1

150 22 5
                                    

1 [SOFI]

Tanganku meraba-raba ke lantai sehingga menjumpai telefon yang selepas dua kali berbunyi penggera. Petanda bahawa aku sudah perlu bangun dari tidur. Aku celik sebelah mata, melirik pada skrin telefon. Pukul 6:30. Memang aku perlu bangun.

Terpisat-pisat mataku bangun. Aku terus menuju ke bilik air. Merenung pantulan di dalam cermin yang mulai berdaki itu.

"Kotor dah cermin," selorohku sendiri. Sepatutnya semalam hari minggu. Rutin aku mengemas seluruh apartmen seperti biasa. Tapi semalam aku langsung tidak rasa hendak mengemas, jadi aku biarkan sahaja.

Keluhan berat aku lepaskan. Minggu depan je la.

Sesudah mencuci muka, mataku beralih pula pada rambutku yang dibiarkan terkirai melepasi bahu.

Aku rasa rimas.

Jadinya, gunting di dapur aku ambil lalu dibawa menggunting rambutku sehingga atas paras bahu. Dan kepalaku terasa lebih ringan selepas itu. Satu senyuman aku kuntum. Kelat, tapi terasa puas.

"Air?"

"Oh, uh... fresh orange please,"

"Okey, sebentar ya."

Aku mengangguk sambil memandang pekerja Subway itu bergerak ke mesin air. Dalam masa itu, aku sempat memeriksa lipstick di kamera telefon. Sehingga jatuh satu notifikasi mesej dari Hana, kawan baikku. Terus dibuka aplikasi KakaoTalk itu.

+ subway lagi?

Aku membuang pandang ke sekeliling. Mataku terus berhenti pada satu susuk badan yang berdiri di luar premise franchise itu. Aku tersenyum cuma.

"Kau dah tunggu lama ke?" bertanyaku sebaik menapak keluar dari kedai Subway.

Hana yang terlihatnya menyarungkan tangannya ke dalam jaket berona hijau lumut itu sekadar menggeleng.

"Baru je."

Tanpa sedar lengan kami sudah saling memaut sambil meneruskan perjalanan kaki.

"Kau potong rambut? Tapi kau cantik rambut panjang la, Sofi."

Aku menyengih. "Cantik is an overstatement."

Berkerut dahi Hana mendengarnya.

"Kalau kau rasa Jake tinggalkan kau sebab rupa kau, rasa lagi. Sebab aku rasa kau bodoh,"

"Sebab apa lagi, Hana? Seminggu dah sejak dia break up dengan aku, tapi sampai sekarang aku tak dapat apa-apa text dari dia. Aku buntu, Na. I need the proper closure."

"Maybe he needed time... like more time."

"Mungkin seminggu tu kejap bagi dia. Tapi lama bagi aku yang menunggu."

Hana sepertinya mati kata. Aku tahu dia dah buntu hendak bagaimana lagi memujuk hatiku. Sedangkan aku sendiri tidak terpujuk, masakan orang lain mampu.

"3 tahun hubungan tu pun bukan sekejap, Hana. Aku tak tahu kenapa dia buat keputusan secepat itu."

Ketika itu aku merasa lenganku dipaut erat. Hana mengelus jemariku lalu tangan kami saling menggenggam.

"Aku harap kau akan pulih dari episod patah hati ni, Sofi. Aku sedih tengok kau macam ni. Kau perasan tak selama seminggu ni rutin kau dah berubah. Kau dah tak pergi Kafe hujung jalan tu lagi. Kau ordered Subway, you didn't even like fresh orange that much. I mean, in a good way, you are trying to forget. But don't let go of things you used to like. Itu kan kesukaan kau, bukan Jake." Hana menyingkap rambutku ke belakang telinga.

"That's part of your identity. I don't want you to lose it. I don't want to lose you."

Aku bertemu mata dengan Hana. Kawan yang sudah bersama onak dan duri sejak zaman sekolah menengah lagi. Sudah banyak episod dia saksikan sepanjang di sisiku, dan episod kali ini aku rasa benar-benar terkesan buatnya. Lihat sendiri sahaja la, aku yakin Hana mengekoriku dari apartmen dek kerana risau tentang kebajikanku.

Hana... Hana. Apa yang aku dah buat untuk dapat kawan sebaik kau?

Aku melentokkan kepala ke bahu Hana. "I won't. Maybe I just needed time too. Kita semua perlukan masa untuk biasa dengan perubahan, kan?"

"But don't take too long. Aku rindu."

"Ah, ye la!" ditepuk bahunya. Kami sama-sama ketawa. Boleh pula di tepi jalan ni nak bermanja. Get a room, la!

"Kau nak pergi kerja?"

"Tak, aku ambil cuti hari ni. Saja keluar nak ambil angin. Kau?"

Hana sepertinya melirik pada skrin telefon. Dia gigit bibir. Bertimbang-tara.

"Okey. Aku ambil half day hari ni. Sementara tu aku teman kau ke mana-mana. Okey?" putusnya selepas masa beberapa detik diambil.

Melebar terus senyumanku. "Okey!"

Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now