23

44 13 0
                                    

23 [SOFI]

Sudah genap tiga bulan, hari ini sejak aku menolak kewujudan Jake dalam hidupku. Aku menolak, bersungguhnya aku menolak. Aku berhenti dari terus berhubung dengan lelaki itu. Aku berhenti mengambil tahu. Aku berhenti bertanya khabar. Dan aku berhenti menceritakan tentang hari-hariku. Tidak selepas aku mendapat tahu kebenaran tersirat itu.

Kebenaran yang tersingkap selepas satu mesej dari Jake malam itu diterima.

Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang ayat itu di fikiran. Mana mungkin aku lupa. Jake merangka alasan, dan memetik nama Jungwon untuk menyelindung penipuannya. Padahal pada waktu itu, aku sudah selamat di bilik sekuriti. Paparan CCTV pada hari itu sudah jelas aku perhatikan.

Aku kenal bentuk tubuh itu. Gaya berjalan itu. Wajah itu.

Dia fikir aku bodoh? Aku boleh terang-terang mengecam suara Jungwon. Suara yang aku dengar pada petang itu nyata-nyata bukan milik Jungwon. Walaupun dikaburi bunyi derapan hujan, tapi aku masih mampu membezakan. 

Betapa remuknya hatiku tika itu. Aku tidak tahu menahu tentang pemulangannya ke Korea langsung, sedangkan Hana dan Jungwon sudah lama menyimpan perkara sepenting itu. Sepatutnya aku sedar dari hari aku mula menerima bekal makanan itu lagi. Hana jarang sangat memasak, dan menu masaknya selalu berasaskan masakan Korea. Tapi makanan yang selalu aku terima, kebanyakkannya menu barat.

Kenapa waktu itu tidak sekali pun terpacul nama Jake? Masakan aku tidak pernah terfikir? Mungkin aku dikelabui dengan tekanan melampau dari kerja. Ditambah lagi penat yang membeban, tiada masa aku berfikir tentang kemungkinan itu.

Jake,

Jake...

Sim Jaeyun.

Kenapa, Jake? Susah sangat ke nak jujur  denganku? Yang aku minta itu cuma masa, bukan ertinya dengan terus berenggang. Aku tidak pernah akan menepis kehadirannya di sisiku, malah aku lebih dari terima. Selama setahun lebih aku menunggu, dan akhirnya pemulangan lelaki itu dapat aku tahu dengan cara ini,

Hatiku retak seribu. Aku betul-betul kecewa.

Dan aku membuat keputusan untuk terus mengabaikannya. Lagipula, selepas mesej terakhir itu, Jake juga tidak menghantar apa-apa lagi selepas itu. Senang cerita, perbualan kami betul-betul berhenti pada malam itu. Malam tiga bulan lalu.

Sepanjang masa itu, aku menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabatku. Membuang hal-hal itu dari terus membebani fikiran. Fokusku hanya pada syarikat, dan kerjaku. Tiada lagi hal berkaitan Jake menembusi perhatianku. 

Sehingga masa membawaku ke hari ini. Petang ini. Sewaktu matahari mulai melabuhkan tirainya. Ketika telefonku terlucut dari genggaman dan menjunam ke lantai konkrit itu. Selepas beberapa detik lengang itu diambil sepuasnya untukku memproses inti kata itu, lalu aku mula menyeringai... menangis semahu-mahunya di tepi jalan. 

Pada detik aku mendapat tahu tentang penyakit Jake.

Wajah Jake yang menyimpan seluas ketenangan itu aku tatap lama. Perasaanku bercampur baur. Seakan semuanya sekaligus menyerbu emosiku. Marah, kecewa, kesal, sedih, kasihan akan lelaki itu.

Dan rasa rindu... Rindu yang terbuku lama buat lelaki itu. 

Lelaki yang menarik satu senyuman lebar itu digamit perlahan-lahan. Lelaki itu sepertinya mengecamku sekali pandang. Andai Jake tahu, betapa bersungguhnya aku menahan dari menangis melihat keadaannya sekarang ini. Jake yang terkulai lemah di katil pesakit, yang mengemudiku ke lautan memori setahun yang lalu. Hari dimana aku mendapat tahu tentang kondisi Jake selepas lama terputus hubungan.

Ironinya. 

Kenapa pertemuan kita setiap kali perlu macam ni, Jake?

"I've been expecting you."

Jake bangun dari perbaringan ke posisi duduk. Menepuk-nepuk pula di sisinya, memberi ruang untukku.

Menerjah kembali isi kata dari perbualan telefon petang tadi. Panggilan yang aku terima dari Jake sendiri. 

"Sofi.... Sorry saya tak dapat nak update apa-apa dengan awak 3 bulan ni. Saya busy dengan prosedur rawatan. Saya ada tumor otak." 

Semudah itu kata-kata itu tergelincir dari mulutnya. 

"Jake," aku melabuhkan duduk di kerusi. Menolak cara halus pelawaan awalnya. Tangan dikepal, dan jemariku saling bertaut. 

"I really hate you right now. Awak tahu tak?" ucapku bersulamkan hiba. Mata kami saling bertemu. 

"Sofi," 

Jake tidak menyambung apa-apa selepas itu. Hanya wajahku yang mulai dijemput tangisan merintih itu ditenung. 

"Kenapa asyik saya je kena hadap benda ni, Jake? Kenapa saya kena tahu dengan cara ni? Kenapa saya tak tahu apa-apa? Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal Jake. Awak balik, saya tak tahu. Awak sakit, saya tak tahu."

Nafas berat aku ambil. "Awak tahu tak sebersalahnya saya ni, saya tanggung semua ni sendiri. You tell me, Jake."

Aku merapatkan wajahku dengan lelaki itu. Tatapan tajam aku tayangkan.

Sedih,

Aku sangat-sangat sedih.

Bagai tersiat-siat hatiku. "Saya ni siapa dalam hidup awak, Jake. Am I just a mere passerby? Am I a stranger to you? Saya ni tak penting ke?"

"Tell me, Jake." desakku.

Peluang itu aku ambil untuk menilik sepuasnya wajah dihurung kepenatan itu. Disalut pucat. Pipinya mencengkung. Badannya mengurus. Matanya kuyu. Senyumnya redup, dan pergerakannya longlai. Seteruk-teruknya keadaan lelaki itu, tapi masih tangan pucat itu menggamit tanganku. Lalu dibawa ke dadanya.

"Sofi..." jatuh air mata Jake. Aku dapat menangkap kelopak matanya yang bergetar. "I'm sorry. Saya minta maaf... Awak tahu dengan cara ni. Saya minta maaf, Sofi." rintihnya.

Dadaku berombak kencang. Kuatnya sebak itu menyerbu, buatkan dadaku terasa sempit. Turun naik nafasku, namun cubaku atur. Terasa berat bibirku hendak dibuka.

"Tapi Sofi... Sofi my girl..... hati saya hanya berdetak untuk awak. Biar lewat waktu, tapi hati saya tetap berdetak sedetik lebih untuk awak. Biarpun habis masa saya dengan awak, tapi selamanya hati saya menyayangi awak."

Aku lepaskan esakan yang kuat sesudah itu. 

Baju Jake aku genggam, seeratnya aku genggam. 

Hatiku yang dijerat, seakan-akan dilepaskan oleh Jake sederap lalu. Dan ketika itu aku dapat merasakan satu nyaman bertandang. Dimana tempat nyaman itu dihuni aku dan Jake sahaja. Kami berdua. Tiada orang lain di situ.

"I have been missing you, Sofi. Even at this moment that we met."

Pipiku yang dibasahi air mata mencurah jatuh itu disekanya. Lalu kedua-dua tangannya menekup wajahku, lalu kami saling bertatapan.

"You are still beautiful as ever."

Ucapnya.

Aku menyelusur dalam-dalam tatapannya. Ketulusan itu aku cari.

Aku jumpa.

Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now