BAB 35 (AKHIR)

2.3K 154 10
                                    

"Jangan kacau bang. Ada juga yang kena pukul dengan batang penyapu ni."

Dani ketawa perlahan. Dia memeluk aku dari belakang. Terhenti tangan aku daripada menyapu sekali lagi.

"Selagi abang tak kacau, selagi tu lah sayang tak berhenti buat kerja."

Aku mengeluh. Ya tahu. Masalahnya aku bosan duduk lama-lama. Haidar pula tengah tidur sekarang ni. Bukan sekali ni Dani asyik tak bagi aku buat apa-apa kerja. Sejak aku mengandungkan Haidar, pantang sungguh bila nampak aku buat kerja-kerja rumah. Haih.

"Bosanlah." kata aku perlahan.

Dani mengambil penyapu di tangan aku lalu letak bersandarkan di dinding.

"Sayang nanti penat. Kesian abang tengok."

Aku menggeleng. "Abang tu. Bukan banyak ke kertas periksa nak kena tanda." aku memusingkan badan menghadapnya.

"Hehehehehe." Dani sengih.

Aku mengangkat kening.

"Sengih-sengih malas lah tu nak tanda kan?"

Dani ketawa. "Mana ada. Abang tengah mencari kerajinan."

"Cari rajin, malas lah tu. Eee."

Dani ketawa lagi.

Serentak mata aku menangkap Haidar yang bergerak atas tilam. Aku dan Dani sama- sama memandang tubuh kecil itu.

Haidar gerak sedikit, kemudian diam. Aku menghela nafas lega. Haidar baru sahaja tidur sekejap. Takut dia terjaga. Aku memandang Dani lalu mengecilkan mata.

"Gelak slow slow lah bang." aku membisik.

"Baik mama Haidar." Dani pantas mengucup pipi aku.

Aku berjalan mendekati Haidar. Perlahan tangan aku mengusapnya.

Muhammad Haidar Bin Dani Amsyar. Alhamdulillah, dia sihat sangat. Beratnya pun normal. Teringat semula sewaktu Dani azankan di telinga Haidar.

Aku bersyukur sangat-sangat. Orang yabg paling gembira sudah pastilah Dani. Semasa aku mengandungkan Haidar, setiap hari Dani pastu akan bersembang di perut aku. Sempat aku merakamnya.

Semoga Muhammad Haidar menjadi anak yang soleh untuk mama papa.

************

Mata aku perlahan untuk mencelik. Tangisan Haidar betul-betul memasuki gegendang telinga aku sebab Haidar tidur bersama aku dan Dani.

Aku membuka lampu tidur. Jam dinding aku pandang. Pukul 2 pagi. Aku pandang sebelah pula. Haidar sedang menangis.

Baru sahaja aku ingin mengangkat Haidar, kedengaran pintu bilik terbuka.

"Sayang sambung tidur. Abang boleh jaga." kata Dani dengan tangannya memegang botol susu.

Rupanya Dani sudah siap sedia. Patutlah takde. Turun dapur buat susu untuk Haidar rupanya.

"Tapi-"

"Aip. Tak apa. Abang jaga."

Dani meletakkan botol susu di meja sebelah katil. Dia menolak tubuh badanku perlahan. Aku baring semula. Dani menggendong Haidar pula. Automatik Haidar berhenti menangis.

Rasa bersalah sebenarnya sebab esok pagi Dani kerja. Keja pergi awal lula tu. Tak apa ke aku tidur?

Tangan sebelahnya mengusap kepala aku lembut.

"Tapi esok abang kerja."

Dani senyum.

"Setakat jaga Haidar tak boleh lawan dengan waktu sayang mengandung dan bersalin. Tak apalah. Abang pun papa Haidar juga."

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now