24

41 12 0
                                    

24 [SOFI]

Meskipun samar-samar, aku masih dapat menangkap aroma bunga sakura itu dari Jake. Tidak pernah hilang dari lelaki itu. Terus aku teringat sesuatu. Perlahan-lahan tanganku mencapai beg sandang yang selalu ulang-alik dibawa ke tempat kerja. Keychain yang tergantung itu aku lucutkan dari lubang zip.

"Back to the rightful owner," ujarku sambil menghulur sebentuk aksesori itu ke Jake. 

"Whoa..." Jake menyambut keychain itu sebelum diteliti penuh afsun. "Awak bawa?"

"Selalu, Jake. Hari-hari." balasku. 

"Thanks, Sofi." 

"Sama-sama, handsome."

Jake mencebik. "Dah tak handsome saya ni. Rambut pun rontok. Muka tak bermaya. Apa yang handsomenya?"

Aku bangun dari berbaring di sebelah Jake, semata-mata untuk memukul lembut dada lelaki itu. Geram bila cakap macam tu. Mengutuk diri sendiri tu nombor satu!

"Sudah-sudah la! Saya cakap handsome, ya handsome." tekanku. Kelakar bila fikirkan balik, beberapa minit tadi dihuni suram, dan sekarang aku mampu bergurau tawa dengan lelaki ini. Sembab di mata pun tak habis surut lagi.

Tergelak-gelak Jake dibuatnya. "Boleh la, boleh la. Ada la charm saya lagi bila senyum tu."

"Senyum la selalu macam tu."

"Saya try," ada jejak sendu di sebalik suaranya. Aku tidak pasti kalau Jake tahu, tapi aku dapat kesan nada itu. 

"Saya ada dengan awak la lepas ni. Hari-hari la awak senyum." 

Rambutku diusap lembut tangannya. Lalu satu kucupan hinggap ke dahiku. Salah satu cara Jake menzahirkan rasa terharunya. Aku merespon dengan merangkul pinggangnya, erat. Dan kami saling berbalas senyuman kemudiannya.

Malam ini, terasa bagai dunia milik kami.

Hanya kami.

Kami berdua sahaja.

Aku amati rasa itu. Perasaan yang ingin aku pegang buat selama-lamanya bersama lelaki yang bernama Sim Jaeyun ini.

"Jake,"

"Yes?" dagunya menyentuh kepalaku. 

"Masa awak nak balik ke saya tu, saya happy Jake. Saya tak tipu."

Jeda. Masa senggang itu diambil buat kami melalukan kesepian menyapa. Hanya terdengar deruan nafas kami tika itu. Tidak lama selepas itu aku bersuara.

"Tapi masa tu saya penat sangat. Saya penat dengan kerja. Dengan family. Dengan Papa. Sorry, Jake. Saya cakap saya okay sebab nak sedapkan hati awak je. Saya tahu awak pun mesti ada problem sendiri, busy kerja sendiri. Semua tu saya pendam je Jake. Tapi berat sangat, saya rasa nafas tu susah saya nak ambil masa tu."

"Setiap kali saya video call dengan awak, cukup la. Cukup tu je. Dada saya rasa ringan balik. Awak tahu tak raut muka awak ni kalau saya tenung, saya tenang sangat. You're my comfort home,"

Jake senyum, aku tidak dapat nampak, tapi aku tahu.

"Tapi masa awak cakap awak nak balik tu... entah kenapa saya rasa berat balik. Hati saya nak, tapi otak... tak nak. Faham tak? Sebab saya penat sangat masa tu, mental, fizikal. Saya fikir kalau saya terima awak, saya tak dapat nak bawak perasaan tu. End up saya pandang awak sebagai satu lagi beban saya nanti."

"Sofi,"

"Hm?" 

Jake terus membalas dakapanku, namun pelukanku kalah jika hendak dibandingkan dengan saiznya. 

"Kalau saya marah, dendam dekat awak sebab awak tolak saya masa tu. Saya takkan balik ke Korea, Sofi." jelasnya. Kasar suaranya, dan batuk setiap sekali dilepaskannya. Terdengar dia menyeringai kesakitan selepas itu. Terus aku mendongak. 

Berkerut dahiku. Tak mungkin aku dapat menyingkirkan hati yang dipagut gusar itu. Sedih melihat keadaan Jake yang menahan sakitnya.

"I'm okay." pujuk Jake. Tangannya pula menolak turun kepalaku, penuh gemalai.

"Awak tak berhutang maaf apa-apa dengan saya, Sofi. Kalau saya kat tempat awak pun, saya akan buat benda yang sama. Thank you. At least saya tahu awak masih kisah pasal saya."

"Of course. Awak je tak nampak benda tu." perliku.

"Hey, dia ni." buku jarinya mengetuk atas kepalaku, lemah cuma. Tapi sempat la aku mengaduh dek tidak menyangka serangan mengejut itu.

"Of course saya nampak. Saya tak tunjuk je, tapi saya nampak la Sofi. Even waktu awak tolak saya pun, saya nampak jugak."

Aku diam selepas itu. Erti lainnya, aku sedang sembunyi melepaskan tangis. Entah kenapa setiap bait bicara ditutur Jake malam ini, semuanya halus belaka. Menusuknya muat menelusuri celah-celah, tepat ke sanubari. 

"Now I'm scared of losing you." 

Aku menangkap hilaian tawa Jake selepas itu. Lemah bunyinya. "You'll never lose me. I'll live in you forever."

Sebak. Sehebat-hebatnya sebak menerkam hati. Ayat itu...

Kenapa live in you?

Kenapa bukan live with you?

Aku benci ayat berbaur kiasan itu. 

Sekali lagi aku diam. Aku tidak tahu hendak balas apa.

"Sofi, esok petang boleh awak jemput saya? Saya discharge esok. Boleh tak?"

Serta merta aku bangun. Aku pandang Jake meminta kepastian. Tidak sempat apa-apa, mencerna kata-kata itu pun masih belum selesai.

Jake senyum.

"My treatment went well. Saya rasa better sekarang, so saya boleh balik. Jane monitor treatment saya nanti dekat rumah."

Aku juga senyum.

"Really? Really? You feel better? A whole lot better?"

"Yes." Jake angguk sekali.

"Really?"

Jake berhenti sejenak, lalu menyambung. "Yes, Sofi."

"Saya... jemput esok. Saya datang pagi." putusku.

"Huh? Esok bukan awak kerja ke, Sofi? Tak payah pun cuti sebab saya. Petang lebih habis kerja boleh datang jemput, saya boleh tunggu."

"Okay. Esok pagi saya datang."

"Hey," 

Kami sama-sama tergelak selepas itu.













Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now