25 - END

108 16 10
                                    

25 [SOFI]

Mata yang terbeliak itu aku tenung. Lesu tatapannya, tapi tetap menawan. Aku tarik sengihan ke telinga. Terang-terang aku menunjuk rasa teruja.

"Awal penjaga awak datang," nurse yang monitor Jake itu bertemu pandang denganku sesaat, lalu kembali fokusnya ke si pesakit.

Jake hanya mampu senyum. Aku tahu lelaki itu sedang menahan malu, tapi aku buat tidak endah. 

"Tunggu sekejap. Saya uruskan hal discharge Encik Sim Jaeyun dulu. Baru boleh bawak balik," pesan nurse itu.

"Oh... Okay. Okay. Doktor tak ada ya? Nak jumpa ke apa-apa, bagi final check up, update about his condition?" soalku.

"Oh," gadis itu mengulum senyum. "Sudah berjumpa tadi. Sekarang urusan discharge je semua yang tinggal." 

"Oh... Macam mana ya? Dia dah betul-betul boleh discharge? Keadaan dia macam mana? Tak ada menurun ke apa-apa?"

"Tak ada. His surgery and treatment prosedure went well. Hari ini pun condition makin better. Jadi doktor dah boleh lepaskan Encik Sim Jaeyun balik untuk sambung pemulihan di rumah, dan boleh refer ke hospital untuk rawatan susulan."

Aku mengangguk faham. Senyuman itu aku balas. "Okay. Terima kasih,"

"Sama-sama," ucapnya sebelum beredar keluar dari kamar private itu. Tinggal aku dengan Jake di dalam itu.

"Dah kemas barang-barang semua?" 

Aku melabuhkan duduk di sebelah Jake di birai katil.

"Ada yang dah kemas. Ada juga saya belum sempat kemas," balasnya.

"Saya kemaskan la. Sementara nak tunggu tu. Nanti saya hantar ke Jane kat bawah."

"Oh? Jane ada kat bawah?"

"Yes. Dah tu nak balik naik apa? Saya ni kereta pun tak ada."

"Terbang la,"

"Whoa," aku tayang muka hambar. Melihatnya, Jake terus tergelak kecil. Suka aku tengok. Topi knitting itu aku perbetulkan sekali, biar elok terletak di kepalanya.

"Handsome."

Memancar wajah Jake. Aku tahu lelaki itu suka mendengarnya. Memang itu niatku. Menaikkan balik semangatnya yang rapuh. Tak apa, sikit-sikit.

"Thanks," balasnya. Tak macam biasa, Jake malah menerima pujian itu buatkan hatiku mengembang. Berbunga.

"Oh, you wear the necklace."

Mendarat sahaja mata Jake pada aksesori di leherku, matanya terus bersinar. Aku beriak dengan menyentuh rantai berbentuk lavender itu, lalu dibawa ke pandanganku.

"Saya pakai sebab nak jumpa awak." balasku. Langsung lelaki itu mengusap kepalaku. Aku sendiri maklum makna gerak itu.

"Masih cantik. Sesuai dengan awak. Saya rasa rantai ni memang dibuat untuk awak la. Can you tell?"

"Cannot, cannot. Saya ni biasa je, yang cantik tu rantai ni."

Lantas itu, aku terus bangun dan bergerak ke seisi bilik. Mengutip apa yang patut untuk dihumban ke dalam beg dan dibawa pulang.

"Tak mungkin rantai tu menyerlah kalau tuan dia tak cantik. Betul, Sofi?"

Aku yang dalam sesi memunggah itu berhenti seketika sebelum lelaki di katil itu ditenung.

"Sudah, Jake. Sikit-sikit je. Jangan lebih,"

Itu la fesyen kami. Yang sorang memuji, sorangnya menghina. Saling bertukar, tapi tidak berbalas. Pelik pun ada. Apa yang susah sangat kami hendak makan pujian pun, tidak pasti. Cuma dalam kes Jake ni, kalau setiap kali aku puji, dan dia mati-mati tidak mengaku, memang aku backhand je. Dasar tolol.

Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now