Patut ke aku beritahu Dani? Aku mengintai Dani yang menghadap laptop. Mata dia fokus. Aku menggigit bibir. Aku ambil phone lalu aku keluar dari bilik kerjanya. Pintu aku tutup perlahan. Aku menghala ke bilik tidur.
Aku memandang skrin phone yang gelap. Aku dah block nombor yang selalu call aku. Tak sangka dia pakai nombor lain. Sekali tu aku angkat ingatkan orang tu salah nombor. Aku hello banyak kali tapi tidak bercakap. Ni dia call banyak kali lagi sama seperti sebelumnya. Kali ni memang kena maki hamun dengan aku.
Tak lama kemudian phone bunyi. Aku terus angkat.
"Cakap terus terang. Kau nak apa?" aku terus menyoal, tiada salam.
"Hihihi."
Aku menjauhkan phone dari telinga. Meremang bulu roma. Boleh pula gelak! Aku rapatkan semula.
"Kau tak akan lepas."
Aku mengecilkan mata. Apa benda?
"Sorry, awak salah nombor." Baru sahaja aku nak letak, dia bercakap lagi.
"Kau tak akan lepas. Kau akan mati. Kau akan mati. Kau akan mati. Sama aku buat dulu. Kau akan merana. Aku akan bunuh kau. Kau-"
Aku terus matikan. Nombor tadi aku block. Menggigil badan aku. Tenang Su. Tenang. Dia salah nombor. Dia salah nombor. Bukan aku. Tenang. Lebih-lebih lagi itu adalah suara perempuan.
Aku keluar dari bilik dan melangkah bilik kerja. Dani sudah baring di sofa dengan lengan tangannya diletakkan di mukanya. Aku duduk disebelahnya.
Nak beritahu ke? Tapi aku dah block. Mungkin tak perlu.
Aku menyentuh bahunya. "Abang, tidurlah dalam bilik."
"Hmm. Sayang tidurlah dulu, abang ada banyak kerja lagi." Dani mengiring ke sisi membelakangi aku.
Penat sangat kut dia. Aku mengusap perlahan rambutnya lalu keluar dari bilik kerja.
**************
Aku membuka mata. Aku berpaling ke sisi, Dani tiada. Aku pandang jam, dekat pukul 3 pagi. Dia ada kerja lagi ke? Kerja apa cikgu buat sampai tak siap-siap?
Aku tegakkan badan dan bangun. Aku melangkah ke bilik kerjanya. Lampu masih menyala. Pintu terbuka sedikit. Baru sahaja aku ingin menolak daun pintu, terdengar suara Dani.
"I'm not sure."
Aku terus sembunyi. Badan disandarkan di sebelah pintu.
"Yup, Suria macam tak tahu."
Nama aku disebut? Aku tak tahu apa?
"She's sleeping right now."
"I tak tahulah Kirana. Tengok dulu macam mana."
Aku mengatup mulut aku. Telinag aku memang tak silap dengar. Dani menyebut nama Kirana. Teacher Kirana ke? Pukul 2 pagi dia orang cakap pasal aku. Tapi pasal apa? Kenapa?
"Doakan aku. Thanks."
Aku melangkah laju ke bilik tidur semula lalu aku baring mengiring. Terdengar pintu bilik dibuka, aku terus menutup mata. Katil terhenyak menandakan Dani baring disebelah aku.
Beberapa minit kemudian sunyi-sepi. Aku mencelik. Tiada pelukan, tiada ciuman. Tanpa sedar air mata aku gugur.
***************
"Barang dah ada semua?"
Aku menoleh sekilas. Boleh kira bersepah ruang tamu ni sebab aku baru habis berkemas. Esok nak gerak dah ke Penang.
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...