4 [SOFI]
Cekak lengan baju yang terkoyak aku biarkan. Tidak tahu macam mana, tiba-tiba aku terlanggar pagar, lalu lengan bajuku bergesel pada bucu tajam. Habis tercabut butang cekak, dan hasilnya lengan baju aku ternampak menggeleber.
Nanti la. Balik nanti aku jahit balik butang lain.
Pandanganku kini beralih ke bangunan apartment di depan mata. Aku perhatikan sekeliling sebelum langkah disusun menuju ke lobi.
"Hm?"
Dahiku berkerut. Tak silapku, unit bilik yang dilawati itu milik Jake. Tapi siapa yang berada di pintu bilik itu? Aku perhatikan pula di ruang koridornya, berbaris bungkusan sampah elok tersusun di sepanjang ruang.
Jane ada upah pekerja membersih, ke?
Perlahan-lahan aku mendekat. Pintu bilik yang terbuka itu aku capai, lalu aku mengintai ke dalam.
"Terkejut, mak kau!"
Dengan aku sekali melompat dek terkejut. Membulat mataku sebaik mengenal pasti dalangnya.
"Jungwon,"
Lelaki itu tak habis lagi mengurut dadanya. Kalau aku jadi dia pun, aku cuak. Tiba-tiba ada kepala mengintai dari belakang.
"Hehe. Sorry very jeongmal." ujarku.
"Kau ni la kan," omel Jungwon.
"Nasib tak terbaling plastik ni ke muka kau."
"Tak apa. Aku sambut. Refleks aku sebaik Usain Bolt laju dia." balasku sambil tersengih.
Jungwon hanya memandangku dengan wajah berkerutnya. Tak hilang lagi debar di dadanya. Namun dia sempat menarik senyum.
"Buat apa ke sini?"
"Kau buat apa kat sini?" bertanyaku sambil meninjau ke ruang dalam apartment milik Jake.
"Kau pun tahu doorlock Jake?" soalku lagi.
Jungwon mengeluh. "Nak aku jawab mana satu ni?"
"Dua-dua."
"Aku kemas sikit rumah Jake. Semalam aku datang sekejap sebab nak ambil barang dia, tapi tu la. Aku terkejut tengok, bersepah sangat. Ni kau tengok pun, kebanyakannya aku dah kemas."
"Oh...." aku mengangguk faham. Pada masa yang sama, aku terkilan. Jake tak pernah macam ni. Jake yang aku kenal, ialah lelaki yang teratur hidupnya.
Tapi itu la. Bila sekarang, aku tidak tahu lagi Jake itu macam mana. Bahkan aku tidak pasti Jake yang aku kenal selama ini, betul-betul Jake yang sebenar.
Banyak benda yang aku tidak tahu pasal Jake lagi, rupanya.
"Doorlock ni, ah. Aku tahu. Birthdate dia."
"Oh, so sweet,"
"Yeah, shut up."
Kami sama-sama mengekek. Jungwon ni aku kenal dari Jake. Katanya, mereka sudah berkawan sejak zaman universiti lagi. Sendiri tahu la keakraban mereka macam mana. Tengok la, bila Jake tiada, Jungwon yang rajin menjaga apartmentnya.
"Jungwon,"
Jungwon angkat sebelah kening. "Yes?"
"Kau tahu ke Jake macam ni? Kau tahu dia depressed?"
Berat hendak aku tuturkan, tapi aku perlu tahu. Ada sesuatu yang perlu aku sahihkan.
"Umm," lelaki itu mencekak pinggang.
"Aku tak tahu, Sofi. Aku baru dapat tahu hari tu, bila aku datang ke sini. Tengok-tengok je dia dah tenggelam kat dalam tab mandi. Aku jumpa suicide letter kat dapur. Aku tak dapat bayang apa jadi dekat dia kalau aku tak ada waktu tu."
"Kenapa la bukan aku yang ada dengan dia waktu tu, Jungwon?"
"Well, things happen for a reason." Jungwon menepuk bahuku yang mengendur. Menyalurkan semangat.
Aku terdiam. Maksud Jungwon, kalau aku ada waktu itu, kalau aku melihat keadaan Jake waktu itu, mungkin aku tidak dapat bertindak dengan rasional. Mungkin aku akan menangis dulu sebelum mengangkat tubuh terkulai Jake.
Mungkin itu, mungkin itu.
Semua itu hanya kemungkinan yang aku harap tidak akan berlaku.
Tapi ada betulnya juga. Aku juga bahkan akan in denial sewaktu melihat Jake dalam keadaan sebegitu.
"Kau kenapa ke sini?" sekali lagi Jungwon bertanya.
"Kak Jane suruh. Aku tak tahu sebab apa."
"Oh, mungkin ni kut..."
Jungwon menepuk-nepuk tangannya sebelum dia bergegas masuk ke dalam, lalu keluar dengan beberapa bungkusan surat di pegangannya.
"It's all written with the same words on it. For Sofi." katanya sebelum menghulur ke arahku.
Dan detik itu, aku dapat merasa sesak di tekakku. Air liur ditelan kesat. Entah kenapa aku rasa surat-surat itu bakal merobek lagi hatiku.
"Untuk aku?" soalku. Memastikan.
Aku dan Jungwon saling berpandangan. Lelaki itu mengangguk.
Bungkusan surat-surat itu bertukar tangan.
"Aku rasa... Aku rasa dah banyak kali dia fikir nak buat. Dan setiap kali dia teringatkan kau, Sofi. Sebab tu je yang aku jumpa dekat meja study dia. Bersepah."
Mataku mulai bertakung. Kalau betul apa yang diperkata Jungwon, hatta seribu tahun masa diambil, tidak dapat sekelumit pun menghilangkan rasa sebu di hati. Aku rasa... Aku betul-betul rasa bodoh.
"Jungwon..." sebelah tanganku dibawa ke muka. Aku mengesat air mata yang jatuh.
"Terima kasih, Jungwon. Kalau kau tak ada waktu itu, mungkin aku dapat surat ni, masa tu dah terlambat."
Lama Jungwon terdiam sambil memerhati tingkahku sendiri. Entah sejak bila, lelaki itu mencabut safety pin dari topinya lalu dicucuk pada cekak lengan bajuku yang terkoyak.
"Clumsy as ever. Macam mana la Jake boleh sayang gila-gila?"
Sekali lagi Jungwon mengulum senyum menampakkan pesona lesung pipit di kedua-dua pipinya.
"Maybe..." aku masih lagi menyeka air mata di pipi.
"Maybe tu charm aku."
Tergelak kecik Jungwon mendengarnya. Dia mengusap rambutku sekali.
"You bet it is."
Aku membalas senyumannya.
"Oh... Aku tolong kemas la."
"Cun."