"I love you."
Satu renungan kosong aku berikan. Biarpun sedalam lautan Pasifik tenungan itu, kalau dulunya aku selalu lemas, hari ini tidak. Hari ini aku terasa lain. Aku terasa mengambang dibawa arus.
"You loved me."
Aku perbetulkan. Soal ketulusan hati itu bukan kepakaranku, tapi cukup la aku membaca dari tatapannya.
Kenapa kosong, Jake? Kenapa aku tidak dapat menjumpai apa-apa?
"I still love you, Sofi." Jake sepertinya menekankan sebaris ayat itu.
Dahiku semakin berkerut. Aku merasa tebing mataku bertakung. Aku menghentak sudu ke meja, menghasilkan satu bunyi kuat menguasai ruang Kafe ketika itu. Nasibnya tidak banyak perhatian.
"Then why the sudden break up, Jake?"
Rasanya, kita baik-baik sahaja semalam. Semuanya biasa belaka. Aku dan Jake saling berbalas chat, saling bertanya khabar, dan Jake seperti biasanya terlalu romantis melayaniku. Tetapi kenapa tiba-tiba tiada angin, tiada ribut semuanya bertukar menjadi khabar buruk hari ini?
Aku tidak faham.
"Saya ada sebab saya," balas Jake. Aku kerling pada pinggannya yang tidak bersentuh itu. Ayat bidasan aku biarkan membuku di fikiran dulu.
"Makan,"
Jake memandangku pelik.
"Makan dulu, Jake. Kita dah lama tak jumpa, awak ingat saya tak perasan badan awak dah makin susut? Makan, Jake. Baru kita bincang soal break up." arahku.
"Awak masih nak arah saya dalam situasi ni?"
"So awak tak tahan dengan perangai saya la ni? Sebab saya suka mengarah awak? Saya ni opinionated?"
Lelaki itu sepertinya mengeluh berat. Diurut pelipisnya yang tegang.
"Sejak bila saya cakap macam tu? Awak jangan overthinking sangat boleh tak?"
"Siapa je yang tak overthinking, Jake?"
Jake diam. Sekali dia melihat segaris cecair hangat itu menuruni pipiku, dia terus membisu.
"Awak cakap perempuan mana yang tak overthinking bila boyfriend dia tiba-tiba mintak putus?"
Jeda.
Saat itu juga selera aku langsung hilang. Kalau tadinya aku pujuk juga hatiku, tapi aku tidak sekuat itu. Ketika aku menahan dari menangis, jatuh juga air mata. Siapa pun tahu aku benci terlihat lemah, lagi-lagi di depan lelaki yang baru sahaja berhenti mencintai.
"Tak payah makan la, Jake. Saya ni tak ada hak dah nak menyuruh awak. Saya balik dulu," telefon dan kaca mata aku capai sebelum tanganku disambar.
"Dengar dulu explanation saya,"
Aku memandang wajah tampan itu sekejap. Aku baca riak wajahnya. Aku cari kesungguhan dalam kata-katanya.
"Text je la saya." putusku. Dan kemudiannya, aku beredar pergi tanpa peduli pun untuk berpaling ke arahnya.
Hari itu, aku seumpama hanyut. Aku buntu. Perasaanku bagaikan dihentam badai kuat, yang seterusnya merelakan arus ombak membawa ku ke mana-mana.
Tempat yang jauh dari bahtera jiwaku.