~Chapter 13~

1 2 0
                                    

Malam semakin sunyi, angin bertiup perlahan bagaikan bayu di laut. Sungguh indah malam ini, Kim Seruk seperti biasa akan melihat status Whatsapp rakannya. Tiba-tiba, status milik Sofea muncul di skrin telefonnya. Dalam video berkenaan, Sofea memberitahu tentang sifat Tuhan yang suka akan hamba yang meminta dengannya dan membenci hambanya yang meminta dengan makhluk dahulu sebelum meminta kepada-Nya.

Kim Seruk ketika itu ingin tergelak sedikit kerana disebut olehnya contoh...

Sofea P.O.V

"Kalu mung lapa mung keno oyak dale hati dulu ataupun mung doa dulu, contohnya, Ya Allah Kenit lapar, Kenit nok makan nasi pahtu baru mung gi mitok nga pok cik tu, pok cik Kenit lapa Kenit nak makan nasi boleh, n then pok cik tu pun bagi. Itu ialah rezeki daripada Tuhan bukannya rezeki daripada pok cik tu," jelas suara Sofea melontar bebelannya.

End P.OV

Kim Seruk menahan ketawa. Kebetulan pula iti ialah ayat daripada 'scene' dalam sebuah drama pukul tujuh. 'Scene' itu mulai viral di aplikasi Tik Tok dan ramai membuat parodi berkenaan 'scene' Kenit lapar ni.

memandangkan Kim Seruk tidak mengantuk, dia bercadang untuk membuat 'screen recording' dan menghantarkan video itu di dalam status Whatsapp-Nya.

Sofea P.O.V

"Kita kalau diberikan sebarang ujian kita haruslah enjoy contohnya anda diuji dengan ditinggal tok laki, awak diuji dengan mendapat anak tahik 💩, awak diuji memiliki mak ayah yang toksik, ataupun awak diuji dengan ketiadaan ibu bapa, awak diuji dengan dirogol, dicabul, dirompak, disamun dan sebagainya awak hanya perlu enjoy," jelas dikatakan oleh Sofea yang bagaikan beruk tiada otak itu dalam video statusnya.

End P.O.V

Kim Seruk lalu berkata,

"Nok enjoy nate apo gilo,"

jelas sekali bahawa Sofea sebenarnya memang ingin membuat lawak, tetapi berpadalah, kerana isu rogol bukanlah perkara yang boleh dibuat lawak. Ini sangat memberangsangkan otak remaja yang nirmala.

Persahabatan Yang RabakWhere stories live. Discover now