BAB 33

2K 143 9
                                    

Aku tidak melepaskan tangan Dani. Bila-bila masa sahaja Dani boleh sedar.

"Kenapa abang tidur lama sangat." rintih aku perlahan. Aku kucup perlahan tangan Dani.

Mata memandang ke arah Dani yang terbaring di katil dengan bantuan alat pernafasan, wayar-wayar.

Hanya dengar deruan nafasnya yang lemah. Dada Dani nak turun perlahan.

Jangan nangis Su. Dani tak suka tengok aku nangis. Nanti Dani bangun, dia gelakkan aku sebab aku nangis. Jangan nangis Su.

Tahan. Tahan.

"Akak, pergilah rehat dulu. Mak sambung jaga." Mak memegang bahu aku.

Aku menggeleng laju.

"Bila-bila masa Dani boleh bangun mak."

"Ya tahu. Akak dah lama sangat tak tidur ni. Rehat dulu. Makan. Dani pun tak suka tengok akak kurus sangat macam ni kan?"

Aku senyum pahit. Betul. Nantu mesti dia membebel kat aku kenapa aku kurus sangat.

Perlahan aku bangun lalu keluar dari bilik.

Usai kejadian malam tu, macam-macam jadi. Aku takut sangat kehilangan Dani. Teacher Kirana sempat menelefon polis dan ambulans. Cikgu Hawa dan lelaki itu, ditangkap. Cikgu Hawa ada penyakit mental. Kisah bagaimana mereka berkenal dan bekerjasama, aku tidak tahu. Kisah Cikgu Hawa mengugut Dani juga masih samar-samar.

Setiap hari lihat sahaja tubuh badan Dani yang kaku di atas katil, pasti aku akan menangis. Tikaman yang dalam dan berjaya diselamatkan dengan pembedahan tapi Dani masih dalam keadaan koma.

Setiap masa aku berdoa. Sewaktu Dani menjalani pembedahan, ya Allah. Aku takut sangat-sangat.

Aku berhenti depan mesin gedegang. Air tin nescafe dipilih. Selepas aku ambil air tin itu, tiba-tiba ada beberapa jururawat berserta doktor berpusu-pusu berlari di belakang aku.

Mata aku memerhati.

Jangan masuk bilik kanan.

Jangan masuk bilik kanan.

Jangan masuk bilik kanan.

Mereka semua meluru masuk ke bilk Dani.

Air tin aku pegang tadi terjatuh ke lantai.

*************

Aku memegang kuat tangan Dani. Dia berada di hadapan aku dengan berpakaian serba putih.

"Sayang."

Setitik air mata aku jatuh.

Dani mengangkat tangannya dan melekapkan tangan di pipi aku. Ibu jarinya lembut menyeka air mata aku.

Semakin erat aku memegang tangannya.

"Maafkan abang." Dani mendekati aku lalu mengucup lembut di dahi aku.

Dani satu tapak ke belakang. 

Aku ingin bersuara, memanggilnya tapi suara aku tersekat. Seperti tidak boleh keluar.

Abang.

Satu tapak ke belakang. Semakin menjauhi aku. Tangan aku masih tidak melepaskan tangannya.

Abang.

Lama-kelamaan tangan kami terlepas. Dani senyum melihat aku. Aku menangis sepuas-puasnya.

"Abang!"

Aku terus bangun menegakkan badan. Dahi dipicit lalu aku beristighfar. Aku toleh ke sisi lalu memegang sebelah aku yang kosong.

Kosong dan sunyi.

Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETEDWhere stories live. Discover now