17 [JAKE]
Aku membetulkan postur duduk. Serasa lama sudah aku membongkok di depan PC, berpinar mataku melihat skrin. Satu keluhan dilepaskan, lalu aku mematahkan tulang tengkuk. Lega sedikit selepas itu.
Masa itu diambil untuk aku melilau ke sekeliling tempat kerja yang masih baru bagiku. Waktu itu langit senja mengisi atmosfera ruang, menampakkan suasana nyaman dihuninya.
Aku kerling pula pada jam di skrin telefon. Sudah pukul 6:50. Sikit lagi aku pulang, menunggu yang lain berangkat pulang dulu. Sambil itu, aku meloloskan diri ke pantri untuk mengisi tekak yang kering.
"Tak balik lagi, Jake?"
Terus aku berpaling. "Oh, David."
David, rakan sekerja yang duduknya di depanku.
"Tak, dalam pukul 7 macam tu aku balik. Kau tak balik lagi?" jujur aku kata, aku langsung tidak perasan kelibat lelaki ini ditempatnya tadi. Ingatkan sudah lama balik.
David pula terlihatnya sedang membuka peti ais lalu menilik satu-persatu isinya yang hendak diambil.
"Aku balik lambat hari ni. Banyak lagi kerja tak siap. Next week dah closing, so aku nak siapkan awal-awal mana yang mampu." kemudian lelaki bertubuh lampai dan sasa itu mengenakan nescafe tin untuk mengisi tekak.
"Oh..."
Aku sambung membancuh kopiku. Membiarkan David dengan urusannya.
"Jake,"
"Yes?"
"Next week kau free? Aku nak hold dinner, lepas habis closing tu semua. Maybe around weekend macam tu?"
"Ah," mataku menerawang. Berfikir.
"Aku tak sure lagi. Nanti apa-apa aku inform,"
Aku tak boleh nak janji, sebab selalunya hari minggu aku dihabiskan dengan Layla, anjing peliharaan keluargaku. Salah satu terapi untuk aku juga itu.
"Well, it would be great to have you there. The girls must be thrilled," berkata David lagi yang seterusnya buatkan aku mengerutkan dahi.
"And why would they be?"
"Ah, you one senseless kid."
David menyandarkan badan pada kaunter, lalu kami saling berbalas pandangan ketika itu.
"Kau ni hot topik masa awal-awal masuk ofis kut. Kau tak tahu? Ramai budak-budak kita, even dari bahagian lain nak kenal dengan kau, Jake. Kau tak perasan?"
Aku laju menggeleng kepala. Sama sekali tidak perasan. Aku juga selalu datang ke kerja dengan tujuan yang satu, menyiapkan kerja. Dan balik bila dah selesai. Satu-satunya kawan yang berjaya aku buat dalam waktu itu juga hanya David. Biar aku ingat balik, kalau awal-awal aku masuk tu,
2 bulan lepas.
Dah berlalu tempoh masa itu dan aku baru maklum perkara itu dari David.
"How dense can you be, Jake? Cuba la buka mata, tengok keadaan sekeliling." lalu lelaki itu melepaskan tawa.
"Anyway,"
Kami bertemu kesenyapan sejenak.
"Kau ada yang berminat ke dengan ladies kat sini?"
Terkebil-kebil mataku. "Tak," jawabku sepatah.
David kelihatannya tidak terlalu terkejut, melihatkan aku yang sedikit bendul melibatkan hal-hal ini.
"Kau dah berpunya?"
"Tak,"
David cemberut. "Kau tak berminat dengan benda macam ni ke apa?"
Aku menghirup sekali air kopi. Lalu cawan diletakkan balik. Membiarkan David menjadi pemerhatiku seketika.
"Not true. I have someone in mind."
"Oh, really?" terangkat kening David mendengarnya. Teruja mendapat informasi baru dari aku gayanya.
"Then, mind telling me her name?"
Aku senyum cuma sebelum soalan diputarkan David itu aku biarkan tergantung.
+ mind fetch me some flowers?
I want those of Lilies.
Boleh?Message dari Mama itu aku baca sekali lalu. Aku menaip pula pada keyboard, sambil sebelah tanganku kekal di poket sut.
- yea, sure.
Batuk kecil dilepaskan. Malam ini ditamu sejuk. Aku membuang pandang ke hamparan manusia yang lalu-lalang di depan bangunan ofisku. Berangkat terus aku dari situ sambil mencari kedai bunga berdekatan.
Aroma daging yang dipanggang menusuk hidungku. Ada terlihat sebuah gerai kecil dari kejauhan yang menjual kebab daging, dan ketika itu gerainya dihurungi pelanggan. Aku menelan liur. Nak beli, tapi malas beratur. Sudahnya aku terus menapak masuk ke dalam kedai bunga di depan mata sebelum fikiranku tidak habis mengambang di gerai itu.
"Ada Lilies kat sini, Sir?"
Penjaga kedai bersusuk lelaki awal 40-an itu mengangguk sekali.
"Nak berapa batang?"
"Er... Maybe around satu pasu?"
"Ten it is." tetapnya, lalu lelaki itu bergerak ke bahagian tepi kedai untuk memilih bunga Lily yang dipesan.
Mata aku pula mula melilau. Kalau selalu aku hanya lalu di depannya, hari ini baru aku dapat mengamati interior dalam ruang kedai bunga ini.
Mendarat pula pandanganku pada satu bunga. Ronanya keunguan, dan kelopak kecilnya menindih satu yang lain. Aku menghampiri kawanan bunga itu. Lalu satunya aku tarik.
"I'm taking this one too." ujarku. Diletakkan sekuntum bunga itu di kaunter apabila penjaga kedai itu sudah kembali dari memetik.
"Oh, you like Lavender?"
Aku senyum. "Yes."
Pada masa yang sama, satu pertanyaan dari David di pantri tadi kembali menghurung kotak fikiran.
"Then, mind telling me her name?"
Aku kerling pada Lavender itu lama. Dan satu nama itu muncul.
Sofi, David. Nama dia Sofi.