16

51 14 2
                                    

16 [JAKE]

Panggilan video diangkat. Terlayar wajah Sofi pada muka skrin, yang seterusnya berjaya mengetuk satu perasaan jauh di sanubari. Aku tahu perasaan itu, malah aku lebih dari kenal sensasi rasa itu. Perasaan yang setahun lamanya aku pendam ternyata menyerbu sekelip mata diambil masa. 

Aku rindu.

Aku merindu pada waktu satu wajah menyimpan seribu kejuwitaan itu mampu aku tatap depan mata.

"Sofi..." jujur aku mati kata. Kelam jiwaku. 

"Kenapa call, Jake?" 

Sofi malah tersenyum di balik layar itu.

Sofi masih sempat tersenyum.

Makin dihenyak hatiku melihatnya. Sedalam-dalamnya kesal aku simpan pada gadis ini. Seboleh-bolehnya aku berharap gadis itu berjumpa bahagia dengan orang lain. Setahun menunggu, tapi tidak sekali pun isu lelaki lain bangkit dari Sofi. Hatta secebis keluhan pun tidak aku dengar dari gadis itu. 

Ironinya, perkara itu yang buatkan aku terus dibelenggu hiba. 

Sofi... kenapa kau tunggu aku, Sofi? Banyak dah masa kita dihabiskan dengan kau yang ibarat menunggu di stesen tren. Dalam konteks ini, kau di sebelah platform, dan aku di dalam tren.

Masalahnya cuma satu,

Aku tidak tahu bila tren akan berhenti. Aku tidak tahu, Sofi.

"Jake? Hello?"

Tersedar terus aku dari ruang lamunan. Aku tersentak sekejap, lalu berdehem. Posturku dibetulkan.

"Sorry," ujarku. 

Sofi menarik senyum lagi. "It's okay. Awak okay ke? Kenapa video call saya ni?"

"Girl... To check up on you la! Are you really okay, Sofi? Saya tahu awak tak okey, awak hantar la text poyo macam mana pun saya tahu awak tak okey,"

"But I really am!" tergelak kecil gadis itu kemudiannya.

"Sofi, kita dah lama tak jumpa. Tapi saya bukan kenal awak baru setahun,"

Surut terus gelak Sofi. Tiada lagi jejak senyuman di wajahnya selepas itu. Sofi yang aku saksikan sekarang ini, baru la betul-betul Sofi yang aku kenal. 

"Sofi, unlike me. You love your job." mataku melilau sesaat, cuba merangka kata. Risau aku mengguris hati Sofi yang keadaannya sedang rapuh tika itu.

"Jujur saya tak nampak sebab untuk awak okay, Sofi."

Jatuh sahaja cecair itu dari tebing matanya, aku terdiam sejenak. Terbawa fikiranku dikala aku membiarkan tangisan itu jatuh pada satu masa dulu. Saat paling aku benci, ketika harus gadis itu aku lepaskan. 

"Jake..." 

Dilalukan sejenak keheningan bersulamkan esakan.

"Papa made me do this, Jake." 

Sofi yang terlihatkan sedang dalam posisi berbaring itu terus bangun sebelum menempatkan duduk di meja study. Lampu study dibuka.

"Dia nak saya kerja dengan kawan dia, company dekat Daegu sana. Saya kena masuk kerja starting next week, so hari ni saya last kerja."

"Awak ambil position apa?"

"PA,"

PA lagi tu. Kalau bagi orang lain, mesti sudah ditanam dengki ke Sofi. Masuk pun guna kabel, jawatan pula bukan biasa-biasa.

"Can you handle it?"

"Jujur saya cakap saya tak tahu. Semua ni tiba-tiba. Saya suka kerja saya Jake, saya rasa selesa dengan budak-budak. Saya happy. Saya tak susahkan orang, hidup saya low maintenance pun tak apa. Kenapa Papa tak nampak tu semua, Jake?"

He just want anything best for you. Itu respon biasa dari orang-orang biasa. Tapi, aku tidak biasa. Juga aku lebih dari faham perasaan seorang gadis ini. Masakan pula dia hendak korbankan kebahagiaan sendiri demi masa depan yang oloknya lebih terjamin.

Contoh paling dekat pun aku.

Aku.

Aku tak bahagia.

Dan nyawa hampir menjadi kosnya.

"Awak nak saya slow talk dengan Papa? What can I do for you, Sofi? Honestly it's breaking me too, seeing you in this state. Can I slow talk dengan Papa?"

"Slow talk?" terlepas tawa Sofi. Sambil itu diseka air matanya. "No need. Papa tu awak kenal la, Jake. Hati keras. Kalau batu, batu la. Dari dulu lagi macam tu, susah nak slow talk dengan Papa. Saya yang anak sendiri ni pun tak jalan,"

"But... we can do man to man deep conversation, you know. Mana tahu..." 

"Jake, thank you. Saya terharu awak nak tolong. Tapi tak perlu. Awak sendiri pun busy baru start kerja baru kat sana. Bila pula awak nak jumpa Papa. Awak nak fly ke sini ke?" kening diangkat.

Aku hanya mampu tersengih. Itu baru aku sedar. Bercakap tu macam Seoul dan Brisbane berjiran.

"Awak tak perlu buat semua tu, Jake. Saya akan okay."

"Betul awak akan okay? Kita ni jauh, Sofi. Saya tak dapat ada dengan awak waktu-waktu macam ni,"

"Poyo. Ye la. Saya okay. Okey la tu jadi PA. Macam tak biasa hidup jadi kuli kat rumah dulu."

"Dah, Sofi. Sikit-sikit je."

Terburai tawa kami seketika. Aku ambil masa itu untuk terus tatap wajah Sofi. Sofi yang mendatangkan seluas ketenangan setiap kali dipandang. Sofi yang menjadi tempat amanku, tempat selamatku.

"Call je saya kalau apa-apa. Saya boleh cari masa untuk awak."

"Boleh, Jake."

"Jaga diri nanti kat tempat baru, Sofi. Elok-elok kat sana. Jaga makan. Awak selalu ingatkan saya dulu,"

"Sampai sekarang pun. Hekeleh!" 

Sofi mencebik. Lantas tertawa aku melihatnya.

"Rambut awak dah panjang, eh?"

Gadis itu kelihatan pelik, lalu dia merapikan rambutnya. Tidak menyangka soalan berbentuk tiba-tiba itu agaknya.

"Haah, makin cantik, kan? Ramai cakap saya lagi cantik rambut panjang. Tapi saya prefer rambut pendek, rasa berangin je."

Aku memerhati gadis itu yang instinct pertamanya selepas ditegur terus menggayakan rambutnya. Aku senyum.

"Mana-mana pun cantik, Sofi. Asalkan orang tu awak."

Blushing terus Sofi mendengarnya, langsung kering air matanya. "Thanks, Jake."








Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now