Aku menarik bagasi aku mendekati belakang bonet kereta Dani. Dani diam berdiri disitu sambil memandang aku. Aku juga diam. Kalau dia boleh buat aku, aku pun boleh buat dia. Aku dah penat macam ni.
Aku memusingkan badan. Mata langsung tidak memandangnya. Aku mengambil pula beg aku yang aku letakkan di depan lif tadi. Aku angkat lalu menghampiri Dani semula. Tangan Dani baru sahaja ingin mengambil, terus aku tepis.
"Tak perlu."
Aku meletakkan beg aku di dalam bonet keretanya. Tanpa sepatah kata, aku melangkah ke depan. Kereta dibuka lalu aku duduk. Dani juga membuka pintu keretanya di bahagian pemandu. Aku menarik tali pinggang. Kepala menghadap luar tingkap. Sumpah aku penat dah macam ni. Dia langsung tak cakap apa-apa. Dia tak tanya apa-apa. Ingat aku tiada perasaan ke?
Dani mula hidupkan enjin kereta kemudian dia bergerak keluar. Kawan-kawan aku semua pulang awal, jadi tiada siapalah nak tengok aku balik sekarang ni. Sepanjang perjalanan diam sahaja. Dani tak cakap apa-apa, aku tak cakap apa-apa, radio pun tak dibuka. Memang sunyi habis lah dalam kereta tu. Kalau orang tengok pun mesti pelik.
Tangan Dani kuat memegang stereng kereta. Dia tidak memegang tangan aku seperti biasa. Perjalanan daripada Penang sampai ke Kuala Lumpur empat jam. Sekejap sangat. Tup-tup sampai sudah di rumah. Bukan rumah Dani, tetapi rumah ibu dan ayah Dani.
Baru sahaja aku nak keluar, Dani memegang lengan aku.
"Sayang, what's wrong? Kenapa ni?"
Aku menarik tangan aku. Aku berkerut. Tersambung kening. Baru sekarang dia nak tanya?
"Baru sekarang abang nak tanya?"
Dani mempamerkan muka sedih.
"Sayang, I have to."
Terpaksa? Terpaksa sebab apa????????????
Terasa sesak nafas dalam kereta, aku menolak pintu kereta. Aku menyandarkan badan aku. Aku memegang dada aku cuba untuk mengambil nafas dengan betul. Sudah lama aku tidak kena anxiety attack. Kenapa perlu serangan ini kena sekarang?
Aku perlukan Dani.
Aku menoleh. Dani hanya berdiri di sebelah aku. Tidak berbuat apa-apa. Riak wajahnya bercampur-baur. Cemas dan sedih. Tapi, tindakan Dani tiada. Dani genggam tangannya kuat.
Kenapa? Apa jadi? Kenapa Dani tak buat apa-apa? Apa yang Dani terpaksa?
Kalau Dani tak buat apa-apa, biar aku yang melangkah. Aku menapak ke hadapan, Dani menapak ke belakang. Aku terkejut. Kenapa........
Tubir mata terasa panas. Perlahan air mata turun. Automatik anxiety attack aku hilang. Aku menggigit bibir. Aku tak cakap apa-apa, terus aku melangkah masuk ke rumah. Buka sahaja pintu, tersembul muka Puan Khadeeja. Terkejut mukanya melihat muka aku yang sedang menangis.
Puan Khadeeja ingin bersuara tetapi aku menundukkan muka. Dia mendekati aku.
"Suria naik atas, rehat dulu okey." dia mengusap perlahan pipi aku. Aku mengangguk sekali.
Lantas kaki aku melangkah dan menaiki tangga satu-persatu.
.............................................
DIA CENGGINIIIIII, SAYA BUAT PENDEK SEBAB KANNN CITE NI NAK ENDING TAUUU SUMPAH TAUU NI TAK TIPUUUU 🤪🤪🤪🤪
JADIII UPDATE YANG TERBARU AKAN DATANG MEMANG AKAN PENDEK TAUUU DALAM 500+ WORDSSSSSS SEBAB NAK ENDING WEHHHkang aku letak semua sekalii kat bab ni lah tibehhh habissss 😂😂😂😂
OKEY NAK FLEX PROFILE PICTURE BARUUU HEHEHEHE
Instgram: ayaroseeeee
Twitter: ayaroseeeee
TikTok: ayarose970
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Roman d'amour[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...