"Inilah isteri saya."
Aku menoleh. Garfu ditangan aku terlepas. Tangan aku kaku dan mata membulat. Ini baru terkejut aku. Belum lagi terkejut orang lain yang ada dalam koperasi ni.
Aku melilau sekeliling. Banyak benda terjadi.
Satu, tuang air dalam cawan sampai tak sedar dah penuh, jadi air sampai melimpah keluar.
Dua, tangan kaku nak menyuap ke dalam mulut kemudian tak jadi.
Tiga, ada yang ternganga sampai air keluar daripada mulut.
Empat, air tersembur keluar daripada mulut.
Semua kepala terarah ke arah aku dan Dani. Mata masing-masing membulat tidak terkebil memandang aku dan Dani. Sunyi tiba-tiba suasana dalam koperasi. Hanya terdengar bunyi aircond sahaja.
Tiba-tiba terdengar orang menolak pintu koperasi. Semua serentak menoleh ke arahnya. Ah, hanya murid biasa. Tengok raut wajahnya seperti terkejut.
"Maaf saya ganggu!" terus dia lari.
Aku meraup muka. Haih, sudah. Macam mana aku nak jelaskan ni? Aku berpaling dan Dani seperti biasa. Senyum bangga dan tayang muka tak bersalah. Tangannya masih memegang tangan aku.
"Saya rasa......saya nak ke tandas."
"Saya pun.. saya nak.. errrr jalan-jalan."
"Saya nak hirup udara sekejap."
"Saya pun!"
Satu-persatu keluar dari koperasi dan tinggal aku, Dani dan cikgu-cikgu. Aku hembus nafas sekali. Siapa je tak terkejut beruk dengar berita macam tu.
"Jadi, apa kisahnya? Macam dalam drama tak? Saya nak tahu!" Cikgu Hanim menerpa.
"Pandai awak rahsiakan ea?"
"Mesti ada swet-sweet kan dalam kelas?"
Aku pula yang terkejut. Tak sangka dapat reaksi yang positif. Aku ingatkan aku kena kecam. Semua macam nak tahu kisah aku dan Dani. Hihihi
Dani mula membuka cerita. Semangat betul semua dengar. Ada kalanya mereka gelak, mereka terkejut, sedih dan marah. Aku hanya diam, menikmati kek yang terbantut tadi.
Mata bertembung dengan Teacher Kirana. Aku mengangkat kening. Aku tak tahu macam mana nak terangkan reaksi Teacher Kirana. Diam sahaja. Teacher Kirana mestilah dah tahu sebelum ni.
Marah? Bukan masalah aku.
**************
Aku melipat taangan di dada sambil memberikan pandangan helang kepada sang suami.
Dani asyik mengelakkan pandangannya daripada aku. Aku mengecilkan mata. Terpaksa pakai taktik aku.
"No more morning kiss." kata aku tegas.
"Ha?!" Dani melopong dan terus menarik tangan aku.
"Okey! Okey! Sorry! I am so sorry!!"
Aku senyum jahat. Baru aku puas. "Berani abang cakap macam tu je? Tak beritahu sayang dulu pula tu."
Dani meramas jari-jemarinya.
"Sebab... abang tak tahan... ab..abang.. nak satu dunia tahu.... sam.. sampai bil.. sampai bila kita nak berahsia.... kan? Kan?"
Aku pegang dada aku.
Erghhh, shining! Jangan cair wahai hati! Sabar, sabar.
Macam serupa kucing minta makanan dah!
Baik, saya mengalah!
Aku menarik dan menghembus nafas. "Kalau abang buat macam tu lagi, tidur luar jawabnya."
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...