22 [JAKE]
+ Jake,
saya pelik.
haritu saya tertinggal payung, tapi ada
orang bagi payung tu ke saya...
tapi saya tak tahu siapa yang bagi,
tahu-tahu je memang tu payung saya
patut ke saya risau ekChat terakhir dari Sofi itu aku biarkan tidak berbalas. Jujur aku sendiri tidak tahu hendak berbalas apa. Kalau kes makanan yang selalu dihantar tu, aku awal-awal dah minta tolong Hana untuk mengaku pemberinya dari dia. Tapi kali ini, aku buntu hendak merangka ayat apa.
+ Nevermind
Saya nak check CCTV nanti,
Sebab payung tu saya letak kat luarAku telan liur. Boleh jadi masalah besar pula nanti. Cepat-cepat aku mengetik pada keyboard. Brainstorm.
- Sofi, it's Jungwon.
Dia hantarkan makanan ke awak haritu
and noticed you left your umbrella.
Lepastu dia jumpa awak.
Kat taman, menangis dalam hujan.
He told me.
You forget to tell me the part where you
get your umbrella back.
Are you really okey, Sofi?Beberapa minit berlalu, tiada lagi respon dari gadis itu. Aku letakkan henfon ke atas laci. Itu sudah dapat aku tebak. Masa itu aku biarkan Sofi ambil untuk membalas chat berbentuk serius itu.
"Jake,"
Aku menoleh sebaik mendengar namaku diseru. "Yes?"
"Boleh letakkan dulang ni kat belakang? Aku nak bersihkan meja sekejap lagi."
Aku mencerlungkan mataku, cuba mencerna satu imej kabur yang ditangkap mata itu. Dua minit lebih selepas itu baru aku dapat mengecam pemilik suara itu.
"Jake?" bertanya lagi Sunghoon. Dia yang mulanya berdiri di kaunter terus bergerak menghampiriku.
"Kau okay tak?" bahuku dipegang. Terlukis riak risau pada wajahnya, sambil matanya atas bawah mengimbasku. Memastikan kondisiku.
"Sunghoon..."
Aku membalas pandangan lelaki itu.
"Kenapa aku tak dapat cam kau tadi? Mata aku kabur tiba-tiba."
"Huh? Kabur tiba-tiba? Kau rabun ke, Jake?"
"Rabun?" terpacul perkataan itu dari mulutku, namun tidak pula menyuntik apa-apa memori berkaitan. Aku terdiam sejenak. Berfikir.
Rabun?
Rabun....
"Tak. Aku tak rabun, Sunghoon."
Sedangkan cermin mata itu jauh dari milikanku. Mana boleh kes tadi disebabkan rabun, atau aku diserang rabun tiba-tiba? Bila difikirkan balik, lewat-lewat ini aku susah nak mengecam barang, apatah lagi orang. Bila aku cuba memfokuskan kanta mata, kepala pula diserang pening yang berat. Aku ingatkan benda biasa sahaja. Tiada apa-apa, mungkin itu simptom kepenatan. Lagipula termasuk hari ini, sudah masuk tiga hari aku bekerja di restoran panggang ini. Sendiri tahu la sibuknya macam mana, lagi-lagi dengan ketidakcukupan staff. Berturut-turut shif malam dan pagi aku ambil. Bayangkan penatnya macam mana.
Aku bukan tak nak memohon kerja di syarikat-syarikat. Tapi buat masa ini, cukup la aku bekerja sebagai staff restoran dulu. Cukup pengalaman nanti aku berbalik ke kerja syarikat. Saja menukar angin.
"Kau tak nak pergi check?" bersuara sahaja lelaki tampan itu, aku seperti tersentak dari lembah lamunan.
"Check mata?" sambil aku mengangkat dulang berisi pinggan mangkuk kotor, sambil itu aku mengerling ke Sunghoon yang mengekoriku dari belakang. Risau jika apa-apa.
"Well, I suggest both. Mata, dengan badan."
Dulang itu didaratkan diatas kaunter sinki selepas ditatang penuh hemat. Sesudah itu, aku terus memusingkan badan. Menentang mata dengan teman baruku itu, sekali lagi. Senyum cuma aku ulum.
"Aku okey je la. Penat kut. Tak ada apa-apa rasanya."
"Okay, tak okay. Apa-apa pun kau pergi check dulu, baru confirm cakap tak ada apa-apa. Kau tuan badan, kau patutnya tahu kalau ada benda tak kena,"
"Tapi aku busy la. Nanti aku cari masa, kalau ada kelapangan aku pergi."
"Seeloknya jangan ditangguh,"
"Tahu, Sunghoon."
Sepi sesaat.
"Aku nak basuh mangkuk ni semua kejap, nanti sampah aku buang." ujarku, memecahkan keheningan suasana.
Sunghoon terlihatnya mengangguk faham. Tapi tidak pula aku lihat teralih tatapan menyimpan risau walau sekelumit dari lelaki itu.
"Aku kemas kat depan,"
"Baik."
Beredar lelaki itu ke ruang menyambut pelanggan di depan bersama kain lap dicapai. Aku yang ditinggalkan di dapur, mula menyambung kerjaku di sinki. Beralih sekejap aku ke depan untuk mengambil telefon sebelum disemak pada ruang notifikasi.
Tiada mesej dari sesiapa.
Makna kata lainnya, tiada lagi mesej dari Sofi.
Sofi,
Sofi...
Tanpa sedar aku memicit dahiku yang menggelegak. Terasa berat kepala nak dibawa. Aku menghempas satu keluhan.
Mungkin aku tak patut tanya soalan sebegitu. Aku tak tahu apa yang difikirkan gadis itu, jauh sekali menduga perasaannya ketika ini. Diletakkan balik telefon ke tempatnya. Menonong semula aku ke muka dapur. Seusai sinki dikosongkan dan dibersihkan, aku memampatkan sampah sebelum plastik sampah itu ditarik keluar dari tong.
Kepalaku berpusing makin kuat.
Dari membongkok, aku terus mencangkung di tepi tong biru itu. Nafas yang sesak diambil penuh payah. Aku dapat merasa peluh menitik dari dahi.
"Oi, Jake."
Aku berpaling. Sunghoon lagi. Berlari terus lelaki itu mendapatkanku. "Kau kenapa ni?"
"Sunghoon," bibirku menggeletar.
"Aku rasa berat."
Itu ucapan terakhirku sebelum duniaku menggelap. Aku tidak tahu apa-apa, yang aku tahu aku terus pitam selepas itu.
Dan pagi esoknya itu, aku baru dapat tahu aku ada tumor otak.