14

48 15 2
                                    

14 [SOFI]

Malam ini Jake juga mampan terlihat tampannya dalam uniform kerjanya, malah berseri-seri dibias cahaya lampu malam. 

"Jake, awak lari ke sini ke?" soalku sambil meneliti dahinya yang basah.

"Tak," balas Jake, namun tidak pula lelaki itu memandang tepat ke mataku. 

Lelaki itu terus menghenyak duduk di sebelahku. Aku perhati pula sebekas cawan Matcha Green Tea yang dijinjing Jake, lalu bekas itu duduknya di ribaan. Dia kemudiannya terus menghulur cawan bersaiz besar itu ke arahku. Siap disembur whipped cream pada atasnya, tapi siapa pun tahu kondisi whipped cream itu bersepah dek dibawanya yang bergegas ke sini. 

Aku tarik senyum dalam diam. Tak lari konon. 

"Tertumpah ni, sampai basah bekas air tu. Awak betul ke tak lari ni?" sindirku.

"Tak lari, Sofi. Saya tenang je bawa air ni tadi. Mungkin dipukul angin,"

"Angin dipersalahkan,"

Jake senyum.

"Lama ke awak tunggu? Sejuk malam ni, tak pakai jaket?"

"Tak, malas." jawabku tak semena sebelum mengirup air manis itu. Lega sikit bila dah lalu tekak, serasa beban yang menimpa sebentar tadi seperti diangkat sedikitnya. Lagi pula niatku memang hendak mengamati angin sejuk malam di luar. Aku tak perlukan jaket untuk itu.

Kami dilanda keheningan sejenak.

"Are you okay now?" 

Jake yang bermain dengan topinya itu kupandang. "Sikit." 

Lelaki itu tidak berbicara apa-apa selepas itu. Tangannya melunjur pada kertas skrip di ribaanku. Menelaah satu-persatu. Nampak matanya bergerak, terangguk-angguk, jemari juga dibawa ke mulut. 

"Banyak ni, Sofi. Kita bahagi, nak?"

Cadangan dari Jake itu seterusnya berjaya buatkan aku tersedak air. Aku menepuk dada sambil melepaskan batuk kecil. 

"Hey," selamba je tangannya dilalukan ke belakang, lalu menepuk-nepuk lembut badanku. 

"Okay?" 

Oh, alangkah bertuahnya nasib aku malam ini ketika taman diselindungi cahaya malap. Aku tak tahu hendak beriak macam mana kalau Jake dapat melihat wajahku yang diserbu kemerahan. Siapa je tak naik malu? Wajah aku dan Jake tika ini, jika hendak dijelaskan,

Hanya jauh sejengkal je.

"Jake, jangan main-main. Awak pun baru habis kerja."

"Boleh je ni," kertas skrip itu ditayang. Muka habis konfiden boleh buat. Memang la, aku tak meragui tahap kredibiliti Jake. Tak adanya disandang jawatan Presiden kalau perlaksanaan kerja setakat biasa-biasa je. Tapi, aku faham penat manusia ni ada hadnya.

"Boleh, saya boleh buat, Sofi."

"Tak payah, awak ajar je macam mana saya nak cakap nanti. Pandai-pandai la saya cover tengok skrip nanti."

"Sofi,"

Aku terus merembat skrip itu dari pegangan Jake. "Serius, Jake. Saya serius boleh buat. Awak tengok saya praktis je, pastu evaluate. Tengok apa kena... apa tak kena."

Jake diam. Ditenung wajahku lama. Lalu dia menarik senyum. 

"You are one persistent club member. Betul kata Jay, awak ni reliable. Rugi je awak tak sama kelab dengan saya." 

Aku dapat merasakan ego dan harga diriku mencanak naik selepas mendengar pujian itu. Aku senyum seluas-luasnya, menandakan mood aku yang bertambah seronok. 

"Bila nak scout? Saya boleh je two-timing club,"

"Really? Can you really work under pressure with two clubs at stake?"

"Can if you trust me,"

Aku bercakap nak menangkan ego sahaja. Jelas-jelas aku tahu aku tidak mampu. Sekarang boleh la berjanji. Betul-betul kena kat batang hidung nanti baru la nak terduduk, termengadah, terlutut kemengahan.

"Alright, jom start. Awak berdiri dekat depan sini."

Suasana sekeliling yang kian melengang itu aku perhati sebelum aku bergerak ke tengah jalan. Aku membasahkan tekak.

"Hadirin sekalian, selamat datang ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh kelab keusahawanan berkolaborasi dengan kelab perakaunan pada petang yang indah ini. Saya Sofi Jane, MC pada hari ini."

Celik mata sahaja, aku sudah berdiri di atas podium pentas menghadap sekerumun audiens pelajar yang memenuhi ruang dewan sejak bermulanya majlis Talk tadi. Sekarang penghujung majlis sudah tiba. Mataku menerawang ke hamparan lautan pelajar itu, lalu aku mengukir senyum. Metode aku menyembunyikan gementar.

"Dengan berakhirnya sesi pertanyaan sebentar tadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan Encik JYP dan para hadirin yang sudi menonton hingga akhir majlis serta semua yang terlibat dengan majlis ini secara langsung atau tidak langsung. Saya meminta maaf atas segala kekurangan pada pihak saya. Diingatkan sekali lagi untuk mendapatkan cop event daripada booth yang disediakan di pintu dewan. Sekian,"

Dan aku turun dari pentas, dengan hati yang berkobar bangga.

"You did great!"

Aku menoleh. Ketika itu aku sedang menempatkan duduk di tangga belakang pentas. Membasahkan tekak dengan meneguk air mineral. 

"Thanks!" sahutku.

Lelaki itu terus melabuhkan duduk di sisiku. Seakan ditempah tempat itu atas nama Jake Sim.

"How was it? Life changing experience?"

Aku tarik sengih. Sengihan yang aku tarik sampai ke telinga.

"Betul! Seronok, tapi nervous. Bila dah habis rasa lega terus. Tahu tak saya nak terberak tadi? Punya la takut spoil apa-apa."

Selesai itu aku meregangkan badan, melengangkan sendi-sendi yang tegang sepanjang program dikemudi.

"But you did great. Tu saya tahu la."

Aku tekup mulut terharu. "Thank you, Jake. Awak yang tunjuk ajar semalam."

Waktu itu aku baru teringat, lantas aku menyeluk ke poket seluarku. Sebelah tanganku menarik tangan Jake. Sebentuk keychain bunga sakura itu aku daratkan ke tapak tangannya.

"Belonged to the rightful owner," ujarku.

Jake kelihatannya disambut kebingungan.

"Huh? Kenapa ni?"

"Tanda terima kasih la. Awak dah banyak tolong saya. Awak pun suka bunga ni, nak dibandingkan dengan saya... saya beli sebab keychain ni comel je."

"Oh... tapi bukan awak sayang ke keychain ni?"

"Sayang lagi saya ke awak, Jake."

Jake tergelak kecil. Dah biasa dengan usikan gatalku itu. "Oh... dah tolong baru nak sayang? Thank you, Sofi. Saya jaga."

Aku perasan genggamannya dipereratkan. Lahir lekuk senyuman pada wajah itu.

"This one keychain really remind me of you, Jake. Tahu tak? I like your scent,"

"Oh, really?" Jake menyamai paras pandangan denganku. "Kalau macam tu, awak suka scent apa? Vanilla? Strawberry? Roses? Be it perfume, body mist, freshner ke..."

Berkerut dahiku. Berfikir. "Freshner... Lavender. Saya suka bau lavender."

Satu senyuman penuh makna dikuntum Jake.

"I'm giving you lavender charm necklace later."

"Huh? Untuk?"

"Friendship gift."

Termeterainya sesi pertukaran friendship gift itu membawa ke 2 tahun fasa perkenalan, 3 tahun dunia percintaan dan seterusnya berakhir dengan 2 bulan jurang perpisahan. 


























Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now