BAB 17

1.3K 136 4
                                    

Aku menggaru kepala. Mata menjeling lagi ke arah Dani. Dia tidak pandang aku. Bagi cara nak halau lelaki depan aku ni secara lembut please! Cikgu ni tak nampak ke ada Dani kat depan aku tu, dengan pegang garfu macam nak cucuk dia.

"Errr, terima kasih." aku senyum.

Sumpah kekok. Dia masih diam berdiri memandang aku. 

"Cikgu, sorry. Tapi tu suami saya." aku tunjuk ke arah Dani.

Lelaki itu menoleh dan diam lagi. Tak terkejut, macam dia dah tahu-tahu je. 

"Oh, okay."

Hampir tersembur air oren dalam mulut aku. Oh, okey??????????? Tak, masalahnya ni. Tolonglah pergi! Aku tak nak kau lah!

"Sorry not sorry, saya tengah dating dengan isteri saya." kata Dani tegas.

Sekarang meja kami menjadi tatapan. Ada yang memandang ke arah kami dan membisik. Aku meraup muka. Haih, hari ambil result SPM aku nak gembira. Bukan macam ni.

"Oh."

Aku membulatkan mata. OH????????????

Kenapa aku rasa lelaki ni nak cari gaduh? Betul ke dia ni cikgu? 

Bukan.

Dia ni tak faham bahasa ke? Tengoklah tu masih pandang aku dengan sengih dan muka tak bersalah. Aku berpaling ke arah Dani. Terserlah urat-urat tangannya timbul. Dani menahan marah. Garfu ditangan dia memegang kuat.

Aku panjangkan tangan dan memegang tangannya. Dari tadi matanya tidak pandang aku. Selepas aku usap perlahan, matanya terarah ke aku. Aku senyum. Cuba nak menghalang dia dari mengamuk. Aku takut silap-silap bertumbuk je sekarang ni.

Dani menghembus nafasnya sekali. Cuba bertenang.

"Cikgu. Boleh tak cikgu pergi?"

Bunyi kasar bila aku cakap macam tu tapi lantak pula aku. Aku tak kisah. Dia nampak padahal aku dengan suami aku, aku dah cakap kat dia yang aku dah kahwin, dan dia masih tayang muka tak bersalah. Bukan Dani yang bertumbuk dengan dia, aku pula yang lempang laju-laju kat dia nanti.

Lelaki itu ketawa perlahan. 

"It's just a joke." 

Joke hotak diaaaaaaaa.

"Saya pergi dulu. Enjoy your date."

Ha sila sila pergi!

Sebelum lelaki itu melangkah pergi, dia berhenti di sebelah Dani. Aku memerhatikan gerak-gerinya. Tangannya diletakkan di bahu kiri Dani. Dani diam, kemudian dia mempamerkan raut wajahnya yang marah. Lelaki itu menepuk dua kali bahu Dani lalu pergi. 

Lelaki tu.... Cakap apa kat Dani?

Mata teralih ke susuk tubuh belakangnya lelaki itu yang semakin jauh. Eeee, elak aku baling je garfu ni kat dia. Aku pandang Dani semula. Dah rosak mood dating aku dengan Dani. Ini semua salah lelaki tu!

Sepanjang aku dan Dani menjamah makanan, kami diam. Usai selesai, Dani bangun. Aku mengikuti dan pergi kaunter untuk bayar. Bergerak pula ke kereta. Masih diam. Mata aku tak lekang memandang Dani. Dani beku. Muka tidak menunjukkan reaksi. Tidak tanya aku apa-apa.

Aku nak bergurau pun fikir banyak kali. Dapat rasa mood marah dia. Seram pun ada. Dalam kereta bertambah sejuk sebab mood dia. 

Sumpah, kalau aku jumpa lelaki tu lagi memang aku cekik dia. Sanggupnya dia buat suami aku macam ni! Dia cakap apa kat suami aku ha sampai Dani macam ni?! Tanpa sedar, aku menghentak fail kuat di peha aku. Nampak dia ternaik bahunya dan kepala berpaling ke arah aku. Aku mengetap bibir. Geram sangat ni. 

"Lelaki tu cakap apa?" aku menyoal. 

Diam.

"Eeee patutnya sayang cucuk je garfu kat biji mata dia. Geramnya!" aku mengamuk sambil menghentak fail beberapa kali di peha aku. 

Dani memegang tangan aku lalu mengambil fail. Dia meletakkannya di kerusi belakang. Nampak tak? Tak pasal-pasal fail juga jadi mangsa. Dah lah ada result dalam tu. Kesian fail aku. 

Aku mengeluh perlahan. Tangan dinaik dan mengusap kepala Dani. Kurang sedikit kerutan di dahinya. Hilang sedikit mood marah dia. Aku turunkan tangan dan mengusap pula pipinya. Dia memegang tangan aku di pipinya. Dani menutup mata dan menghembuskan nafasnya sekali.

"Kesian suami sayang ni. Jangan layan lelaki macam tu. Lepas ni sayang halau secara kasar okey!" kata aku dengan semangat.

Dani ketawa. Dia meletakkan kepalanya di bahu aku. Aku menggosok perlahan belakang badannya.

"Patutnya sayang bagi abang belasah dia tadi." kata Dani.

Aku senyum. 

"Dia cakap.... sayang tak semestinya dengan abang. Bila-bila masa je dia boleh curi sayang."

Derrrrrrrrrr. Sekali lagi otak aku jem. Apa benda lelaki tu cakap macam tu? Ingat budak rempit ke?

"Pastu abang marah?" aku menyoal.

Dia mengangguk perlahan. 

Lahhhhh, suami aku ni pun! Aku menjarakkan badan aku lalu memegang pipinya. Aku menekan.

"Mana Dani Amsyar sayang? Pulangkan Dani Amsyar saya!" aku menjerit sedikit.

Dani berkerut. Aku ketawa. 

"Dani Amsyar tak macam ni. Abang tak senang sangat marah. Lagi-lagi macam tu. Come on abang. You know yourself. Setakat dia cakap macam tu, sayang nak termuntah ada lah. Jijik pun ada. Buekk."

Dani fokus apa yang aku cakap.

"Pastu dai cakap bila-bila masa dia curi sayang? Euw. Tiberrr betul."

Dani gelak kecil.

"Jadi, abang jangan jadi lemah sebab dia cakap macam tu okey. Tak best lah asyik diam je tadi. Sunyi tau." aku merungut. Sunyinya tu macma dalam kereta ni tempat perkuburan tau tak.

Dani memegang tangan aku lalu mengucup lembut tapak tangan aku. Bagi dia kata-kata semangat macam tu je aku mampu. Kalau mampu yang terlebih memang aku papar muka lelaki tu jadi wanted. Tak pasal-pasal dia jadi buruan polis. Sebabnya menggatal. Padanmuka.

Jahat betul aku.

"Okey dah jom menghirup udara pantai!" aku membuka tali pinggang aku. Excited.

Dani merentap lengan aku. Aku menoleh. 

"Thank you sayang." Dia mendekatkan wajahnya lalu mengucup lembut dahi aku.

Aku senyum.

"Most welcome."

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now