2

107 20 12
                                    

2 [SOFI]

"Ticer, buat macam ni, ke?"

Aku mengerling pada lampiran kertas lukisan yang dihampar ke atas meja. Hasil coretan anak kecil bernama Kim Sunoo aku perhatikan penuh khusyuk. Berkerut dahiku. Berkali juga aku mencerna apa kehasilan yang dilukis anak genit ini.

"Whoa... What animal did you draw, Sunoo?" soalku.

Dan Kim Sunoo terus tarik muka.

"Ticer... You don't know?"

"Um..." aku kedip-kedip mata. Sekali lagi aku cuba memproses gambaran lukisan itu.

"Umm...?"

"Ummmm....."

Sunoo sudah menyilang tangan. Satu pandangan menghukum dia berikan buatkan aku telan liur. Gila babi dia punya sassy.

"Gaya macam katak. Did you draw a frog then?"

"TICER!!" meja dihentak kuat. Memprotes.

Aku dah pegang dada, sambil mata ku pejam. Anak ni, kok gitu sih? Dugaan betul jadi cikgu Taska ni. Nak marah, tak sampai hati pula.

"Terperanjat ticer. Kenapa, am I wrong?" balasku lembut. Nak melayan keras si Sunoo ni, kena delicate sekali. Baru boleh dilentur.

"Ticer, that's an ant!"

"What?"

Hampir sangat aku mencarut pendek. Kejadah dia binatang semut?! Aku tenung balik lukisan dicoret dengan krayon itu. Mana kaki, antena dia? Punya la in denial aku ni sekejap.

"Oh.... I see. Ticer is sorry. This is an ant, I just saw the resemblance!" ditepuk lembut kepala anak Sunoo itu.

"You did great! Good job!"

Sunoo terus menarik senyuman lebar. Anak kecil, biasa la. Disuap sahaja pujian melambung terus naik mood. Mengada betul!

"Thank you ticer. I love you!"

"Aik?" aku tergelak kecil. Mana pulak datangnya luahan cinta ni, bagai tak diduga.

"Ngeeehee," anak kecil itu tersenyum lebar menampakkan barisan gigi susunya. Aku juga senyum melihat teletahnya.

"Okey. Ticer pun love you too. Pergi sambung melukis. Buat atuk semut pulak."

"Okey, ticer!"

Beredar sahaja Sunoo dari situ, aku menghela nafas kecil. Suasana kelas yang tidak pernah aman itu aku perhati. Pun begitu, tidak pula aku merasa rimas. Aku amati pemandangan di depan mata. Seronok melihat anak-anak kecil saling bergaul, dan membuat perkara yang mereka suka. Lihat sahaja senyuman di wajah-wajah itu, masakan aku hendak rasa sekelumit rimas pun.

Telefon di poket beg aku sambar. Melayari alam Instagram sambil menunggu masa kelas berbaki 10 minit habis.

Satu DM yang baru masuk 4 minit tadi aku buka.

+ Sofi!
   Sofi tukar nombor ke?

DM dari Jane itu aku baca.

Jane, kakak Jake.

Lama aku merenung pada dua bubble itu, baru la jemariku berlari pada papan kekunci.

- ya, kak.
  baru je tukar tiga hari lepas.
  kenapa, kak?

Sekejap sahaja chat aku dibaca. Tiga dot berbaris itu naik seketika lalu muncul balasan chat dari Jane.

+ patut la nak contact tak dapat
   jake ada dekat hospital ni, sofi.

Aku gigit jari. Serasa hati mulai rasa tidak sedap. Jangan cakap ada berita buruk lagi yang berhubung dengan Jake.

+ due to failed suicide attempt.

Aku rasa dunia aku gelap seketika.

Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now