BAB 13

1.3K 130 8
                                    

"Apa?!"

Aku ketawa. Terkejut sungguh tu. Bercampur baur raut wajahnya. Sedih dan marah.

"Pastu sayang bagi ke?" soal Dani.

Aku senyum senget. Mula nak fikir jahat.

"Mestilah bagi."

"Ha?!" Dani terkejut sekali lagi. Aku menutup mulut gelak tengok reaksi terkejut dia.

"Tiadalah. Mestilah sayang tak bagi. Sayang tunjuk cincin kahwin, beritahu yang sayang dah kahwin." aku menjelaskan. Nanti mengamuk pula dia.

"Cincin. Mana cincin tu?"

"Ada, ni-" aku terdiam. Aku lihat jari manis aku lalu aku pegang. Aku lihat pula pada sebelah tangan aku. Eh? Eh tak de?!

EH?! 

Macam ada! Eh, ada lah tadi! Balik sekolah tadi aku siap sarung sendiri. Pastu aku mandi, solat. Masih ada. Ehhhhhhh

Aku pandang Dani. Dani pelik dengan aku. Aku memasamkan muka. Kalau aku cakap cincin kahwin aku hilang, dia marah ke? Nak nangis lah macam ni. Aku langsung tak perasna sejak bila pula cincin kahwin aku hilang. Aku langsung tak tahu. Nangis lah macam ni.

"Hilang ke?" Dani bersuara.

Aku tidak mangangguk. Geleng pun tidak. Takut kena marah dengan Dani. 

Dani gelak halus. Dia mengangkat tubuh aku perlahan dan meletakkan aku di ribanya. Aku terkejut sekejap. Dani mengambil tangan kanan aku lalu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. 

"Happy birthday again sayang." Dani menyarung cincin di jari manis aku. 

Aku melopong sekejap. Macam mana boleh ada kat Dani?

"Nampak tak sayang punya merajuk tu sampai tinggalkan cincin kat abang pun tak perasan." 

Aku mengusap cincin tu. Mahunya aku menangis bila cincin aku ni hilang betul-betul. Sebelum ni dah lah jarang aku pakai kat jari aku, sebab sekolah. Ni dah habis SPM, memang aku pakai lah puas-puas. Tiba-tiba teringat pula semasa di Pantai Minyak Beku. Pasangan yang mengambil gamabr sama-sama. Teringinnya. Tak pernah lagi bersanding. Haih, teringinnya.

"Dah malam lah. Tidur." kata aku. Belum masanya lagi nak bersanding. Sabar.

"Hari jadi sayang, sayang tak nak apa-apa ke?"

Terhenti tangan aku menarik selimut. Aku mengangakat kening dan menggeleng. 

"Tak tahu nak apa."

"Kiss nak?"

Aku mengecilkan mata. "Malas lah abang ni. Ngantuk, ngantuk."

Dani gelak lalu dia cium pipi aku beberapa kali. 

************

Selepas 4 bulan

Aku menguap perlahan. Tangan mengatup mulut. Tak elok menguap mulut terbuka besar. Tutup mulut bila menguap ye, syaitan masuk kang! Aku melihat jam di dinding. Dekat pukul 1 pagi, patutlah mengantuk. Aku meletakkan novel di meja bersebelahan katil. Aku selak selimut lalu kaki diturunkan dari katil. Badan ditegakkan, mata melilau sekeliling.

Sepi. Sunyi. Aku mengeluh. Terimbau kembali zaman sekolah sewaktu tingkatan 4. Bermulanya kisah perkahwinan aku dan Dani. Koma 5 bulan. Masih tak percaya yang aku selamat dari kemalangan. Rasa macam baru semalam. Tak lupa juga Raif. Aku redha dengan pemergian Raif.

Seperti biasa, tak ramai yang tahu pasal aku dan Dani. Sampai sekarang tak ramai lagi yang tahu. Mengorat dia tu memang ada, cemburu tu memang ada. Kalau boleh nak je aku buat pengumuman besar-besaran, cikgu tu husband aku! 

Selepas habis sekolah, aku kerja di koperasi sekolah. Cikgu Hamizah yang menawarkan. Aku rilek je, yang paling beria mestilah suami aku. Kat rumah nampak muka dia, kat sekolah nampak muka dia lagi.

Dani act cool kat sekolah? Mestilah tidak. Kalau tiada orang, sempat je dia pegang tangan aku. Pastu tiba-tiba rajin datang koperasi. Padahal tiada benda nak beli. Main-main mata dengan akulah. Siapa suruh comel sangat ni? Suami siapa ni? Suria Nafisha punya! Tepuk sikit!

Aku angkat kaki lalu keluar daripada bilik. Aku pergi ke bilik kerja Dani pula. Ruang tamu sudah gelap, tinggal biasan cahaya daripada bilik kerja Dani. Pintu tidak ditutup rapat. Aku mengintai dulu. Manalah tau tetiba mood dia tak berapa elok sekarang ni. Mungkin sebab sekarang bulan peperiksaan. Aku tak faham sangat kerja cikgu ni tapi aku kesianlah.

Aku tolak daun pintu perlahan lalu menutup kembali. Dani tidak menoleh. Mata masih menatap skrin laptop. Fokus sangat tu sampai aku masuk pun dia tak perasan. Ada beberapa kertas bertimbun bersebelahan laptop. Nampak susah betul kerja cikgu ni. Dani mengajar banyak kelas, kena menanda kertas pun mestilah banyak. Subjek Matematik pula tu.

Aku mendekati lalu memegang kedua-dua bahunya.

"Astaghfirullah." Dani istighfar, terkejut dengan tiba-tiba aku.

Aku gelak kecil. "Sorry."

Aku mengurut perlahan bahunya. Dani mendongak memandang aku.

"Kenapa tak tidur lagi ni ha?" Dani menekan pipi aku dengan sebelah tangannya menyebabkan bibir aku muncung macam itik.

"Cakap kita pula, awak tu kenapa tak tidur lagi ha?" aku menyoal dia kembali. Rambutnya aku sisir dengan tangan. Simpati juga dengan suami aku ni. Dah berapa hari tidur lambat. Nak tolong tak dibagi. Aku cium sekejap dahinya.

"Eleh, rindu kita lah tu!" hidung aku dicuit.

Aku menjeling mata ke atas.

"Rindulah sangat. Kira 24 jam hadap muka abang. Nasib baik tak bosan." kata aku.

Serius 24 jam. Pergi sekolah dengan dia, balik pun dengan dia. Kat rumah jumpa dia lagi. Nampak tak? 24 jam weh! Nasib baik Dani ni pergi sekolah awal, jadi tak ramailah yang nampak. Balik pun petang, pun tak ramai pelajar lagi. Hadap je lah awaknya dengan suami ni.

Aku duduk bersebelahannya. Tangan Dani tidak lepas dari tangan aku.

"Esok kan sayang kerja. Mana elok tidur lambat. Tak baik untuk otak."

Dah start dah mood makcik Dani. Bila Dani membebel, memang padu ya. Menusuk sampai ke pangkal jantung. Bukan pangkal hati lagi dah. Tapi jantung.

"Kata orang yang dah banyak kali tidur lambat." kata aku sambil mencebik.

Dani ketawa.

"Nak buat macam mana? Macam ni lah kerja cikgu. Haih, kalau boleh abang nak lekat je dengan sayang tau tak. Nak tukar job lah macam ni."

"Tukar kerja, jadi apa?"

Dani berfikir sejenak.

"Hah! Suri rumah."

Aku mengecilkan mata.

"Mengada. Cita-cita abang kan." aku pukul perlahan tangannya. Dia ni bukan boleh percaya. Cakap main-main, pastu tiba-tiba buat betul. Terkejut beruk aku macam tu.

"Penatlah sayang!" Dani merengek.

Kepalanya disandarkan di bahu aku. Aku gelak kecil.

"Apa yang boleh sayang bantu hilangkan penat abang?" soal aku. Kasihan pula.

Dani geleng sekali. "Macam ni sekejap pun okey." 

Macam ni? Oh, peluk macam ni. Aku ketawa. Aku menggosok belakang badannya. Terdengar Dani yang menghembus nafasnya perlahan beberapa kali. Kesian suami aku ni. 

Tiba-tiba teringin pula nak Dani berehat sepuas-puasnya. Dah lama juga ni tak bercuti. Aku memanglah cuti tapi Dani tidak. 

Macam mana kalau doa aku ni makbul minta Dani cuti lama-lama? Jahat tak ea?

.......................

HAPPY 1K READS EVERYONEEEEEE <3

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now