"Kenapa ni Dani? Kenapa Dani macam tu?"
Telinga menangkap suara ibu di depan pintu. Aku diam mendengar. Pintu ditutup rapat. Terdengar pula sedu-sedan Dani.
Aku membuntangkan mata. Dani menangis?
"Ibu, Dani terpaksa. Dani tak tahu nak buat apa lagi dah. Dani terpaksa."
Terpaksa apa?????????? Apa yang Dani terpaksa sangat tu????????????
"Terpaksa apa Dani? Boleh beritahu ibu?"
Aku terus peka mendengar. Semakin kuat sedu-sedan Dani. Hati aku mula sakit mendengar Dani menangis seperti itu. Kenapa? Apa terjadi kepada Dani?
"Maafkan Dani ibu. Maafkan Dani. Dani bukan suami yang baik untuk Suria. Dani bukan anak yang baik. Maafkan Dani."
Perlahan-lahan air mata aku jatuh. Apa yang terjadi, apa yang terjadi, apa yang terjadi. Berlegar-legar soalan itu dalam otak aku. Aku pantas bangun lalu mendekati pintu. Aku nak peluk Dani sekarang ni.
Tangan baru sahaja ingin memulas tombol pintu, terdengar pula suara Kirana.
"Dani, are you okay?"
Aku memegang kuat tombol pintu. Syaitan mula membisik di telinga. Apa pula Teacher Kirana buat kat sini? Kenapa pula dia kena tanya Dani okey atau tak?
"Ibu, Dani beritahu Kirana semuanya. Dia-"
Pantas aku menarik tombol pintu dengan kasar. Di depan pintu aku sekarang ni Dani, Kirana dan juga ibu. Masing-masing memandang aku dengan terkejut. Aku menahan geram. Geram sebab ayat yang dilontarkan oleh Teacher Kirana. Dani beritahu Teacher Kirana semuanya, tapi kenapa Dani tak beritahu aku apa-apa.
Tanpa sepatah kata aku terus melangkah melepasi mereka.
"Sayang."
Cepat-cepat aku memakai kasut dan keluar daripada rumah.
"Sayang!"
Dani mengejar aku. Dia memanggil aku kuat. Cepat-cepat aku melajukan langkah melepasi pagar rumah. Hujan turun dengan lebat. Aku tak kisah dah.
"Sayang, please."
Dani merentap pergelangan tangan aku. Air mata aku gugur dengan laju. Tak tahulah Dani perasan atau tak sebab hujan.
"Sayang, abang minta maaf. Abang-"
"Abang dah cakap banyak kali tapi abang buat lagi. Abang sakitkan hati sayang. Abang...... abang langsung tak pedulikan sayang....."
"No sayang. No." Dani menekup pipi aku. Aku menolak tangannya dengan pantas.
Aku menapak ke belakang. Tangan mengesat air mata.
"Jangan cari sayang."
Aku memusingkan badan lalu menapak. Aku tahu Dani tidak akan mengejar aku. Sebab apa? Sebab dia terpaksa.
Dani dah berubah hati.
.......................................................
CENNI AH TAKDE IDEA. PASTU TAK SABAR NAK HABIS SEBENARNYA
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU! Season 2 | COMPLETED
Romance[COMPLETE] School, check! Next, university! Serba sedikit pertarungan Suria dalam tahun terakhir sekolah menghadapi peperiksaan SPM. Akhirnya, Suria menarik nafas lega setelah menghabiskan sesi persekolahannya. Memori gembira, sedih, terkejut. Gemb...