20

47 14 0
                                    

20 [JAKE]

"Are you sure, Jake?"

Aku mengangguk. Mengiyakan.

"Kau tahu kau tak perlu buat benda ni, kan? Sofi takkan tahu, Jake. Aku rasa better kau balik ke Brisbane buat masa ni. Selagi Sofi tak bagi kata putus."

Kepala diangkat untuk dipandang Hana yang setia mengunci pandangannya ke wajahku. Dua hari sudah berlalu sejak aku sampai di ibu kota Korea Selatan ini. Orang pertama yang aku terfikir untuk meminta tolong tak lain tak bukan, Hana. Kawan baik Sofi.

Tika itu kami berjumpa di restoran milik sepupu Hana. Itu mengikut cadangannya.

"Aku nak stay, Hana." nekadku.

Terdengar Hana mengeluh kecil. "Kenapa?"

"Aku rasa dah jelas Sofi bagitahu dia nak masa. Apa dia rasa kalau dia tahu kau ada dekat sini, sebab dia?"

"Aku takkan muncul depan dia. Aku tahu batas aku,"

"Then, what? Kau tengok dia dari jauh? Like a total creep?"

Aku ketap bibir. Like a total creep I am.

"Aku nak pastikan betul-betul depan mata yang dia okay." gelas yang berwap itu aku genggam, lalu dibawa mendekat.

"Soal masa tu, Hana. Aku lebih dari tahu. Ada masa aku nak menjauh, dan ada masa aku nak ada dengan dia. Aku dah ambil lebih dari lama masa untuk menjauh,"

"Sekarang aku nak ambil sepanjang masa aku untuk ada dengan dia." putusku.

Hana diam memerhatiku. Kemudiannya gadis itu bangun lalu menempatkan duduk di sisiku. Satu pelukan diberikan lalu belakang badanku ditepuk lembut.

"Masa yang kau ambil ni tak menjanjikan apa-apa, Jake. Tapi aku harap kau dan Sofi dapat bertemu bahagia tu. You guys loved each other. That's what important," bisiknya.

Aku hanya mampu menahan sebak mendengarnya. "Thank you, Hana."

Unit 236.

Dari kejauhan, aku memerhatikan satu unit apartmen itu. Pintunya diselak dari dalam, dan terlihat sekujur tubuh milik Sofi yang melolos keluar dari muka pintu. Aku terkesima sesaat. Lain rasanya ketika wajah yang didamba itu dapat dilihat depan-depan. Seakan-akan menghidupkan perasaan yang hampir mati. Terus aku bergerak ke belakang tembok, bersembunyi sambil melihat tubuh itu melintasiku tanpa menoleh. Yakin Sofi tidak perasan kewujudanku, senyap-senyap aku mengekorinya dari belakang.

Destinasi pertama Sofi, kafe berdekatan kawasan apartmentnya. Menu dipesan juga sentiasa sama. Matcha Green Tea.

Aku mengekori pula gadis itu yang seterusnya menyimpang ke kedai Subway. Aku menyilang tangan sambil menunggu di luar, dan apabila keluar Sofi dari premis itu, ketika itu aku menangkap sesuatu.

Pada beg sandangnya, ada satu benda yang disangkut pada zip.

Keychain sakura.

Keychain yang dipulangkan aku ke Sofi sewaktu sebelum aku berangkat ke Brisbane, sebagai meterai janji untuk aku kembali menuntutnya satu hari.

Sofi masih pegang akan keychain itu. Atau lebih tepat, pada janjiku suatu dulu.

Tanpa sedar aku membawa tangan ke dada. Menyoal tentang hati. Jika benar kami masih terikat atas dasar cinta, dan masa itu bentengnya,

Wahai hati,

Kau bersabarlah sedikit lagi.

"You dah makan belum?"

Jane melucutkan cermin mata dari dipakai. Lenguh badan dilepaskan dengan berbaring di atas lantai sambil badan diregangkan.

"Kotorla!" desisku. Sebatang tubuh yang longlai itu aku tarik tangannya untuk bangun menduduk. Apa pula berbaring di tengah ruang tamu. Tempat dipijak-pijak.

"Penat gila..." omelnya. "Ni I belum siap lagi ni. Ada lagi budak ofis I hantar open job I nak kena monitor,"

"Biasa la, Jane. Kerja tak ada yang tak penat. Rehat kejap, ambil nafas dulu. Go with your own pace,"

"Tengah rehat la ni Sim Jaeyun!" bentak gadis itu. "You jangan nak membebel ke I pulak! Sebab you juga I request untuk kerja dari rumah full time, sebab nak pindah ke Daegu je. Nasib boss I sayang I tahu tak, Jake. Nasib kerja I ni flexible!"

Aku tidak membalas apa. Sebaliknya, aku duduk mencangkung di sebelah Jane lalu mendekati telinganya.

"That's why I tanya. You dah makan belum? I nak masak untuk you."

Bersinar terus tatapan Jane. "Masak apa?"

"Ramen can ah?"

"What in the asshole, setakat ramen I pun reti, derr!" jari dipetik di depan mataku. Wah, ini perempuan. Lumayan report aku kumpul dihantar ke Mama nanti.

"Tipu je la. I cook you steak. Nak, tak nak?"

Makin bercahaya wajah gadis itu.

"Nak, yes. Nak!"

"Okay. Take your time, I pergi masak kejap."

Jane mengangguk-angguk. Lagak gaya dah serupa Layla yang teruja hendak disuapkan. Sama je la dua-dua tu.

"Jangan baring kat lantai, Jane. Kotor." pesanku sebelum beredar ke ruang dapur. Terdengar Jane mendecit kuat, aku biarkan je. Telefon dari dalam kocek seluar diseluk keluar. Ruang chat dari Sofi itu aku buka.

- dah makan?

Sekejap cuma dihantar apabila selepas itu laju dibalas Sofi.

+ Belum
Later, saya masak ramen ;)
u?

Terus aku mencekak pinggang. "Aih," keluhku. Ramen lagi. Pagi sandwich, tengahari skip, petang snek, malam ramen pula. Macam mana la nak cukup nutrien?

Sudahnya, malam itu aku masak stik lebih satu. Dan aku hantar sampai ke depan pintu. Pintu diketuk, lalu cepat-cepat aku meloloskan diri. Di sebalik dinding tangga aku sembunyi. Terjengul Sofi di muka pintu selepas itu. Wajahnya jelas kebingungan, namun diambil juga bekal itu dibawa masuk. Aku dapat menangkap samar-samar tutur katanya sebelum Sofi menghilang masuk.

"Hana... Hana..."

Aku senyum. Meski atas nama Hana dicop pemberinya, hati aku merasa penuh semula.














Lewat Waktu | JAKETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang