Bodoh Su! Bodoh!
Aku rasa macam nak potong mulut aku sekarang ni juga! Aku pukul mulut aku beberapa kali. Dah tahu mulut tu masin, ha amek kooo. Baru disebut, dia dah ada depan mata. Teacher Kirana ada depan mata aku sekarang ni. Dan juga bersebelahan dengan Dani. Aku duduk bersebelahan Mat.
Alangkah terkejutnya aku bila depan pintu masuk kafe tadi tersembul muka Teacher Kirana. Dikira jodoh ke ni?
Aku minum sky juice dengan laju. Mood aku terus rosak. Mood dating aku dengan Dani pun rosak. Dah semua rosak. Malas aku. Sengaja aku order air masak je biar cepat habis, cepat balik, cepat meraung.
"Pastu you ingat tak Mat macam mana nerdnya Dani dulu. Euw!" Teacher Kirana gelak.
"Ye wei! Tak sangka nerd dia dulu pun ramai peminat." Mat menyambung.
"Cakap orang, kau pun sama." Dani menjeling.
Aku? Diam. Diam seribu bahasa. Meja ni menjadi riuh-rendah dengan mereka bertiga yang hanya bercakap tentang mereka. Aku rasa terkilan. Terasa disisihkan. Dia orang semua berkawan, sudah pastilah ada je yang dia orang nak mengimbau. Aku pula tak layak nak menyelit dan nak mencelah Dan aku tak tahu pula dulu Dani nerd orangnya. Kenapa.... Kenapa aku langsung tak tahu pasal Dani?
Aku cuba pekakkan telinga. Masing-masing pun seperti tak peduli dengan aku. Seola-olah aku tak wujud kat sini. Bergenang air mata. Rasa macam nak menangis pula. Tak pernah-pernah aku rasa terkilan macam ni. Dani lupa aku ke? Aku tak suka suasana macam ni. Dani dekat je dengan aku sekarang ni tapi aku rasa macam jauh. Ada jurang antara aku dan Dani.
Tahan Su. Jangan nangis.
"Sayang, are you okay?"
Dani melekapkan tangan kasarnya di pipi aku memaksa untuk aku melihat dia. Aku mengebilkan mata. Terasa ada air mata gugur cepat-cepat aku kesat.
"Sorry." Dah kenapa Su nangis depan dia orang.
Dani diam. Terserlah raut wajah cemasnya.
"Errr, aku rasa aku kena buat kerja. Bye!"
"Ha, I kena balik! Bye!"
Sekelip mata tinggal aku dan Dani. Mat dan juga Teacher Kirana lari meninggalkan aku berdua bersama Dani. Dani masih memandang aku. Aku berpaling. Tak tahu sekarang ni nak rasa apa. Kejap marah, kejap sedih, kejap berdebar.
"Kenapa ni?" Dani mencapai jari-jemari aku di atas meja.
Sekali lagi air mata aku bergenang. Janganlah tanya soalan tu!
"Sayang?"
Terjatuh jua air mata aku. "Abang... lupakan sayang. Abang tak pandang sayang." Tangan ditarik. Aku mengesat kasar air mata aku dengan hujung lengan baju.
Nasib baik tempat meja ni tersorok dengan ramai orang yang berada dalam kafe. Lantaklah yang nampak, nampak, tak nampak sudah. Aku cuma nak menangis sekarang. Sebab aku sedih! Tak pernah-pernah aku kena abai macam ni sekali dengan suami sendiri!
Kerusi bersebelahan aku ditarik keluar. Dani menarik badan aku lalu memeluk kemas. Aku masih menutup mukaku.
"Maaf. Abang tak sengaja. Abang minta maaf sangat-sangat."
"Abang jahat." aku memukul dada bidangnya berkali-kali. Dani membiarkan sahaja.
Entahlah kenapa hari ni aku macam budak-budak sikit. Sedih sikit, semua nak menangis.
Penat, aku menghembuskan nafas. Lama juga kami berpelukan begini. Dani bersuara.
"Patutnya abang alert tadi. Abang yang ajak sayang dating, tapi boleh pula abang yang sakitkan hati sayang. Sorry." Dani mencium ubun-ubunku yang dilitupi dengan tudung.
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Lãng mạn[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...