19

42 12 0
                                    

19 [JAKE]

Duduk dilabuhkan di birai katil. Melepaskan lelah. Habis 6 jam juga aku kemas, walhal beg bagasi baju je yang nak dibawa ke Korea nanti. Aku membiarkan fikiranku mengambang, menjenguk sesi termenung buat seketika.

Keluhan berat aku hela.

Bila difikirkan balik, banyak benda yang harus aku lepaskan di sini. Suasana kerja, ruang bilik, cuaca, panorama dan udara di Brisbane, Layla, rumah... rumah yang dihuni Papa dan Mama. 

Papa dan Mama. 

Memikirkan yang aku bakal meninggalkan mereka malah tambah menyayat jiwaku. 

Aku tersedar dari ruang lamunan apabila panggilan Skype di PC desktop yang menayangkan nama Sofi Jane sebagai pemanggil diseru. Tidak fikir lama, aku terus menghempas duduk di meja study lalu panggilan video itu dijawab. 

"Hello sahabatku di kota kaya," seru Sofi sebaik panggilan disambungkan. Aku tersengih. Tersengih bukan sebab apa, hati merancak suka dapat bersua selepas beberapa minggu tidak berhubung dek kesibukan kerja. Virtually pun, virtually la. Lepas juga rindu.

"Ehem, baik sikit. Daegu tu tak kaya ke?"

Boleh terdengar hilaian tawa Sofi dibalik skrin. "Kaya, tapi saya tak duduk kat area orang kebanyakan. Saya tidak macam Sim Jaeyun,"

"Awak kaya, Sofi. It's what beneath your heart that is big enough." 

Gadis itu terlihatnya terharu. Air mukanya terus memancar, lalu tangan diletakkan di dada.

"Thank you," ucapnya.

"Tapi saya tetap tak kaya, you can't change that fact about me. No matter how grand your flattering was." terus Sofi melepaskan tawa. Tawa yang bagi aku main-main. Tak pernah nak serius. Mengutuk diri sendiri tu seperti aktiviti rujinya.

"How have you been, Sofi? Kita dah lama tak contact, last kita video call juga. Okay tak tempat kerja baru kat sana?"

Sofi sepertinya terkesan dengan pertanyaanku itu. Aku dapat tebak dari perubahan riak wajahnya. Meredup.

"Okay." balasnya sepatah.

"Tapi lately ni saya busy sangat, Jake. Sekarang saya kena handle charity event, at the same time saya handle kerja yang tak ada kena mengena dengan line kerja saya,"

Aku faham budaya itu. Bila rakan ofis yang lain sepakat bagi kerja lebih atas dasar dengki. Macam kes Sofi ni, tahu la dengki sebab apa. Macam-macam alasan boleh dirangka. Sofi yang lurus, juga fresh recruit takkan lari dari rasa terbeban. Nak menolak sebersalah, nak tolong, penat. Itu je la lumrahnya.

Aku faham perasaan itu.

"I'm so sorry. Kesian saya tengok awak ni. Awak boleh handle tak kerja tu semua?"

"Boleh, saya ada juga member kat situ. Dia banyak tolong saya, Jake. Bayangkan saya yang baru masuk ni dah macam-macam dicampak ke saya." selorohnya lagi. Dari garis matanya aku dapat tebak kondisi gadis itu. 

Sofi di depan mataku ini terlihat lelah sekali.

Masakan lelah dihimpit gadis itu, dia mampu mengukir senyum untuk aku? Betapa cekalnya hati Sofi, yang kudratnya malah lebih kuat dariku.

"Anyway, Jake. Quick question. Do you like the idea of giving charity?"

Soalan yang dipaculkan entah dari mana itu buatkan aku cemberut. "Yes. Kalau buat charity tu dapat tolong those of less fortunate people..." 

Malah aku, juga setiap bulan menyalurkan derma ke organisasi amal. Itu prinsipku. Dalam rezekiku, terselit juga rezeki orang lain. Itu sahaja mindsetku yang satu.

Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now