15

50 15 0
                                    

15 [JAKE]

"Jaeyun,"

Sang pemilik suara itu dipandang sebelum satu senyuman aku berikan. Cermin mata dilucut dari tergantung di batang hidung. Badan aku regangkan sekali, lalu jam digital di tepi meja study aku kerling. Dah masuk pukul 10:30 malam, baru tersedar sudah beberapa jam berlalu sejak aku menghadap kerja dari petang tadi.

"Ma,"

Wanita berusia itu mengusap kepalaku penuh kasih. Dia juga membalas senyumanku, yang malah mirip gayanya. Lekok senyumanku memang sama dengannya, aku warisi dari Mama.

"You need to rest, Jaeyun. You dah makan belum?" soal Mama.

Aku menggeleng kepala. "Dari petang I tak makan, Ma. Kerja hari ni banyak."

Hari ini je, dah berapa banyak client file complaint shipment barang asyik delay, jadi aku perlu monitor pergerakan kontainer satu-satu. Macam-macam kes juga la yang jadi, ini pun aku tengah sibuk buat follow up dengan Mr. Sam, key account manager di tempat kerja aku. Padahal aku rata-rata key account executive je. Kerja dah menggunung banyaknya.

"Nak I sediakan makan malam you? Ada lebihan steak, I buatkan sandwich steak untuk you. Are you okay with that?"

"Sure, anything from you, Ma."

Mama mengulum senyum jelitanya.

"I'll be right back. Get away from laptop. You kena rest jugak, sambung esok kerja tu."

"Alright. Sikit lagi. Biar I hantar e-mail dulu,"

"Jaeyun, lepas hantar e-mail you tutup laptop... okay?"

Aku memandang dalam ke renungan Mama.

"Okey, Ma. I janji."

Aku tahu maksud Mama, setahun yang lalu, sejak kejadian itu, Mama sepertinya terlalu memantau pergerakan kerjaku di sini. Aku juga tertekan dengan budaya kerja di Korea, salah aku juga mengambil posisi akauntan di syarikat besar dan antara termahsyur di negara maha kapitalis itu.

Aku tahu tanggungjawab yang bakal dibawa itu berat, tapi aku mahu cuba. Aku nak buktikan pada orang sekeliling yang kerja sesulit itu malah aku mampu bawa. Aku cuba, cuba dan cuba sehingga baru sedar, selama ini aku tidak mencuba pun. Aku cuma memaksa diri aku.

Aku mula benci kerja aku. Aku rasa tidak layak di posisi setinggi itu. Aku benci gaya hidup aku. Aku benci diri aku.

Aku terus benci,

Benci dalam diam,

Benci dalam sembunyi,

Sehingga perasaan itu memakan diri.

Dan secara tak langsung aku menyakiti orang sekelilingku.

Termasuk Sofi.

Itu peristiwa hampir setahun lalu. Aku tak sangka masa yang lama juga diambil untuk aku betul-betul berehat. Baru dua bulan lepas aku mula masuk kerja sebagai key account executive di satu syarikat membangun berdekatan tempat tinggalku di sini. Fikirku, biar la kerja itu tidak semegah gajinya macam sebelum ini, tapi aku ternyata lebih senang. Jauh lebih lapang dadaku sekarang.

Beredar sahaja Mama dari ruang kamar, aku menelek pula pada jam di skrin telefon. Sepuluh lebih dah, kalau di Korea waktu ini... sudah pukul 11 lebih. Aku membuka aplikasi KakaoTalk, melihat message dariku yang dihantar dua hari lalu ke Sofi namun tidak berbalas.

+ Jake, is everything okay there?
Kerja okay?
Jangan lupa makan, Jake.
Take care, rest well.

Itu text terakhir dari Sofi selepas aku membalas dua hari lepas. Terdetik juga hati kecilku. Aku dipagut risau. Sofi sibuk ke? Kebelakangan ni aku perasan gadis itu mula lambat-lambat balas text. Update di akaun Instagram pun sudah jarang. Aku dah tak nampak Tweet Sofi lalu di Timeline. Berbeza dengan pada awal-awal waktu kami berpisah, apa-apa pun aku tetap contact Sofi, tanya khabarnya di sana. Dia pun sama. Tapi... Dia sibuk ke akhir-akhir ni?

Mungkin betul la Sofi sibuk dengan kerja.

Aku singkirkan segala kemungkinan mulai bertandang. Beralih pula perhatianku pada laptop. Hampir terlupa hendak menghantar e-mail ke Mr. Sam. Laju jemariku menekan keyboard. Ikon berbentuk kapal terbang kertas itu ditekan, dihantar.

Aku mengeluh panjang. Selesai kerja hari ini. Walaupun pada hakikatnya aku mengambil cuti hari ini.

Pada waktu itu, aku baru perasan satu mesej dari Sofi masuk selepas aku kembali memeriksa telefon. Ruang bualannya dibuka. Berkerut terus dahiku.

+ Jake... Sorry lambat reply.
Saya dah berhenti kerja, hahaks ;)
You can call me penganggur now,
penganggur hatimu pun boleh juga.

Tak fikir banyak aku menekan butang video call selepas itu.

Sofi yang aku kenal, tidak sekuat itu untuk bercanda di waktu ini.













Lewat Waktu | JAKETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang