BAB 5

1.6K 143 21
                                    

Program hampir penghujungnya. Kebanyakannya ada yang ibu bapa sudah pulang. Aku menongkat mukaku dengan tangan. Bosan. Yang lain berjumpa dengan cikgu-cikgu bersama ibu bapa. Kecuali aku. Takkan aku nak kena dengar bebel seorang diri? Dani ni sebelah aku serius menerangkan masalah kepada orang dihadapannya. Muka serius Dani jarang sekali nak dinikmati. 

"Saya rasa tu je masalahnya. Afiq okey je kat kelas. Cuma masalahnya cuai je." Dani menyandarkan badannya di kerusi.

"Dengar tu apa cikgu cakap." wanita tua senyum memandang Afiq. Senyum mak-mak banyak makna. 

"Iya mak." Afiq mengangguk. Muka seperti dah lali dengan maknya yang sebentar lagi akan berleter kepadanya. Aku tahan gelak. Faham sangat. Mak mak memang macam tu. Tahan sahaja daripada nak cubit anaknya sendiri. Saya pernah kena ya. Sabar Afiq, sabar!

"Terima kasih cikgu." wanita tadi membongkok sedikit. Sebelum dia bangun sempat dia senyum kepadaku. Aku turut membalas senyumannya. Mesti mak cik tu pelikkan kenapa aku duduk diam je sebelah Dani. Nak buat macam mana mak cik, cikgu kacak sebelah ni paksa.

Tinggal aku dan Dani berdua lagi. Hembusan berat dilepaskan dari mulut Dani. Aku menoleh. Stress mungkin. Katanya subjek Matematik lah susah nak target. Jika berdasarkan peratus kelulusan, Matematik paling rendah. Kesian juga kat Dani. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku selesa cara Dani mengajar. Cepat faham. Walaupun banyak sangat latihan dia bagi. Tapi tu semua demi kebaikan murid-murid juga. 

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, Teacher Kirana yang berada di hadapan kami mencelah. 

"Are you alright?" 

Aku diam. Aku baru nak tanya soalan tu. 

"Yes, I am."

Aku menegakkan badan. Sedar diri Su. Aku ingin bangun tetapi Dani memegang kuat tangan aku. Aku terduduk semula. Teacher Kirana memandang aku hairan. Dani tak nampak ke aku nak bagi ruang untuk dia orang bersembang. Takkan aku duduk sini semata-mata nak dengar dia orang gelak? 

"You selalu macam tu Dani. Penat tu buat cara penat." Teacher Kirana gelak halus. Dani turut gelak.

Meluap-luap amarah dalam diri aku. Entah kenapa aku rasa aku pula yang macam orang ketiga. Makin aku cuba nak bangun, makin Dani kuatkan pegangannya. 

 "I nak lunch. Lapar." Teacher Kirana mengemas atas meja lalu gantung handbag di bahunya. Dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

Serentak aku menarik kuat tangan aku daripada pegangannya. 

"Are you alright? Tsk."

Aku ajuk semula apa yang Teacher Kirana tanya tadi. Lantaklah dia cikgu aku ke apa. Aku masih tak puas hati. 

"Tak sangka pula Teacher Kirana kenal sangat cikgu sampai tahu penat cikgu macam mana. Impressive."

Aku menjeling mata ke atas. Tiba-tiba Dani gelak. Aku tak buat lawaklah! Aku tayang muka tak puas hati sampailah dia berhenti gelak.

"Okay, sorry. Are you jealous?" Dani mengangkat kening.

Sabar dah melampaui had. Soalan bodoh apa tanya macam tu?! Aku tak jawab, malah aku terus bangun meninggalkan Dani. Orang serius, dia pergi gelak pula ingat orang main-main. Malas.

**********

"Lambat tinggal."

Aku mengangkat kening. Aku baru siap kemas buku latihan, asingkan kerja rumah. Tak sangka banyak. Banyak gila ya! Tengah-tengah asingkan, berbukit kerja rumahnya. Tiba-tiba Dani menerpa masuk masih dengan baju kemeja seperti pagi tadi di sekolah. Aku merajuk sebenarnya dengan dia.

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now