8 [SOFI]
Malam itu dijengah angin sepoi-sepoi bahasa. Ada yang lembut menyapa pipiku, buatkanku membenamkan kepala ke dalam jacket yang disarung Jake sebentar tadi. Aku terasa hangat, tapi bukan fisikku, malah pada hati.
Selepas sekian lama hatiku dilawati kedinginan sepi.
"Awak gaduh dengan papa awak lagi?" soal Jake.
Aku pandang Jake. Aku pandang dalam, dan aku tenung semahu-mahunya wajah mampan dihiasi keanggunan itu. Aku amati lelaki yang menyimpan keindahan seantero andromeda di tatapannya.
"Benda biasa." balasku.
"Pun macam tu. Lain kali nak lari pun pakai la baju tebal sikit. Malam-malam pula tu." bebelnya. Lalu dia menyeluk kedua-dua tanganku ke dalam poket jacket.
"Jake, saya rasa awak yang kena risau pasal diri awak sendiri." ujarku tidak berlapik. Sejujurnya aku rasa agak tertekan, sebab tujuan aku balik ke rumah untuk mengelak dari Jake.
Aku tak nak buatkan Jake rasa terikat dengan bebannya di sini. Kalau balik ke tempat membesarnya di sana adalah pilihan terbaik, aku ini malah tiada kuasa untuk menghalang.
Tapi bila Jake sendiri datang untuk berjumpa denganku, hatiku jadi lebih berat untuk lepaskan keberangkatannya.
"Awak tak suka saya datang ke sini?"
"Mana awak tahu saya ada kat sini?"
"Er... Hana bagitahu."
Aku geleng kepala. Balik-balik Hana. Apa je perempuan tu boleh simpan rahsia dia?
"Jake,"
Aku tenung semula wajah Jake. Renungannya yang redup itu buatkan aku rasa dibuai aman buat seketika. Jake memang benar-benar comfort place aku. Hal yang satu itu takkan pernah berubah.
"Awak berapa lama duduk kat sana?"
"Tak tahu lagi... mungkin berbulan. Jujur saya tak pasti, Sofi. Semua kena tengok keadaan nanti."
Aku mengangguk faham, dan dari ekor mata aku dapat melihat gaya Jake yang sedikit keresahan.
"Sofi, awak okey ke nanti tak ada saya?"
Waktu itu juga aku melepaskan gelak kecil. Jake kelihatannya agak terkejut. Mungkin dia tidak menjangka reaksi tersebut dari aku.
"Lebih dari okey. Rasa best la sebab saya boleh berfoya-foya kat sini,"
"Sofi," ditekan suaranya. "Betul-betul."
"Okey, saya okey nanti." balasku, memberinya sedetik ketenangan. Semestinya tidak terlalu tulus dariku, tapi itu apa yang aku tebak buat masa ni.
Aku sendiri akan okey.
Jake tidak merespon selepas itu. Dia hanya diam merenung jauh ke layar langit malam.
"Oh, Jake! Jap, saya nak ingat balik..."
"Hm..?"
"Pernah dengar pasal Stella the star?"
Terkebil-kebil lelaki itu. "Stella the what?"
"Stella the s– Jangan cakap awak tak tahu? Aih, kata Iphone user!"
Jake tersengih sambil mendabik dada. Tercalar ego la tu kat mana-mana. "Yes, I am. What's with that?"
"Stella the star ni... uhhh bedtime story kat Siri. Dia pasal... Stella ni struggle nak cope dengan existential crisis dia. Sebab dia, as a star... dia tu kecik, she wasn't the brightest among all. But, she was one lucky star, so she kept wishing to be brightest star if possible. Makin lama dia wish, Stella ni perasan dia makin unlucky. Dia sedih, tapi satu hari dia sedar... macam mana kalau dia wish untuk orang lain? Mesti dia akan lagi glowing and that means dia dapat tolong orang discover diorang punya inner glow jugak. So start dari situ, every night, dia akan wish dekat mana-mana orang yang rasa diri tu kecik dan tak dipeduli, semoga orang tu akan jumpa Stella di langit dan buatkan orang tu rasa tak keseorangan lagi lepas tu."