BAB 19

1.2K 129 4
                                    

Aku pandang skrin phone yang masih berbunyi. Nombor sama. Terus aku matikan. Aku bawa phone aku di meja bersebelahan katil dan aku cas. 

**************

Aku berhenti dari memotong bawang. Tangan dilap di kain lap bersebelahan sinki. Aku melangkah mendekati meja makan. Ternaik kening aku. Nombor sama lagi. Aku matikan lagi.

**************

Tangan aku berhenti menaip. Laptop diturunkan dan serentak phone bergetar di sebelah laptop. Aku pandang Dani di hadapan aku. Dani masih dengan kelas online nya. Laju aku matikan phone.

*************

Aku mengusap kepala Dani yang rehat di pangkuan aku. Baru selesai solat Isyak berjemaah bersama Dani. Usai memberi salam dan doa, laju kepala Dani mendarat di riba aku. Rutin bila habis solat. 

Phone di atas katil berbunyi. Dani tidak beralih. Nampak gaya macam tidur. Aku panjangkan tangan dan mengambil phone aku. Aku mengeluh perlahan. Aku matikan phone.

************

Habis siram pokok aku tutup pili air. Rasa tenang sikit tengok bunga kepunyaan ibu Dani. Setelah selesai aku duduk di buaian di tepi kolam. Baru sahaja badan nak sandar, Dani memanggil aku. 

"Sayang, ada orang call." 

Aku menapak di pintu gelangsar. Dani memegang phone aku. Aku lihat skrin phone aku lalu mengeluh. Terus aku matikan. Phone masih ditangan Dani. 

"Sayang matikan macam tu je? Kalau penting macam mana?"

"Tak penting pun. Scammer." Aku menarik tangan Dani dan kami sama-sama duduk di buaian. 

***********

"Sayang."

Aku berpaling. "Kenapa?" Tangan melipat baju-baju Dani lepas aku angkat petang tadi.

Dani duduk di sofa di belakang aku. Dia menghulurkan phone aku yang bergetar. Aku mengecilkan mata. Tangan naik dan matikan phone. Selesai masalah. 

"Mudah sungguh sayang ni." Dani mengucup pipi aku.

Aku gelak. 

"Usah dilayan scammer macam tu."

************

Scammer obses dengan aku ke apa ni? Boleh tak cari orang lain? Aku tak nak angkat lah! 

Aku letakkan phone di atas meja. Biarkan sahaja berbunyi. Kemudian senyap. Dua saat phone aku bunyi lagi. Aku geram terus aku menjerkah.

"Nak scam orang cari orang lain lah!" 

"Astaghfirullah. Dah lah dah lama tak balik, pastu boleh pula cakap kat mak macam tu!" 

Membuntang mata aku. Aku jauhkan phone dari telinga. Tertera mak di skrin phone aku. Aku memicit dahi. Haih, sakit kepala aku.

"Maaflah mak. Saja berlakon." Aku gelak kecil.

************

"Nah." 

Aku mengangkat kening. 

"Kenapa ada kat abang pula?" aku mengambil phone daripada pegangannya. Tangan sebelah mengelap rambut yang basah. Aku duduk di birai katil.

"Saja tengok-tengok."

Makin berkerut dahi aku. Dani bukan jenis yang suka tengok phone aku. Aku yang suka tengok phone dia adalah. Alang-alang phone dah ada kat tangan, marilah kita main game. Dah lama cuti daripada main game.

"Sayang." 

"Hmm." aku menggumam. Mata masih memandang skrin phone.

Diam. Aku menoleh ke arah Dani. "Kenapa?" aku menyoal.

Dani menyelitkan rambut aku dibelakang telingaku. "Tiada apa-apa."

Aku mengecilkan mata. "Suka sangat buat orang curious tau."

Dani ketawa perlahan.

************

Aku cuba untuk mencelikkan mata. Jam dinding aku pandang. Pukul 2 pagi. Siapa yang call pagi-pagi buta ni oi?

Tangan sasa Dani di pinggang aku, aku kalihkan sekejap. Aku tegakkan badan lalu ambil phone aku di meja bersebelahan katil. Aku mengecilkan mata cuba untuk baca yang tertera di skrin telefon. 

Aku mengeluh. Aku penatlah nak marah pagi-pagi ni. Kalau aku marah, automatik Dani kat sebelah bangun. 

Aku terus matikan phone. Lantas aku baring semula menghadap Dani. Macam tahu-tahu je, Dani memeluk aku semula. 

Pergi mampuslah scammer. Malas aku. Esok memang aku block!

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now