21

41 13 0
                                    

21 [JAKE]

"Huh?"

Payung yang ditongkat di tepi dinding itu aku capai. Aku meletakkan bekal masakanku di depan pintu apartment Sofi seperti kebiasaannya, lalu aku kembali menilik payung berona lilac itu.

Aku kerling pula pada langit yang menggelap itu. Mendung hari ini. Hari pun hendak bertukar malam, lewat Sofi pulang hari ini. Aku dapat tebak dari kelewatan Sofi pun dari apartmentnya yang tidak berbias lampu dari celah pintunya.

Selalunya Sofi memang akan membiarkan lampu di ruang pintu masuk terbuka tiap malam.

Dan payung ini, aku menduga gadis itu terlupa untuk membawa ke tempat kerja.

Aku tahu tempat kerja Sofi. Aku sudah tentu tahu dari Hana. Jam ditangan aku kerling sekilas. 7:50 petang dah. Tidak berfikir lama aku terus bergegas turun. Aku melintasi satu jalan sepanjang taman permainan, dan dari situ mataku terpandang pada satu susuk tubuh bersendirian di buaian.

Sofi.

Kepalanya menunduk, dan rambut yang diikat terkirai menutupi sebahagian mukanya. Tapi aku tahu itu Sofi. Cukup dari aku melihat beg sandangnya terkandas di atas tanah itu.

Perlahan-lahan aku menempatkan duduk di atas bangku berhampiran. Kami saling bertentangan ketika itu. Aku menarik turun sedikit topi dipakai, menyelindungi wajahku.

Dari situ aku terus memerhati Sofi.

Tidak lama selepas itu, aku mendengar esakan bertandang. Datangnya dari Sofi. Pada waktu itu lampu jalan satu-persatu terbuka. Terbias bayang tubuh Sofi yang pada pandanganku, gadis itu terlihat melepaskan tangisan kuat.

Aku pegang dadaku.

Bertanya pada hati.

Kenapa hatiku gemeresik.

"God... I'm so tired. Aku penat sangat," gadis itu menangis semahu-mahunya.

Setitik demi setitik hujan menyirami bumi. Tanpa sedar, setitik demi setitik juga air mataku turun. Retaknya hatiku melihat keadaan Sofi yang dicengkam kesedihan, namun yang mampu aku lakukan saat ini hanya memerhati dari satu sudut.

Betapa hatiku meronta hendak berlari ke gadis itu. Memeluknya. Memujuknya. Menemaninya. Itu apa yang difikirku.

Aku bangun. Gadis yang diselimuti esakan itu aku hampiri. Lalu payung dibuka menadahi satu tubuh itu.

"I'm... I'm sorry." sedar akan kehadiran orang lain disitu, Sofi sepertinya cepat-cepat menyeka air matanya.

"Awak boleh menangis. Hujan boleh teman awak. Awak boleh berhenti bila hujan surut," ucapku.

Sofi masih menunduk. "Sorry."

"Menangis tu bukan satu dosa, awak. Menangis je la. Lepaskan apa yang dibeban tu...,"

Sofi menekup mukanya. Kali ini esakannya berganti raungan. Aku membuang pandang ke sekeliling. Lebat hujan turun malam ini, sebagaimana lebatnya ribut merundungi hati gadis yang terlihat kuat selama ini.

Sisi Sofi yang jarang-jarang dapat aku saksikan. Sofi yang satu ini.

Sofi yang memerlukan pujukan.

Sofi yang mendamba belaian.

Sofi yang mengharap pelukan.

Aku sekurang-kurangnya masih dapat berada di sisi Sofi.

Selepas beberapa minit keheningan waktu berdua itu diambil, umpama aku dan Sofi berada di satu ruang dunia yang lain, aku memutuskan untuk membiarkan Sofi di situ bersama payungnya. Tidak sepatah perkataan pun keluar dari mulut kami selepas itu, hatta sekali pun tidak Sofi menghalangiku dari pergi.

Aku mendongak. Memandang layar langit. Titisan hujan deras menampar wajahku.

Malam ini tiada satu pun bintang kelihatan.

Aku tidak dapat mencari Stella untuk Sofi.

Tapi aku harap esok hari Stella menemui gadis kecil itu di bumi luas ini.

"Yo." 

Jungwon mengangkat muka. Terukir senyuman lebar seusai wajahku itu diteliti lama. Terus lelaki itu menggamitku lalu memautkan lengan ke bahuku. Terbongkok-bongkok aku menampung beratnya.

"Jake!" ujarnya, penuh teruja.

"Kau underestimate friendship kita, eh? Kenapa Hana tahu dulu sebelum aku?!" diambil peluang itu untuk meramas rambutku sepuasnya. Aku sudah tergelak.

"Tahu apa?" aku buat-buat tak tahu.

"Brader!!! Takkan tiba-tiba bodoh kut?!"

Aku merangkul pinggang lelaki itu. Kata tepatnya, lock pinggang sebelum dibanting badan itu ke rumput. "Cakap apa, Jungwon?"

"Sorry, sorry." Jungwon terus melepaskan pautan. Aku juga melepaskan rangkulan selepas itu. Baru sedar akan mata-mata yang memerhati di sekitar Sungai Han itu. Kami berdehem kecil, menyingkirkan rasa malu.

"Kau dah berapa hari kat sini?"

Bertanya Jungwon selepas dua bekas ramen diletakkan di atas bangku, di tengah memisahkan antara aku dan lelaki itu. 

"Seminggu lebih dah," 

Mencerlung mata bulat Jungwon. Terdengar dia mendongkol geram. "Seminggu lebih? Sekarang baru aku tahu kau dah balik sini?"

"Bersyukur aku bagitahu,"

Lelaki berselindung pesona lesung pipit itu terus menarik penumbuk. "Bersyukur aku nak jumpa kau lagi."

Aku senyum cuma. 

"Sorry, Jungwon. Kau tahu la aku ni balik pun, hati berat jugak."

Jeda sejenak.

"Faham."

Aku yakin Jungwon tahu. Aku yakin Hana ada beritahu. Hana, teman wanitanya dan juga sahabat Sofi. Menarik macam mana takdir mereka berdua berputar, dan berbalik pada orang yang sama. Ironi. Aku tidak pernah tahu Jungwon pernah menyimpan perasaan terhadap Hana.

"But, you looked good. Better as ever. I'm glad." ujar Jungwon.

"Thanks. Brisbane's been good to me."

"That's great. Aku pun happy tengok kau macam ni. Lega dapat jumpa lepas lama kau tinggalkan Korea."

"Sama... Aku pun rindu kau. Aku rindu sahabat aku ni." balasku.

Jungwon senyum, namun cepat sahaja senyuman itu memudar.

"Kalau kau jumpa diri kau nak kembali ke waktu tu, aku nak minta sangat-sangat. Cari aku, Jake. Aku pernah hampir-hampir tak ada peluang untuk ada dengan kau." nada suaranya mengendur. Sekadar mengamati sahaja aku mampu. 

Teman sebaik Jungwon ini, aku tidak layak untuk ada. Tapi aku bersyukur dengan kehadirannya disampingku selama ini.

Andai Jungwon tahu dia ada dengan aku lebih dari cukup.

"I won't. Aku takkan berbalik ke waktu tu. Jangan risau, Jungwon."

Dibawa bekas ramen itu ke riba. Lama aku ambil masa untuk mula menjamu. Mengimbau.

"Kau akan settle kat sini?"

"Tengok la keadaan. Tapi aku tahu sini pun rumah aku. Korang pun family aku juga."

"Apa-apa keputusan kau, Jake. Aku ikut je." Jungwon memberi satu pandangan. Pandangan menyalur semangat padaku yang menerima. Selepas sekian lama gerak itu tidak kusaksi.

Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku membuang pandang ke hamparan sungai luas itu. Jujur isi hatiku menebak, aku berharap aku dapat tinggal di sini. Aku nak tinggal di sini buat masa yang lama. Jika waktu mengizinkan.




Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now