9 [SOFI]
Aku menggaru kening sambil mencekak pinggang.
"Yes. Okey, boleh je kak. Lagipun saya dah cuti banyak hari dah. Saya boleh gantikan kakak nanti,"
Langsir bilik disinsing menampakkan balkoni rumah, lalu sliding door aku buka bagi membiarkan angin masuk. Sedikit cuma, takut-takut banyak debu pula menerjah masuk.
"Okey. Sama-sama."
Aku putuskan panggilan. Kemudian telefon aku selitkan ke poket seluar jeans di punggung belakang.
Bilik yang ditinggalkan sehari lebih itu aku kemas serba sedikit. Masa berangkat haritu aku memang sudah kemas siap-siap. Saja hendak mencari kerja. Bungkusan baju di dalam beg juga aku keluarkan, lalu dibiarkan tersusun di atas tilam.
Sebuah keychain berbentuk cherry blossom itu aku seluk dari poket luar beg. Aku teliti charm keychain itu lama. Aku kenal keychain ni, malah lebih dari kenal.
Keluhan berat dilepaskan.
Digantung keychain itu bersama-sama dengan nota-nota yang dicucuk pada bulletin board berdekatan meja study.
Pada masa itu, aku dapat merasakan getaran di punggung. Lalu aku mencapai telefonku untuk memeriksa chat masuk.
Pengirimnya Jungwon.
+ kau ok?
Aku baca berkali-kali sebutir chat itu. Tanpa sedar aku tersenyum. Terharu bila ada orang risau tentang kondisi aku.
- okey.
Tiba-tiba satu pertanyaan melintasi fikiran. Lama juga aku ambil masa untuk akhirnya menaip sesuatu pada keyboard.
- jungwon
kau tahu jake nak balik brisbane, kan?
sebabtu kau kemas apartmen dia harituChat dikirimku dibaca, namun tidak berbalas.
Tak apa la.
Aku dah tahu jawapannya.
Beralih pula pandanganku ke charm necklace berbentuk bunga lavender di pasu aksesori. Aku capai necklace itu lalu dibawa menggantung ke leher. Cermin kecil diambil dan aku menatap rantai yang elok terletak itu penuh afsun.
Dan aku seakan perlahan-lahan dibawa mengembara ke landasan memori 5 tahun lalu.
Beg kuliah aku daratkan ke atas meja. Sekeliling suasana yang semakin disambut keramaian itu aku amati seketika sementara menunggu Hana tiba. Aku menghenyak punggung ke bangku di tepi dinding yang menampakkan tingkap ke luar. Saat itu aku berpaling. Memerhati pemandangan luar.
"Guys! Aku nak attention korang kejap!"
Semua orang yang mengisi ruang kamar itu terus memandang ke arah Jay. Surut sekejap kebingitan bagi memberi ruang kepada sang presiden kelab keusahawanan itu membuka bicara.
"Untuk program ni, kita akan collab dengan kelab perakaunan. So, nanti diorang akan hantar 4 orang volunteer untuk uruskan program. Mana-mana yang aku dah bagi task tu, alert ya. Multi, pendaftaran, program, perhubungan. Diorang dah sampai nanti aku nak korang bagi kerjasama yang jitu okey? Tunjuk sikit kelab kita lagi berkaliber dari diorang," Jay mengekeh dihujung ayatnya.
"Sejak bila program ni jadi platform untuk competition, huh?" desis seorang lelaki, yang kemudian berjaya mengumpan perhatian ke arahnya pula. Saat itu kebanyakkan ahli kelab mulai berbisik sesama sendiri. Aku juga serta merta faham dengan perilaku mereka, terutamanya pada kaum perempuan.
Aku sendiri afsun melihat rupa paras dimiliki lelaki itu.
"Okey, dah sampai volunteer kita dari kelab perakaunan. Sila, sila. Jake!" jemput Jay sambil tersengih. Siapa sahaja tahu dia tu sedang bergurau, sebab dari dulu lagi kalau ada apa-apa event, dua kelab ni memang rajin berkolaborasi.
Dan siapa sangka lelaki bernama Jake, yang menyimpan segalaksi ketampanan pada rupanya, juga merupakan presiden kelab perakaunan akan menjenguk ke kelab sini.
"Hello, guys. Saya Jake, presiden kelab perakaunan."
Berdirinya Jake di depan itu mendapat sambutan meriah dari seisi kelab. Orang itu terlihat sedikit kebingungan, namun selepas itu saat ditarik sahaja senyuman... terus bertambah rancak sorakan dari para wanita. Gila babi dia punya handsome. Makin bertambah-tambah seri diwajahnya yang sedia ada sejuta gemerlapan.
Aku ni, kalau tak sebab fikir malu, dah melompat terus ke depan mintak nombor telefon.
"Saya... errr," Jake menggaru belakang kepalanya.
"Rileks, Jake. Diorang ni biasa la. Tengok lelaki handsome je histeria. Macam tak biasa tengok aku." ujar Jay. Waktu tu juga Jay diserang dengan berduyun-duyun boo dari kaum-kaum sehendaknya. Aku juga ikut tergelak sakan. Seronok melihatnya.
"Amboi korang, eh?"
Terus si presiden itu buat muka tersakiti.
"Dah, Jay. Sikit-sikit je."
"Habis dah, Jay. Habis."
"Jake, next!"
Jay kelihatannya terlongo seorang disitu. Rasa macam tak percaya. Baru dia nampak perangai sebenar ahli kelabnya yang selama ini diselindungi semerbak kesucian.
"Err... saya... saya datang sini nak bagi briefing pun... Jay mesti dah bagi, kan? Nanti ada budak kelab saya datang ke sini. Mintak kerjasama dari korang semua, ya? Semoga program kali ini maju jaya macam yang sebelum-sebelum ni, okey? Keep up the good work!"
Lagi sekali sorakan galak bergema. Ada juga yang menepuk tangan, siap buat standing ovation lagi di belakang. Punya la teruja. Gaya macam dah habis handle program.
"Uh... nanti Jake ada volunteer kat sini ke?" lelaki berpasangkan topi itu bertanya.
"Hm..." mata Jake menerawang seketika. "Kalau saya ada masa free, saya akan tolong sikit dari semasa ke semasa. Mungkin saya boleh tolong dari segi perlaksanaan program la,"
"Oh... siapa ketua program?" Jay tiba-tiba bertanya.
Terpacul sahaja pertanyaan itu, sepantas kelajuan cahaya pandangan semuanya tertumpu ke arahku.
Lambat-lambat aku mengangkat tangan. "Saya."
"Great, it's Sofi. You will be having no problem working with her later, Jake. She's one reliable member I got there,"
"Oh, yeah? Then it's a good news,"
Jake dan aku saling bertemu pandangan.
"For me."
Aku hampir tercekik liur. For me?! Apakah dimaksudkan dengan itu?! Dan pada waktu itu, aku dapat mengesan mata-mata yang memandang iri ke arahku. Dalam diam aku tersengih. Dalam hati jangan cakap, aku dah berhoray kemenangan sejak tadi.