"Mama! Papa main tipu!"
Aku menggeleng. Apa lagilah Dani kenakan Haidar kali ni. Penat Haidar asyik kena prank dengan bapanya sendiri.
Aku mengelap tangan yang basah dengan kain lap di kabinet. Aku memusingkan badan dan menunduk menghadap Haidar.
"Papa tipu apa tu?"
"Papa kan-"
"Eh, tak okey! Papa tak main tipu. Betul lah dadu papa baling tu." Dani muncul dan berdiri di belakang aku.
"Mana ada. Haidar nampaklah. Papa tak baling pun!"
Mata aku terkebil-kebil. Biasa dah dua orang ni gaduh dekat dengan aku. Haidar di depan, Dani di belakang. Aku berada di tengah-tengah. Telinga aku mendengar sahaja mereka bergaduh dan membebel. Aku bersandar di kabinet sambil tangan melipat di dada.
"Maaa tolonglah Haidar."
"Sayang, tengoklah tu."
Sebelah sini Haidar tarik baju aku, sebelah sini pula Dani menggoyang-goyangkan bahu aku. Terus aku mengeluh kuat. Aku mencekak pinggang. Mereka di hadapan aku terus menundukkan kepala.
"Gaduh, gaduh lagi. Hari ni dah berapa kali Haidar main baling dadu tu dengan papa? Have you done your homework Haidar?"
Haidar sengih. "Not yet mama."
Aku menggeleng. "Sengih-sengih. And you papa."
"Yes sayang." Dani mengangkat kepala memandang aku.
"Abang tu dah besar panjang ajak Haidar main game ni kenapa? Bukan ke sayang suruh abang ajar dia Matematik? Kenapa tiba-tiba pasal baling dadu pula ni?"
Dani pula sengih. "Hehehehe."
Aku menggeleng lagi. Elok betul dua beranak ni. Sebiji sangat perangai.
"Garang betul mama kan papa?"
"Kan Haidar? Kita main sekejap je."
Aku senyum kecil. Boleh pula bisik-bisik depan aku. Aku buat muka garang kembali.
"Hah, bisik-bisik apa? Ingat mama tak dengar ke?"
Mereka sama-sama gelak.
"Now, do your homework."
"Yes boss!" Dua-dua menjerit serentak. Sempat Haidar mengucup pipi aku lalu pergi meninggalkan aku. Aku senyum.
Tangan kembali mengelap kabinet dapur.
"Garang betul mama ni." Dani mendaratkan bibirnya di belakang leher aku lalu menyandarkan dagunya di bahu aku pula. Tangan kiri dan kanannya bersandar di kabinet. Aku berada di tengah-tengah.
Aku ketawa kecil.
"Macam tak biasa."
Aku memusingkan badan lalu merangkul leher Dani. Tiba-tiba Dani mengangkat tubuh badan aku sehingga aku terduduk di kabinet. Terkejut sekejap aku. Tangan aku masih merangkul lehernya.
"You are doing great today sayang as always. Amazing mama." Dani mengucup pipi aku kiri dan kanan.
Aku senyum. Ayat yang selalu Dani akan bagi setiap hari. Tau tak, dengar ayat macam tu hilang penat lelah sebagai seorang ibu.
"You are doing great too papa. Our hero." tangan aku mengusap rambutnya.
Mata Dani memandang mata aku kemudian turun ke bibir aku. Dia mendekatkan mukanya ke muka aku. Aku tidak menghalang.
"Mama."
Kami berdua menunduk. Ya Allah si kecil ni.
"Papa, cepatlah ajar Haidar!"
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...