam realiti. Nampak macam Dani betul-betul tinggalkan aku. Ditambah pula dengan panic attack. Tak seronok ya kawan-kawan ada panic attack. Selama ni Dani juga yang menenangkan aku. Dani tahu mengenai mimpi tu sebab aku cerita. Dna Dani tahu aku banyak kali mimpi macam tu. Macam mana kalau aku kena serangan panik sewaktu aku keseorangan, semasa Dani tiada?

"Okay?"

Jejaka dihadapanku menyoal. Terbit kerisauan. Mata aku bergenang dengan air mata. Tak nak. Aku tak nak Dani tinggalkan aku.

"Eh, kenapa nangis?"

Semakin Dani tanya macam tu, makin aku meletuskan tangisan. Aku takut. Aku tak nak mimpi macam tu jadi betul.

Dani memeluk kemas badan aku. Aku menyembamkan muka di dadanya. Entah pukul berapa sekarang.

"Abang janji abang tak akan tinggalkan sayang. Sampai mati abang sentiasa kat sisi sayang."

Nyahhhhhh, makin la buat aku nangis! Sedikit-sebanyak kata-jata Dnai tadi buat aku terpujuk. Tapi aku masih terfikir. Sekarang Dani cakap begitu. Macam mana tiba-tiba terjadi waktu kejadian tempoh hari? Kes bersama Cikgu Hawa.

*************

"Hari Khamis nanti siapa yang terlibat dengan program 6A?" Ustaz Shamsuddin menyoal.

Aku mengangkat tangan. Hampir semya kelas aku mengangkat tangan, terlibat dengan program 6A esok.

Program 6A. Atau, program kecemerlangan. Biasalah sekolah. Target murid-murid untuk SPM nanti. Kebanyakannya kelas-kelas hadapan. Kenapa kena buat benda macam tu? Tak tahu ke boleh menyebabkan tekanan kat budak-budak. Pastu yang tak terlibat tu, dianggap tak boleh lah ea? Sudah pastilah mereka cemburu. Sepatutnya bagi semua budak SPM terlibat. Dah semua tingkatan 5 ambil SPM kan? Aahhh, tak fahamlah aku. Nak je aku usulkan kat pengetua. Tapi apakah daya, walaupun itu mama Dani, aku hanyalah murid sekolah bagi dia.

"Macam mana kalau hari Khamis tu ada yang mak bapa yang tak dapat datang ustaz?" soal aku.

"Eh, tak bolehhhhh. Mesti ada punya."

Aku mengetap bibir. Haih, kalau saya ni tiada siapa boleh datang ustaz. Mak saya kerja cikgu, bapa saya pula esok ada hantar orang. Sedihnya! Aku diam je lah. Pendam dalam hati.

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now