2 tahun kemudian
Aku menggaru pipi aku yang tidak gatal. Kemudian, meletakkan tangan di dagu. Mata aku memandang benda kecil di depan aku. Hmm.
"Sayang, lama lagi ke?" Dani menyoal di luar pintu bilik air.
Cepat-cepat aku ambil benda tu dan simpan di laci tandas. Belasah je lah, asalkan tak kantoi.
"Ya, dah siap dah." jawab aku lalu mendekati pintu. Aku buka lalu senyum ke arahnya.
Dani mengangkat kening memandang aku pelik. Pelik kenapa aku sengih-sengih macam ni agaknya.
"Lama betul bersoleknya, nampak sama je."
Terus aku memasamkan muka. Aku jalan melepasinya. "Jahat. Tak nak kawan abang."
Dani gelak kecil. "Tak, tak. You are always beautiful lah sayang." Dani memegang tangan aku lalu mengucup.
Aku menjeling mata ke atas. Masih merajuk. Dani gelak lagi. Dia mendekati aku lalu memeluk badan kecilku. Tangan aku antara dada aku dan dada Dani.
"Nak abang pakaikan tudung untuk sayang ke?"
Terus aku membuntang mata.
"Tak nak! Cukuplah sekali abang buatkan. Dah macam pocong siang tau tak." aku merungut.
Dani gelak kuat. "Sayang yang minta tolong."
"Eee, salah dia tapi tetap salahkan kita pula." kata aku sambil mengecilkan mata.
"Dah tepi. Nanti lambat mak marah pula." aku memusingkan badan. Serentak Dani mengucup cepat belakang leherku. Aku terkejut sekejap tapi aku tidak protes.
Aku menghampiri meja solek pula. Tudung selendang diletakkan di atas kepala. Dani berdiri di belakang aku. Dengan pantulan cerminnya, aku memerhatikan dia. Mulutnya senyum sambil memandang aku.
Aku perasan. Kebelakangan ni, Dani banyak sangat melekat dengan aku. Macam belangkas. Ikut sahaja aku kemana aku pergi. Nak jemur kain pun dia nak teman. Haih. Lelaki siapa ni ha?
Hari ni hari pertunangan abang sulong aku. Mak juga yang suruh gerak saing padahal mak aku boleh je hantar location rumah bakal tunangnya. Disebabkan aku dan Dani dah pindah rumah, kerap betul mak suruh balik. Aku okey je tapi aku kisahkan Dani. Kesian pula dia ulang-alik banyak kali.
Aku meletakkan pin di bahu dan selesai. Dani meletakkan tangannya di atas kepala aku dan kemudian dia mengucup kepala aku yang sudah dilitupi tudung.
"Jom."
Aku bangun dan menahan dia. Dani menyengetkan kepala. Mesti dia menyoal kenapa.
Kedua-dua belah tangan aku menyisir perlahan rambutnya. Turun pula ke bajagian kolar bajunya dan aku betulkan.
"Haih, suami siapalah handasome ni. Penat tengok." kata aku selamba.
Dani gelak lalu meletakkan tangannya di pinggang aku.
"Hai saya single. Awak pun single kan? Jom kita couple."
Aku pula gelak. Zaman bila punya ayat tuuuuuu. Basi dah.
"Diam tanda setuju." Dani mendaratkan bibirnya di pipi kanan aku.
Aku merangkul lehernya.
"Sayang jangan. Tak sampai rumah mak pula nanti. Sampainya katil kita tu." Dani tunjuk katil di belakangnya dengan mata.
Pantas tangan aku naik mencubit perutnya. Ada-ada je dia ni!
Dani gelak kuat.
**************
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...