12

56 16 0
                                    

12 [SOFI]

Aku telek pada sebentuk keychain itu, lalu aku memandang Jake.

"Jake, fikir lagi." itu responku untuk menolak cara halus.

"Then, it's okay." 

Jake menyandarkan badannya ke belakang. Diregangkan badannya. Aku hanya senyap menjadi pemerhati.

"Betul-betul la," gesaku.

"Betul-betul la ni saya cakap. Kalau tak nak bagi keychain tu tak apa, tak ada benda lain saya nak mintak," tegasnya pula.

Aku menggaru pipiku. Reaksi biasa bila aku sudah dihimpit dilema. Aku ni, tak suka kalau ada terhutang budi dengan orang. Rasa macam tak biasa. Jake pula, tengok sendiri la perangai dia. Ingat tak tahu dia main tarik tali dengan aku?

"Kenapa awak nak sangat keychain saya ni, Jake?" soalku dengan nada serius.

"Oh, sebab..." Jake menghampiri tentangan mataku. Aku pula terdorong ke belakang.

"I like it, it's pretty."

Aku merenung dalam ke matanya, menyelongkar ketulusan di sebalik bicaranya. Ada.

"Memang la cantik, dari Tokyo." getusku.

"Ha? Yeke? Then it's okay. Betul-betul okay. Tak payah bagi keychain, tak payah bagi apa-apa. Okay?"

Aku mengangguk kepalaku laju. "Okay."

Tapi hati masih rasa tak puas. 

"Awak suka bunga sakura ke?" soalku. Masa tu aku sudah hendak berangkat ke kelas petang.

Jake mengangkat kening. Meminta penjelasan lanjut dari pertanyaan meluluku itu.

"Because you smell like one, Jake."

Dan lelaki itu seperti faham maksudku. Hari ini juga, walau dari kejauhan dipisahkan seberang meja, hidung aku tetap dapat menangkap bibit aroma bunga itu.

"Yes."

Dari jawapan itu, aku betul-betul dah tukar mindsetku. Apa-apa berkenaan dengan bunga sakura mesti mengingatkan aku pada Jake. 

Itu petanda buruk bagiku.

+ Program semua dah setel?

Aku baca berkali-kali sebutir text dari Jake di group chat Program itu sebelum satu keluhan dilepaskan.

- Sudah.
  Tinggal minta sijil dari Mr Bang je.

Balasku. 

+ Okay. 
   Esok biar saya minta. 

Berkerut dahiku selepas itu.

- Takpe la. Susahkan je.

+ Tak apa.
   Esok saya ada urusan dengan Mr Bang.
  Sekali je la.

Aku meraup sekali rambutku ke belakang dek terurai ke depan setiap kali menunduk. Rimas. Pandanganku kembali mendarat pada skrin telefon. Habis terbeliak mataku saat itu. Terpampang nama Jake pada layar video call. Aku yang call?!

Cepat-cepat jemari panikku menekan butang merah. Tapi aku tak sempat, Jake dah angkat dulu. Menjerit aku dalam hati.

For god sake!

"Kenapa call? Ada problem ke pasal program ni?"

Oh, betapa aku harap aku diculik setan waktu ni. 

"Jake!" aku terus flip camera ke belakang.

"Saya tertekan!"

"Hah? Tertekan sebab? Kita belum habis event ni, kalau ada apa-apa awak minta je tolong dalam grup. Jangan buat semua sendiri."

Sebelah tanganku sudah menepuk dahi. Slow betul Jake ni.

"Saya tertekan butang call..." lalu aku langsung terburai dengan ketawa lepas. Kelakar bila difikirkan balik situasi ini. Ditambah lagi dengan reaksi polos Jake. Dekat pula tu muka dia dekat skrin!

"La... " Jake juga terlihatnya sudah ketawa mengekek.

"Kelakar la awak ni, Sofi." 

Aku sendiri pun rasa kelakar. Macam mana dalam banyak-banyak nama, aku boleh tertekan nama Jake? 

"Okey, dah la. Saya nak end. Awak kerja eh?"

"Yes. Kerja kat cafe. Baru je start dua tiga hari ni."

Aku perhatikan persekitaran dan interior cafe di belakang Jake.

"Cafe hujung jalan kat sempang tu? Dekat-dekat Subway?" soalku lagi, memastikan.

"Yes."

"Damn!" 

Terkejut Jake dibuatnya. "Hah? Kenapa?"

"Tu rumah kedua saya, Jake. Matcha green tea kat situ sedap gila." 

"Oh, really? Datang la sini nanti waktu saya ada. Saya belanja."

Aku terus tekup mulut. Damn! 

Damn lagi aku dalam hati.

"Cun."

























Lewat Waktu | JAKEWhere stories live. Discover now