3

80 20 1
                                    

3 [SOFI]

Dimaklumkan sahaja nombor bilik dan sekian-sekian, aku terus bergegas ke tingkat 4. Nafas diatur sebaik sahaja kaki menapak di depan pintu bilik dihuni Jake. Air mata yang sedari tadi mencucur turun aku seka.

Tombol pintu dicapai lalu perlahan-lahan aku buka dengan hati yang galau.

Mata aku terjamu sesusuk tubuh yang berbaring lemah di katil pesakit. Lelaki itu sedang diulit lena berat.

"Dia baru stabil. Sekarang dia tengah berehat, kalau Sofi nak lawat, lawat malam la. Takut dia tengah tidur ke apa." bergema kata-kata Jane di ruang fikiran. Aku yang polos ini, sebaik tahu sahaja keadaan Jake, aku terus bergegas ke hospital.

Aku tidak mahu menunggu lagi. Setiap saat seperti terpanggil hati aku untuk berjumpa. Aku takut dengan apa-apa kemungkinan lain. Aku takut aku tak sempat jumpa Jake.

Itu sahaja yang aku fikir.

Namun, sebaik melihat betapa lemah dan rapuhnya keadaan Jake ketika ini, aku dipagut rasa menyesal.

Aku menyesal datang terburu-buru.

Aku tidak tahu hendak berbuat apa, malah sebarang kata tidak muncul di kotak fikiran.

Aku kembali buntu.

Dan saat itu juga aku sedar, aku kembali menangis.

Sekujur tubuh itu aku hampiri.

"Kenapa boleh macam ni, Jake? Baru tiga hari lepas awak share gambar anak anjing kat IG. Awak post gambar selfie kat IG. Awak senyum, awak nampak happy. Awak nampak baik tanpa saya. Kenapa macam ni hari ni?"

Aku seka berkali-kali air mata yang deras menurun.

"Kenapa awak macam ni?"

"Kenapa kita macam ni, Jake?"

Sepuas-puasnya aku menangis di sisi Jake.

"Sofi?"

Aku angkat muka. Wajah Jane dijamu mata. Terlihat sahaja mataku yang sembab dan kemerahan, Jane terus duduk di sebelahku lalu memeluk bahuku erat tanpa sepatah kata. Beberapa detik senggang diambil untuk kami mengamati pelukan hiba itu.

"Saya tak tahu Jake macam ni, kak Jane. Selama dia dengan saya, dia happy je. Saya rasa dia la lelaki paling sempurna di mata saya..." pandanganku menunduk.

"Tapi mata sendiri pun boleh menipu," bisikku.

Jane mempereratkan lagi genggaman tangannya.

"Tak ada siapa pun sempurna, Sofi. Jake pun tak sempurna, tapi orang sekeliling anggap dia macam tu. Dia jadi macam ni sebab jangkaan orang ke dia juga. Dia terbeban, tapi dia tak nak bagitahu awak. Sebab dia takut awak ikut terbeban sebab dia."

Aku terdiam sekejap. Lalu aku menekup mukaku yang kebasahan.

"Kak, apa erti saya dalam hidup dia, kak? Kenapa bila macam ni, dia nak buang saya? I exist in his life for a reason!" bentakku. Aku benar-benar rasa tergugat. Rasa tidak adil. Rasa geram. Semua bercampur-baur.

Kalau betul andaianku, Jake lepaskan aku atas sebab kondisinya, aku betul-betul rasa kecewa.

Kenapa aku tak boleh ada dengan dia? Ketika Jake dalam keadaan rapuh, kenapa aku tak boleh sama-sama dengan dia?

2 tahun perkenalan, 3 tahun percintaan, tak cukup ke membuktikan ketulusan hatiku?

Aku terima Jake walau seburuk-buruk keadaan pun! Aku boleh terima sebanyak itu. Kenapa Jake menolak kewujudanku, apa Jake tidak percaya aku?

Tidak cukup ke aku ni?

Serba kurang ke aku ni?

Tak layak ke aku ni?

"Maybe you are also his reason to stick around," berkata Jane sambil menepuk-nepuk bahuku. Baru aku sedar bahuku naik tegang sejak tadi. Aku merilekskan bahu.

Jane yang menayang riak simpati itu aku pandang.

"Maksud kakak?" mataku mengecil, refleks cuba memproses makna kata-kata itu.

"Awak pergi la ke apartment Jake. Baru nanti awak faham,"

Aku diam.

"Saya balik dulu, kak. Dah malam ni. Esok lepas habis kerja saya ke sini lagi," pamitku selepas lama berfikir.

"Okey. Elok-elok. Apa-apa nanti kakak update ke awak."

"Baik, kak."

Aku berangkat pulang dengan perkataan apartment Jake memberati fikiran.

Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now