"Sejenak ku termenung... awan pun mulai murung tiada siulan-siualan burung-burung... menemani hariku, menemani sepiku, terseksa angkara menanggung rindu... Oh angin..." bunyi lagu yang dimainkan oleh Kim Seruk saat kesunyian berpisah dengan semua rakan karibnya. Chong salah seorang rakan karib Kim Seruk menghantar mesej kepadanya. Kim Seruk akhirnya tahu apa yang telah berlaku kepada rakannya Ramona. Rupa-rupanya Ramona merajuk akan Sofea kerana mengongsikan gambarnya tidak 'berfilter'. Bukan sahaja itu, Sofea juga turut Tiberr ketika Ramona, Halimah dan juga An-nur ingin memutuskan persahabatan bersama rakan sekolahnya, Leyla.
Kim Seruk berasa terkejut dengan berita itu lalu menaruh simpati akan Ramona yang ditimpa kesusahan ketika itu. Selang beberapa bulan, Ramona telah reda dengan tragedi yang berlaku susulan perpisahan antara sahabat. Ramona meminta maaf dengan semua rakan karibnya atas perbuatannya yang membuat semua orang terasa. Kim Seruk, Chong dan Puyie memaafkan Ramona tetapi Niqqil, Nicky, dan Najib tidak memaafkannya sama sekali kerana terpengsong jauh dengan fitnah Sofea.
Sofea sebenarnya baru sahaja berkenalan dengan Ramona tetapi acah-acah kenal seperti bertahun lamanya. Berani sekali dia menghantar mesej kepada teman lelaki Ramona lalu berkata bahawa Ramona ini tidak guna dan dikatakannya Bab* kepada teman lelaki Ramona itu yang bernama Kacak. Kacak yang kasihan akan Ramona melaporkan perkara ini kepadanya lalu menyekat akaun Instagram milik Sofea.
YOU ARE READING
Persahabatan Yang Rabak
Teen FictionOrang yang paling bahaya ialah orang paling rapat dengan kita. Kenapa? Kerana orang yang rapat dengan kitalah yang mengetahui segala cacat cela kita, segala rahsia kita, segala benda yang kita benci, kita suka - Ikhmal Nour 😀 Novel ini ditulis dar...