11 [SOFI]
"Sofi,"
Aku menoleh ke arah empunya suara. Oh, Jungwon. Pelik betul, dua tiga hari ni, sejak aku kenal si Jungwon ni entah kenapa kerap sangat kami bertembung. Tak aku tegur, dia tegur dulu. Yang aku tambah pelik, tak ada pula aku terserempak Jake kat mana-mana.
"Kau tak ada class ke?"
Macam biasa juga, itu ayat pertanyaan kami sebaik menyapa. Tak ada modal lain dah.
"Baru je habis ni." Jungwon terlihatnya sedang menelek satu-persatu snek yang hendak diangkat.
"Kau?"
"Aku pun baru habis, petang ni ada class. Lepas ni aku nak ke bilik kelab kejap." aku pula tak habis lagi mencari snek pilihan hati. Hari ini terasa nak tukar selera pula. Selalu makan mochi beku tu, kali ni, hm.... tak tahu lagi.
"Oh.... kawan kau Hana tu tak ada pula dengan kau?"
Aku jeling Jungwon atas bawah. Memandang penuh skeptikal. "Kau syok kat Hana ke? Dia dah ada boyfriend 3 tahun la, melepas la kau."
Terhambur terus Jungwon dengan tawa mendengarnya. "Kau ni dah kenapa? Aku tanya je pun, it doesn't mean anything nor there's any intention behind the question,"
"Mana tahu.... Jake mana, Jungwon?"
Peluang ni la Jungwon ambil untuk membalas kerlingan sangsiku tadi.
"Tak habis-habis Jake. Kau minat dia ke?"
"I smell a rhetorical question right there,"
Jungwon tergelak kecil.
"Dah la, Sofi. Kau tak jawab pun aku tahu. Elak la macam mana soalan aku tu."
Mendecit terus aku. Apa Jungwon tahu? Kejap, biar aku munasabah diri. Do I like Jake? Yes. Do I love Jake? No. Perasaan aku ni tak ada la sebesar dan segimik berkejaran di taman penuh bunga. Lagi pula, nak dikatakan aku, tapi aku rasa ramai lagi yang suka betul-betul dekat Jake.
Nampak tak peluang aku kat situ? Senipis confidence aku tahu?
Jeda.
Aku terus menyambar roti melon di hujung seksyen rak. Takut diserang lagi soalan jerangkap samar dari si budak Jungwon ni.
"Jake ada kat kelab keusahawanan, tengah bincang pasal program," bersuara Jungwon buatkan aku berpaling seketika sebelum pandangan lepu aku berikan.
"Thanks, bye Jungwon."
Aku menapak ke dalam bilik kelab dengan langkah longlai. Aku terus mengerling ke Jay yang menyeru dari ceruk belakang. Mataku bergerak pula ke Jake, dan lama terus mendarat pada lelaki itu sebelum dikerling ke Jay balik.
"Yo." balasku sambil diangkat tangan, menyapa. Hari ini aku mengenakan sweatshirt simple sahaja, dilengkapkan dengan sepasang loose trousers. Topi tidak berjenama aku pasang ke kepala.
Dalam banyak-banyak hari, macam mana pula penampilan aku boleh sama dengan Jake hari ini? Aku tak tahu nak rasa apa.
"Whoa... ada promise-promise ke ni? Hm? Hm? Asal baju semua sama ni? Warna nak dekat sama!" seloroh Jay.
Betul la tu. Aku pakai warna hijau mint, Jake pakai warna hijau lumut.
Tsk.
"Oh, haah betul. Twinnies!" Jake angkat tangan, aku senyum sebelum menepuk tangannya.
"Ni bukan promise, kebetulan sangat ni," balasku. Aku sudah menghenyak duduk di sebelah Jay, menghadap Jake.
"Aku dah hantar proposal tau. Tapi er... sijil nak mohon kat mana?"
"Oh, Mr Bang. Nanti aku bagi e-mail address dia. Kau emel je dia dulu,"
"Okey, thanks." aku mengangguk faham.
"Okey, sekejap. Aku nak ke bilik sebelah kejap,"
Aku dan Jake sama-sama mengangguk. Kami menyaksikan Jay yang beredar dari bilik kelab. Dan kami jadi canggung selepas itu. Aku belek telefon, Jake belek jamnya.
"Sofi,"
Pandangan diangkat ke lelaki itu. "Hm?"
Lelaki itu perlahan-lahan menghulur tangannya di atas meja. Satu bentuk keychain itu terjengul di tapak tangannya. Membulat mataku saat melihat perhiasan itu.
"Ha? Mana awak jumpa ni? Lama saya carik!" ucapku, sedikit meninggi suaraku dek dihurung teruja. Aku sambar keychain berbentuk kelopak bunga sakura itu penuh syahdu. Ingatkan dah takkan dapat jumpa lagi dah. Sayang gila kut, dari Tokyo aku beli.
"Hari tu masa dekat dalam bas, tercicir dekat seat. Saya nak kejar tapi terlepas. Tapi saya ingat la muka awak macam mana,"
Jake terlihat sedang membega topinya. "Masa briefing hari tu saya dah cam, tapi tak ada dengan saya pula keychain ni. Hari ni baru teringat nak bawa,"
"Jake..." aku menekup mulutku. Buat-buat menangis keterharuan.
"Awak nak apa? Cakap je. Saya belikan."
Berkerut terus wajah lelaki itu.
"Tak payah la. Benda kecik je pun saya buat."
Lagi sekali aku menekup mulut tidak percaya.
"Jake, benda ni tak kecik bagi saya. Percaya la. Mintak je apa awak nak, saya bagi."
Jake terdiam seketika, berfikir sejenak.
"Kalau macam tu," dia mengoyak seanggun-anggunnya senyuman.
"Saya nak keychain ni."
Ditunjuk pada keychain yang sudah selamat dalam sambutanku itu.
