10

61 18 0
                                    

10 [SOFI]

Siwon added you to the group.

Aku tersenyum sumbing. Benda pertama aku buat selepas dimasukkan ke group biro program semestinya memunggah akaun contact Jake. Ditekan pada profilnya. Tak sangka pula lelaki setampan Jake tidak suka letak gambar. Di bio pun tertulis Layla dan sebentuk hati di sebelahnya. 

Mencerlung mataku. Aku mengerutkan dahi. Cuba brainstorm mana-mana nama Layla yang aku kenal dekat-dekat sini.

"Siapa Layla ni?!" desisku.

Fikirku sudah cukup perlahan, tapi boleh pula ada yang menangkap suaraku.

"Layla?" satu suara garau menegur dari tepi. Diangkat sahaja muka, aku dikejutkan dengan sepampang wajah Jake yang sudah menghampiri wajahku. 

Aku tergamam di situ.

"Oh...." Jake tergelak selepas mengerling pada skrin telefonku yang melayarkan profil akaun KakaoTalknya. 

"Layla's my dog. She's the best." ujarnya.

"Oh, anjing..." aku mengangguk lalu cepat-cepat aku tutup skrin. Menceroboh privasi aku betul dia ni. Naik malu aku jadinya. 

Kemudian itu, tanpa dijemput Jake sudah melabuhkan duduk di sebelahku. Beg diletakkan di bawah. Waktu itu aku sedang duduk sendiri di bangku berdekatan dewan kuliah. Baru sahaja habis kuliah, dan saja duduk di situ. Sambil-sambil membelek telefon.

"Sorang je ke? Tak ada dengan kawan awak tu?"

"Huh? Hana? Oh... tak ada. Hari ni dia tak ada class, class cancelled."

Jake angguk.

"Kenapa awak tengok profil saya tadi? Saja tengok, atau awak suka saya?" 

"Mustahil muka handsome macam ni saya tak suka, Jake."

Diam sejenak. 

Aku telek muka Jake yang berubah itu. Lalu aku kerling pada telinganya yang naik kemerahan. Aha! Dasar pemalu, dah tu nak usik orang pula!

"Jake, saya gurau je. Okey tak ni?" soalku selepas perasan lelaki itu lama membisu. Mungkin gurau, mungkin tak. That was partially correct though.

"Oh," lelaki itu menyentuh hidungnya.

Aku perhatikan gelagatnya. Jake ni satu benda, muka dia kecil dan symmetrical. Dia ada struktur wajah yang defined. Defined nose, defined jawline. Lekok senyumannya setiap kali ditarik malah buatkan wajahnya tambah memikat. Aku juga tebak dia ada campuran Australian. 

Kenapa Australian? Entah, aku tebak dari speaking accent dia. Ada bau-bau ke arah tu.

Nak dibandingkan dengan wajah polos aku ni? Tak payah la. Sedih je lebihnya nanti. 

"Awak tak ada class ke? Kenapa duduk kat sini? Ke awak pun suka kat saya?" usikku lagi sambil menjongket kening.

"Ada. Dekat dewan ni. Lagi 20 minit start,"

"Dah tu?"

"Dah tu saya tunggu la sekejap dengan orang saya suka ni,"

Kali ni aku pula yang diam. Dia punya counterback.

"Wah, seronok."

Satu suara asing tiba-tiba menjengah. Kami dua-dua terus mengangkat kepala. Aku cuba mencerna satu wajah yang baru dijamu penglihatan itu. 

"Seronok mengorat," perlinya sebelum lelaki itu menghempas duduk di sebelah Jake. 

"Seronok. Kerja part time aku, kan?"

"Banyak la busuk kau part time."

Aku pula yang menjadi pihak ketiga. Tapi tak apa. Aku tetap pasang telinga. Oh, jadi Jake ni jenis flirty la? Patut berani counter balik ke aku macam tu.

Okey, Jake cancelled. 

Sekali lagi, declaration itu pun partially correct.

"Sofi, ni Jungwon. Classmate saya. Dari zaman diploma saya hadap budak ni je la."

Jungwon terus menjeling ke Jake. "Apa? Tak suka? Aku boleh tukar course sekarang!"

"Gila kau? Dah last year ni, gila apa tukar course?"

"Ha... tu la kau. Tak tahu lagi nekad aku."

Senyap-senyap aku menjadi pemerhati. Informasi baru, Jake student tahun akhir di sini. Sedikit hampa.

"Oh, hello Sofi." Jungwon menegurku.

"Hello, Jungwon." aku senyum. Dan Jungwon senyum balik. Oh, dia ada lesung pipit di dua-dua belah! Cun gila.

"Mana kau kenal Jake? Jarang dia ada kawan perempuan."

"Ha? Serius la? Smooth talker macam ni tak ada kawan perempuan?" aku saja jeling Jake atas bawah. Bila aku dapat reaksi yang didamba, baru aku tertawa kecil.

"Smooth talker? Jake?"

Jungwon reaksinya pula seperti separa percaya. Dipandang juga sahabatnya itu atas bawah. Menghukum.

"Aik, korang ni. Seronok perli aku?" 

Lalu kami sama-sama terhambur dengan tawa.

"Kenal dari aktiviti kelab. Kitorang ada buat kolaborasi event." 

"Oh... yang Future with Youth tu eh? Program talk tu?"

"Yes," aku mengiyakan.

Jungwon tiba-tiba senyum. Senyum yang menyimpan makna.

"Jake." 

Jake dan Jungwon saling berbalas pandangan yang sukar untuk aku tafsir. Berkerut dahiku. Bila Jungwon dah mula jongket kening, masa tu juga Jake berdehem kuat lalu menepuk pipi lelaki itu sekali.

"Class dah nak start dah," Jake menunduk untuk mengambil beg, dan waktu itu wajah aku terlalu dekat dengan kepalanya. Aku dapat mencium satu bau dari rambutnya.

"Saya masuk class dulu eh, Sofi? Apa-apa refer kat group."

"Personal je la." sakat Jungwon lagi. Jake tampar lagi pipi budak itu. 

"Bye,"

Mereka berdua sama-sama berangkat ke dalam kelas selepas itu. Meninggalkan aku yang masih memproses satu aroma bau manis itu.

"Oh," membulat mataku. Baru dapat mencantumkan inti maklumat.

"Bau bunga sakura."












Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now