BAB 8

1.4K 121 18
                                    

"Mana dia orang semua dapat nombor sayang?"

Aku menggeleng. "Tak tahu."

Gerahang Dani bergerak. Aku dah agak memang Dani akan marah. Tiada guna aku nak sembunyikan daripada Dani. Memang Dani akan dapat tahu.

Dani mengepal tumbukannya. Lambat-lambat aku membawa tanganku lalu mengusap tangan Dani. Cuba menenangkannya serba sedikit.

"Sebab ni ke sayang nangis?"

Aku tidak menjawab. Dani meletakkan phone aku semula di atas katil.

"Maafkan abang." Dani menghembus nafasnya sekali.

"Abang marah sangat. Kalau boleh abang nak call nombor-nombor tu semua sekarang juga, marah dia orang balik. Abang tak suka ada orang hina sayang. Sayang tak buat apa-apa."

Dani mengusap kepala aku.

"Ke memang sayang nak abang call dia orang semua?"

Aku membuntangkan mata. "Ish, tak payahlah. Sayang boleh block je nombor-nombor tu semua."

"Kenapalah ada juga orang yang dengki sayang?"

Aku senyum pahit. Bukan sekali ni aku kena kecam dan dapat hinaan macam gitu. Banyak kali terutama sekali di sekolah. Aku hanya jalankan tugas aku sebagai pengawas. Dia orang tak ikut peraturan aku tegurlah. Tak sangka belakang aku, dia orang bukan main maki hamun. Bila depan aku diam meniskusss.

Aku tak beritahu siapa-siapa pasal ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi pula nanti. Jadi, lebih baik aku diam. Tak sagka aku berdiam diri ni pun masih ada yang menghina. Allahuakbar.

"Tak apalah. Lagi pun sayang dah nak habis sekolah. Malas nak layan. Cumanya sedih dengan sakit hati je." kata aku.

"Kalau ada apa-apa, tolong beritahu abang. Beritahu abang semuanya. Jangan simpan rahsia please. Sayang luahkan semuanya kat abang."

Aku senyum. Bersyukur dapat suami macam ni. Macam manalah kalau Dani tiada depan aku sekarang ni? Meraungkah aku? Menangiskah aku?

"Thank you husband."

Dani mengusap pipi aku."I hate seeing my sayang cry."

**************

Aku berjalan melepasi pejabat. Pelik juga dari jauh nampak banyak kasut sekolah tersusun depan pintu pejabat. Serentak muka Teacher Kirana tersembul keluar lalu memandang aku.

"Panjang umur awak Suria. Come here, pengetua panggil."

Hampir tercekik bila Teacher Kirana cakap pengetua panggil aku. Tepat-tepat pula tu aku lalu depab pejabat ni.

Aku menyuruh kawan-kawan aku pulang ke kelas dahulu. Selepas ni waktu Dani, tak apalah aku lewat sikit. Aku membuka kasut dn menolak pintu kaca pejabat.

Hampir tercekik sekali lagi. Kat pejabat ni ada buat kenduri ke? Pejabat penuh dengan muka-muka pelajar yang aku tak kenal. Ada yang aku kenal, ada yang tidak. Kira-kira 10 orang pelajar. Masing-masing berdiri menunduk menghadap pengetua. Dan disebelah pengetua adalah Teacher Kirana.

"Suria, awak masuk bilik saya." arah pengetua.

Aku ikut dari belakang. Mata menangkap murid-murid yang berada dalam pejabat tu menjeling aku. Aku abaikan.

Usai masuk dalam bilik pengetua, pengetua menyuruh aku duduk pula. Aku hanya mengikuti.

"Dani beritahu saya semuanya."

Aku mengangkat kening. Hairan. Beritahu apa?

"Yang awak dapat banyak kecaman dan hinaan. Macam-macam nombor yang tak kenal mesej awak."

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now