Dani menghantar aku semula ke kampus. Baju masih sama seperti malam tadi. Aku hanya bersama Dani satu malam sahaja. Semua barang aku tinggal di kampus. Nak balik lama-lama tak boleh sebab sesi makmal belum lagi habis.
Aku salam dan mencium tangan Dani. Dani mengusap pipi aku.
"Jaga diri elok-elok." Dani mengucup dahi aku sekali.
Hati mula rasa lain macam. Aku tak tahulah ini cuma perasaan aku ke apa. Kenapa.... Dani... macam dah lain?
Entahlah.
Aku tak nak fikir. Dani sudah bagi penjelasan malam tadi. Jadi, aku percayakan dia.
Atau silap aku yang aku percayakan dia?
Aku melambai ke arah Dani. Dani senyum sekali lalu terus membawa keluar keretanya meninggalkan aku. Aku meramas jari. Mulalah perasaan seorang isteri datang menerpa. Aku rasa tak sedap hati.
No, Su. Dia tak akan buat macam tu. Aku tekan butang lif dan naik ke aras rumah aku. Aku buka pintu sahaja, housemates aku semua meluru ke arah aku lalu memeluk aku.
Terkejut aku. Hampir terjatuh pun ada.
"Kau okey ke Su?"
"Lamanya kau pergi."
"Ah, rindu!"
Aku ketawa. "Menyampah pula aku dengar. Geli."
Mereka semua senyum memandang aku kecuali Farah dan Faha. Pandagan dia orang lain macam. Pandangan risau ke ni? Kejap. Malam tadi, rasanya Dani ada cakap sesuatu kat dia orang. Dani cakap apa?
"Kau orang sambung lah makan. Aku nak tukar baju jap." aku melangkah ke arah bilik aku. Tangan baru sahaja nak memulas tombol pintu, tapi aku terhenti. Mula terbayang. Macam mana kalau lelaki tu ada kat dalam bilik aku? Macam mana kalau dia-
"Su." Farah memegang bahu aku.
Ternaik bahu aku. Aku mengambil nafas. Aku tidak cakap apa-apa tapi Farah lambat-lambat buka pintu dan memetik suis lampu. Aku melilau sekeliling. Farah menemani aku. Tangan aku kuat memegang lengan Farah. Kesian pula.
"Dah tiada Su. Tak apa. Kau selamat. Nak aku teman tak kau tukar baju ni?"
"Tak apa, tak apa. Kejap lagi aku keluar." kata aku.
Farah mengangguk lalu keluar. Pintu ditutup rapat.
Mata aku masih memerhatikan sekeliling. Perasaan takut sentiasa ada. Aku buka almari dan benda yang pertama aku nampak adalah nota kecil yang terletak elok di atas baju aku yang terlipat. Tangan aku menggigil. Dada turun naik mengambil nafas.
Bertenang Su. Bertenang.
Tangan aku naik mengambil nota kecil itu yang sudah terlipat beberapa kali. Aku membuka lipatannya lalu aku baca tulisan yang tertera di atas kertas itu.
Kau yakin apa yang Dani cerita tu betul? Kau yakin Dani tak tipu kau? Kau yakin?
Aku memegang kuat kertas itu. Fikiran mula menerawang. Betul ke Dani cerita betul kat aku malam tadi? Betul ke?
Tapi....
Kenapa nota ini ada kat sini? Macam mana? Macam mana dia tahu apa yang Dani cerita kat aku?
**************
Fokus aku sudah hilang. Hari ni hari terakhir untuk test. Jadi, aku pun sudah kemas-kemas untuk balik ke rumah.
Aku pandang skrin phone aku di tepi. Sudah berapa hari Dani tidak call aku. Kami hanya mesej biasa sahaja.
Dah makan?
Tengah buat apa?
Macam stranger. Macam orang luar sepenuhnya. Bukan Dani sahaja. Tapi aku juga begitu. Tiada emoji love dan sweet. Biasa sahaja. Sangat biasa. Nota kecil itu aku masih simpan, ada lagi pada aku. Aku tak buang. Aku masih terfikir.
Pelbagai soalan yang masih belum terjawab. Aku pun tiada jawapan.
Atau lelaki tu yang letak? Aku menggigit kuku aku. Perlu ke aku beritahu housemates aku? Aku menggeleng. Tak perlu. Aku tak nak susahkan orang. Jangan menyusahkan orang lain. Aku boleh selesaikan masalah ni sendiri.
Aku tekan submit. Selesai sudah semester 1. Sekarang nak kemas baju-baju aku pula. Aku tutup laptop lalu mengeluarkan semua baju aku di dalam almari. Aku lipat satu-satu. Tiba-tiba muncul nama Dani di phone aku.
Cepat-cepat aku angkat.
"Hai!" aku mejerit. Entah kenapa aku beria. Rindu sangat dengar suaranya.
Dani di hujung sana gelak. "Hai sayang."
Aku senyum. Dah lama sangat aku tak dengar dia memanggil aku, menyebut sayang. Ah, rindunya!
"Sayang dah habis kemas dah? Tengah buat apa?"
"Tengah kemas ni ha. Tak habis lagi. Baru je habis test."
"Ooohh. Okeyyy."
Diam. Telinga mendengar deruan nafasnya. Tak tahu pula nak sembang pasal apa.
"I miss you abang." akhirnya aku utarakan apa yang telah lama aku simpan. Dani seperti terdiam. Aku menunggu Dani untuk membalas percakapan aku.
"Abang?" aku memanggil perlahan.
"Ya sayang. Abang masih ada. Abang pun rindu sayang."
Aku menjauhkan phone aku daripada telinga. Kenapa macam tipu? Kenapa suara Dani bergetar?
Dani okey ke?
Baru sahaja aku nak bersuara, Dani memintas. "Sorry sayang. Abang ada kerja jap. Nanti apa-apa sayang call lagi okey."
"A-"
Dan Dani terus matikan panggilan. Aku terkaku. Dani tak pernah macma ni.
Dani berubah. Apa jadi? Kenapa Dani macam tu?
.................
orang kehabisan dan tersekat idea cenni aahhhh, cepat sangat habis pastu readers tak puas hati kikiki 🤪🤪🤪
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...