BAB 22

1.3K 121 2
                                    

Aku berdiri di luar kereta di sebelahnya. Dani masih memegang tangan aku. Ikutkan aku tak nak je lepas! Sebulan lebih tu lama tau, bukan sekejap je.

"Cepatlah balik. Orang tengok tu." kata aku. 

"Abang kena halau ke?"

"Ya."

Dani memonyokkan muka. Aku ketawa. Dani mengundurkan kereta. Tangan sentiasa melambai ke arah Dani. Dani juga melambai ke arah aku. Argh, macam nak kejar je. Mata tak lepas dari memandang kereta Honda City sehinggalah hilang dari pandangan aku. 

Sekarang aku rasa sunyi. Haih. Aku memusingkan badan menghala ke lif. Sampai di aras aku, aku pun melangkah semula ke rumah. Ternampak ada seorang perempuan yang menghala bertentangan dengan aku. Macam kenal.

"Suria Nashifa ke tu?"

Aku mengangkat kening. 

"Farah Fatihah ke tu?"

Kami sama-sama gelak. Terus aku mendekatinya. Sebelum daftar kolej, aku dah berjanji dengan Faha sebab ketulan daftar hari yang sama. Dapat rumah sama agaknya. Oh, memang dipanggilnya Faha sebab dia yang suruh. Kita ikutkan sahaja.

"Kau tak habis angkat barang lagi ke?" aku menyoal. 

Aku kenal Faha ni pun sebab kita orang sama-sama jadi ahli kelab MELTECH. 

"Belum." Faha menjawab.

"Nak aku tolong tak?"

"Tak apa, kau belum kemas lagi kat dalam tu kan?" 

Aku mengangguk. "Okey, nanti apa-apa panggil."

Aku sambung melangkah ke rumah. Setakat ni belum penuh lagi rumah ni. Afrina masih lagi belum selesai berkemas. Aku nak ajak selfie tapi aku malu! Sumpah sopan gila Afrina ni. Aku nak tegur pun takut. 

Aku membuka bagasi aku. Sunyi bilik. Bunyi kipas sahaja yang aku dengar. Sesekali mata aku menjeling ke arah Afrina. Fokus sangat tu mengemas. Tak apa Su. Kita kena berani!

"Errr, Afrina jom selfie!" aku mengangkat phone aku.

Afrina ketawa kecil. "Malu lah."

"Alaaa tak apa, tak yah malu-malu." 

Misi selfie berjaya. Gambar tadi aku hantar ke mak aku sebab mak aku beria betul nak tengok siapa roomate aku. Dan mak aku beria nak tengok biliknya macam mana. Mak tak nak tengok aku ke apa?

Sedang aku mengemas, aku tiba-tiba teringat sesuatu. Masya Allah aku ada kelas lah! Pantas aku mengeluarkan laptop. Link google meet sudah diberikan oleh pensyarah. Ah, macam mana aku boleh terlupa. 

Kelas masih lagi berlangsung. Aku pun dengar sahajalah walaupun tak fokus sangat. Tak habis kemas lagi. Selepas setengah jam, kelas pun habis. Aku pergi ke tandas pula. Boleh tahan. Bersih semuanya. 

Aku keluar dari tandas, ada perempuan lain menyergah. 

"Su tahu tak wifi UITM?"

Terkejut aku. Aku pandang dia sekali lalu mengambil phone nya.

"Tahu-tahu." Sedang aku masukkan password, dia menyoal aku.

"Suria ni ketua batch tu kan?" 

Orang kedua kenal aku sebab ketua batch. Aku gelak lalu mengangguk.

"Wah!"

Ternaik bahu aku mendengar perempuan depan aku jerit. Siapa nama dia ea? Aku tak kenal ramai orang pun sebab tak habis lagi semester 1. Lagipun jumlah semester 1 adalahs eramai 91 orang. Pecah otak nak ingat nama semua.

"Oh iya, malam ni semua free tak agak-agak kita gotong-royong rumah jom. Bersepah gila rambut entah siapa-siapa kat bilik aku tu."

Okey perempuan ni memang masuk air. Ngam sangat ni. Tapi jangan terjah dulu Su. Kita slow slow. 

"Boleh je. Malam ni baut apa je." aku menghulurkan phone semula ke dia.

"Beressss."

*****************

"Tak habis lagi ke kemas Piena?" aku baring menghadap Afrina yang masih lagi berkemas. 

"Belum."

Alhamdulillah tak sampai sehari aku dah boleh ngam dengan Afrina. Tak sangka dia ni pun masuk air juga. Lebih dahsyat lagi baru je tadi dia simpan nombor aku dengan nama, Suria Semongko. Tak apa, kita biarkan. Aku pun simpan nombor dia, Afrina Semongko. 

"Yang lain pergi turun kafe, kau nak pergi tak?" aku menyoal. Bosan juga terperap dalam bilik. Aku tak pernah turun kafe lagi.

Skrin phone gelap aku pandang sekali. Dani pun tidak menelefon aku sekarang ni. Dah sampai ke dia? Aku ada menghantar mesej kepada Dani di Whatsapp tapi dia masih belum balas. Masih memandu agaknya. 

"Jom lah. Hirup udara malam."

"Okey."

Aku dan Afrina bersiap. Ala kadar sahaja. Aku menyarung kardigan dan juga tudung sarung. Masih belum meriah lagi rumah ni sebab tak semua ada. Satu rumah, 8 orang. Setakat ni cuma 6 orang. Lagi 2 orang aku tak nampak lagi batang hidungnya. Barang dia orang dah ada, tapi tuan punya badan tiada. 

Faha sebilik dengan Maryam. Tadi yang minta password wifi namanya Farah. Dia orang dah ada di kafe, makan bersama rakan sekelas lain. Dia orang sama kelas, patutlah kenal memasing. 

Aku turun tangga bersama Afrina. Phone aku pegang ditangan. Risau sebenarnya sebab Dani masih belum membalas mesej aku. 

Sampai diselekoh, bahu aku terlanggar dengan seseorang.

"Sorry." cepat-cepat aku meminta maaf. 

Orang itu hanya mengangguk sekali. Aku tak nampak mukanya dengan jelas sebab dia memakai topi. Dua langkah ke hadapan, aku berhenti. Aku memusingkan badan.

Kenapa aku rasa macam pernah nampak muka dia? 

"Kenapa Su?" Afrina menyoal hairan. Pelik agaknya kenapa aku berhenti jalan tiba-tiba.

"Tiada apa-apa." Aku berjelan sebelah Afrina. 

Dari jauh dah nampak muka Faha. Terus aku duduk di kerusi bersebelahan Faha. Afrina duduk di hadapan aku. Ramai juga yang berada di kafe ni. 

"Kau tak lapar ke?" soal Faha.

Aku menggeleng. "Saja menghirup udara malam." kepala aku dekat dengan bahu Faha lalu aku mengigit bahunya. 

"Su, dah lah baru kali pertama jumpa. Pastu kau dah gigit aku."

Aku ketawa. 

"Aku nak tanya ni."

Aku mengangkat kening. Faha bisik di telinga aku. 

"Cincin tu.... kau dah kahwin ke?" 

Terbaruk aku mendengar soalan Faha. Macam mana ni? Takkan aku nak beritahu kat sini? Nampak je semua tak dengar tapi boleh jadi ada orang curi-curi dengar. Argh, konfius!

"Mana ada! Ni cincin mainan." Aku senyum menjawabnya.

Faha gelak kecil. "Cantik betul cincin mainan kau. Nampak mahal. Ni mesti main yang kat tikam-tikam tu kan?

"Huish, judi oi main benda tu."

Kami sama-sama gelak.

Maaflah Faha aku terpaksa tipu. Huhuhuhu

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now